Follow je lah..


Rabu, 13 Februari 2008

Kita Bersatu Tukar Kerajaan

Beberapa hari atau jam lagi Parlimen akan dibubarkan. Maka bermulalah 'peperangan' yang dipendam selama lebih 4 tahun ini. Setiap parti akan berkempen, bergerak, bergempur,dan berjuang habis-habisan. Yang benar akan terus menegakkan kebenaran dan yang palsu akan terus memutar belitkan kebenaran sehingga akhirnya diri sendiri yang terbelit. Inilah bahang pilihanraya yang makin panas dan menggelegak dan tidak mampu di'sejuk'kan oleh sesiapa pun rakyat Malaysia di negara ini.

Berdasarkan kalender, kini bulan Mac semakin hampir. Apakah PRU-12 pada bulan tersebut? Biarpun bila tarikhnya, kita semakin hampir dan makin bersedia dengan segala kejutan yang bakal tiba tanpa di duga. Politik umpama sebuah percaturan yang sengit. Didalamnya ada sepak terajang, mencarut, mengomplot, dan merapu.

Kemanakah hala tuju Malaysia selepas ini? Hala tuju atau realiti kini negara adalah harga naik(minyak,tol,tepung,makanan), jenayah melata, dan wang menjadi ukuran. Dalam isu harga naik, bagi BN, ini adalah senario yang perlu dihadapi. Alih-alih rakyat dan peniaga yang diselar. Rakyat diarah berjimat, peniaga disekat keuntungan, dan pemimpin BN terus mengaut wang berjuta-juta dari titik peluh rakyat.

Dalam satu video (http://www.youtube.com/watch?v=XtOTqJz_GZQ) yang disiarkan, taktik BN adalah lumrah setiap penggal PRU. Lima taktik yang disiarkan ini adalah antara taktik-taktik yang dijalankan. Dari sekecil-kecil taktik sehinggalah ke peringkat yang lebih besar seperti melibatkan institusi kehakiman mereka rakus melakukannya. Antara yang disebut dalam video itu ialah:

1.Wang Ringgit: Wang yang bakal mengaburi rakyat dan menggoyahkan pendirian suci rakyat. Selain dari wang, barangan keperluan juga akan disalurkan secara bantuan sekiranya berlaku bencana dan perkara ini akan disiarkan di media serta merta.

2.Ahli Baru: Semakin hampir dengan PRU, mereka akan hebahkan yang kunun(sebutan Tun M)nya ada ahli baru BN berhijrah dari parti lawan. Kebiasaanya adalah dari mereka yang dikenali ramai dan berjawatan dalam parti lawan.

3.Perpaduan Kaum: Rakyat perlu bersatu dibawah kepimpinan kerajaan kini sekalipun terlalu banyak masalah atau korupsi dalam petadbiran. Perkataan seperti 'kesinambungan' ,'kemakmuran', dan 'keamanan' digembar gemburkan. Menyiarkan bahawa pembangkang sentiasa ganas seperti suka membuat demonstrasi dan memfitnah.

4.Kemajuan Ekonomi: Rakyat Kelantan diseru agar memajukan diri. Maju dengan menukarkan kerajaan. Mereka akan melihatkan yang Terengganu lebih maju dari Kelantan oleh kerana ditadbir BN. Sebaliknya, kerajaan yang hendak ditukar ialah kerajaan persekutuan. Tiada sesiapa yang boleh mencabar kewibawaan Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat berbanding Dato' Sri Haji Abdullah Badawi. Walaupun kedua-duanya 'Haji',tetapi tetap berbeza.

5. Ketuanan Melayu: Andai terkubur UMNO apakah terkuburnya melayu? Biarlah melayu yang khianat sahaja berkongsi batu nisan dengan batu nisan UMNO dibawah satu liang lahad. Sebaliknya, melayu yang gigih, rajin, dan berakhlak, terus mendapat ketuanan dan hak dalam negara ini. Asal sahaja melayu, apakah mesti dikaitkan dengan UMNO? Tetapi inilah yang berlaku terutamanya di luar negara. Sesetengah pelajar-pelajar melayu diserap dalam UMNO. Tetapi disini, UMNO tidak relevan lagi. Sebuah dilema yang sukar dikupaskan.



Semakin hari kita semakin hampir dengan pilihanraya yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia. Bersedialah kita, bukannya soal minat politik atau tidak wahai kawan-kawan, tetapi ini adalah soal masa depan agama, bangsa, dan negara. Agar anak-anak mudah bersekolah, ibu ayah bertambah rezqi, masjid indah dimakmurkan, masyarakat hidup sihat dan selesa, dan negara gemilang di dunia dan akhirat.

"Ini negeri memang banyak problem kita tau,
sekarang orang India, orang Melayu, orang Cina,
bersatu
mau TUKAR ini kerajaan"

- Dato' Sri Anwar Ibrahim
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Selasa, 12 Februari 2008

Siapakah Kita Hamba ALLAH?


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat."

(Surah Al-Mu'minun: 12-16)


Kita yang diciptakan dari tiada kepada ada. Kemudian kita menjadi seketul daging yang lemah dan dhaif. Mempunyai mata tetapi tidak lagi celik dan mempunyai tulang tetapi tidak lagi kukuh malah rapuh. Sentiasa mengharap makanan dari ibu yang tercinta melalui hanya saluran tali pusat. Apabila cukup masa, kita diterjemahkan kepada bentuk manusia. Dilengkapi dengan cukup sifat dan organ supaya dapat hidup kelak setelah dilahirkan. Untuk kita berjalan, berlari, belajar, bermain, dan berbagai lagi.

Maka bermulalah siri kehidupan kita dalam pentas dunia yang sementara ini. Tahukah kerana sementaralah manusia lupa kepada yang kekal dan lebih malang lagi lupa kepada sejarah lalu bagaimana ia diciptakan oleh ALLAH. Semasa kita dilahirkan disambut dengan kegembiraan oleh semua ahli keluarga. Kata Imam Ghazali, janganlah pula ketika mati kita menangis lagi dan disamping ahli keluarga yang turut jua menangis. Kita menangis kerana dosa yang dilakukan dan ahli keluarga menangis kerana tiada sebarang harta dapat diwarisi daripada kita. Lahirnya seorang hamba ALLAH yang lemah dan sentiasa memerlukan bantuan dari sesiapa sahaja. Sehinggalah kita sudah besar dewasa dan dapat berfikir serta mengkaji baik dan buruk.

Ada juga yang angkuh dan sombong kepada ALLAH tatkala mereka dewasa. Jika tidak diizinkannya hidup semasa kecil sehingga sekarang pasti ia sudah lenyap di muka bumi ini. Tetapi akan ada yang berterangan mengingkari perintahNYA. Apakah hamba layak melanggar perintah? Dan akan ada yang lebih kuat lagi untuk menentang perintahNYA.

Sebuah cerita erti hidup manusia yang sedang anda cari dan sedang miliki. Anda bertuah kerana masih bernafas di alam dunia ini sehinggalah kini anda berjaya. Memiliki kehidupan bukanlah sesuatu yang murah,tetapi berharga yang tiada taranya. Pasti, kita akan pulang jua akhir nanti.



Isnin, 11 Februari 2008

Bersedia Hadapi PAS




"Ada apa dengan Hadi?"
-Mingguan Malaysia bertarikh 10/02/2008 mukasurat 17

Pemimpin ini nampaknya sudah memandang lemah pada seteru politiknya. Kadangkala dengan perasaan seperti ini boleh membawa kesan mendalam kerana memandang rendah kepada seterunya. Lawan tetap lawan. Sudah pasti Idris tidak mahu Terengganu jatuh semula ke tangan PAS. Andai PAS berjaya di Terengganu, tamparan hebat buat Idris maka terpaksa beliau melepaskan jawatannya. Ini bererti Idris gagal selama tempoh 4 atau 5 tahun pemerintahannya membentuk kepercayaan rakyat supaya yakin dengan BN. Kemenangan BN pada PRU-11 lalu di Terengganu berserta dengan kontrovesi. Setelah mentadbir, banyak wang telah dilaburkan dan berusaha mengekalkan bentuk Islamik tetapi Hadhari BN. Menurutnya, pelaburan itu bukanlah bersifat 'kosmetik' tetapi bertepatan.

Namun, tidak lain dan tidak bukan bagi PAS, bermatlamat untuk mendaulatkan Islam. Kita yakin sepertimana Kelantan, yang berjaya mengekalkan kemenangan PRU-11 oleh kerana rakyat menerima agenda suci PAS. Membina banyak masjid dan berjaya mengumpul 2000 kanak-kanak untuk khatam al-Quran tidak cukup, sebaliknya PAS akan berusaha memanfaatkan masjid dan melaksanakan perintah al-Quran. Serta berusaha memulangkan hak rakyat seperti royalti dan tanah yang telah dirompak oleh mereka yang rakus dan tamak kepada dunia serta melupakan balasan akhirat. Kini, rakyat terus menanti tarikh keramat pilihanraya kerana ingin merubah kezaliman kepada keadilan dan batil kepada yang haq.

Berikutan itu,dengarkan kata Tuan Guru Haji Hadi :




Takbir!!! Allahuakbar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan