Diseru untuk orang Islam berjuang dengan nyawa dan harta mereka banyak kali di dalam kitab Al-Quran. Berjuanglah untuk menegakkan Islam kerana apa yang ditawarkan kepada orang Mukmin itu lebih baik dari nyawa dan segala isi kehidupan dunia ini. Islam itu lebih berharga dari nyawa, kerana kebenaran tetap terus bersambung biarpun nyawa telah lama terhenti dan mati.
Sebagai seorang yang YB, apalah penting nyawa anda demi sebuah perjuangan. Nabi Muhammad pernah dikejar dalam peperangan, untuk dibunuh, demi Islam, nyawa diperdagangkan! Apabila manusia begitu risau akan kehilangan nyawa, ini bererti manusia takutkan pada mati. Sedangkan malaikat maut sentiasa mengintai untuk merentap nyawanya.
Adakah As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin tidak sayang nyawanya apabila dia dibom oleh musuhnya? Benar, semua orang yang normal akan menyayangi dan memelihara nyawanya, tetapi apabila di dalam perjuangan, nyawa menjadi perkara kedua. Jika mati, syahid menanti dan itulah apa yang diidamkan bagi seorang pejuang.
10 orang YB BN yang ada di Terengganu memang sayang nyawa iaitu mereka takut mati. Sifat takut mati bukanlah sifat seorang yang berani bagi seorang yang betul-betul berjuang. Bagaimana mereka tidak takut mati kerana matlamat perjuangan mereka ialah untuk hidup dan mendapat apa yang memuaskan hati. Jika apa yang dijuangkan oleh seseorang itu benar, dia akan sanggup mati. Perkara ini hanya satu provokasi yang digunakan sebagai pembuka perhatian rakyat Malaysia kepada isu kemelut MB Terengganu.
Hidup bukan sekali, tetapi hidup adalah dua kali. Hidup di dunia akan mati di dunia dan hidup pula di alam akhirat yang kekal abadi. Hidup kali kedua itulah lebih yang dirisaukan. Berapa ramai orang yang telah lama meninggalkan kita kerana melalui jalan perjuangan yang benar dan menuntut nyawa sebagai bayaran. Nyawa milik ALLAH. Andai mati sudah ditakdirkan, nyawa pasti akan pergi. Berjuanglah sehingga mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan