Follow je lah..


Ahad, 17 Mei 2009

H1N1-Meningitis-Leptospirosis : Rangkaian Maut

Dalam entri sebelum ini bertajuk Andai Selsema Babi Tiba Di Malaysia, mendapat hit yang tertinggi. Sekarang, selsema babi ini ataupun nama yang Kementerian Kesihatan suruh kita pakai iaitu Influenza A(H1N1) telah pun sampai ke negara kita. Kawalan ketat yang dilakukan sebelum ini, akhirnya bolos jua, gawat dan menggusarkan rakyat.

Penyakit yang dipercayai berjangkit adalah suatu masalah yang sukar dibendung. Senjata canggih dan sistem teknologi hebat mana pun tidak mampu melawan serangan virus ataupun bakteria. Dari seorang kepada seorang, jangkitan berlaku dan boleh mencecah ratusan orang pula.

Suspek yang dipercayai ada kemungkinan terkena penyakit meningkat. Berita terbaru, seluruh penumpang dan krew kabin sebuah pesawat kapal terbang domestik menerima nasib tersebut. Sekalipun jika mereka tidak terkena jangkitan itu, mereka mengalami tekanan dan trauma bukan sahaja kepada mereka tetapi termasuklah orang-orang yang terdekat. Jika hendak dikuarantinkan ratusan orang di hospital, apakah kementerian mampu menampung bebanan tersebut?

Ketakutan rakyat kepada virus selsema babi masih belum reda, penyakit lain ada sedia menanti sesiapa sahaja. Kes meningitis yang berlaku beberapa hari lepas telah meragut satu nyawa. Hal demikian adalah satu petanda awal amaran kesihatan yang mungkin akan berlarutan.

Bakteria leptospirosis adalah satu ancaman penyakit juga yang sedang ada di negara kita. Setakat ini ia telah mengorbankan seorang warga Myanmar yang mana mereka berada di negara kita. 38 orang yang lain pula telah ditahan di hospital untuk rawatan dan siasatan lanjut.

Kita sekarang diserang dari pelbagai sudut dalam hal ini. Bakteria dan virus adalah semacam bala yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar dan membahayakan. Kerajaan harus sedar dan melahirkan kerisauan kepada rakyat untuk lebih berhati-hati. Sikap leka dan anggapan kita berada di 'zon selamat' boleh mendatangkan risiko. Namun, apakah penyelesaiannya...

Teruskan penjualan arak dan arak 'halal'.
Biar muda-mudi terus mengabaikan solat lima waktu.
Luluskan konsert-konset bersama artis kesayangan ramai itu.
Badan-badan Ulama' dan Para Mufti terus senyap dari mengerjakan nahi mungkar.

Itulah penyelesaian yang ada jika bukan:

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merubah mereka menjadi kera atau babi". -Riwayat: H.R. Ibnu Majah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan