Follow je lah..


Selasa, 22 Julai 2008

Inul Gerudi Di Selangor

Kesediaan Inul pada mulanya untuk joget dan nyanyi dangdut di Johor adalah sia-sia. Ini kerana persembahannya tidak dapat dijalankan. Tatkala itu juga Inul rebah apabila berita pembatalan konsertnya itu tiba kepadanya.

Rebah Inul dibangkit semula di negeri Selangor Darul Ehsan. Bagi mereka yang konsisten dengan keimanan dan ketaqwaan, konsert yang bakal diadakannya di Selangor bakal membawa kemurkaan Tuhan. Sebagaimana sedia maklum, tarian dan pakaiannya yang lari dari hukum syarak adalah adalah jelas berdosa.

Bagi peminatnya, kalau sudah minat apa lagi yang hendak ditunggu. Bapak-bapak dan ibu-ibu akan berasak memenuhi ruang kosong yang ada bagi merasa kehangatan gerudi atau goyang punggungnya. Soal iman dan ketaatan ditolak ketepi dahulu dan beriktikad dengan pegangan hedonisme.

Kerajaan Selangor masih sempat membatalkan konsert itu jika berkeinginan dan bertanggungjawab pada amanah. Kerajaan Selangor yang terdiri daripada sebilangan orang agama, harus memandang serius akan sebarang bentuk konsert seperti ini. Sekurang-kurangnya jika tidak dapat membatalkan konsert ini, sekatan mestilah dilakukan.

Ini semua bukanlah tujuan untuk mendiskriminasi. Akan tetapi keperluan mencegah kemungkaran itu adalah lebih utama. Gelek dan goyang Inul sudah jelas melanggari syariat Islam. Keberanian PAS Selangor untuk mencegah konsert ini disanjung tinggi.

Inul bukan tempatnya di Malaysia selagi mana persembahannya tidak patuh kepada paraturan Islam. Bukan Inul sahaja, malah artis-artis lain yang lari dari etika keperiabdian Muslim mestilah ditolak tepi. Selangor harus menjadi negeri Islam yang sempurna, mudah-mudahan.

Isnin, 21 Julai 2008

Plan Gempur BN

BN tidak pernah tidur dalam mempertahankan kuasa mereka. Kekalahan yang dihadapi menggesa mereka untuk lebih kuat berkerja dengan men'curi' keyakinan rakyat yang telah bertaut pada pembangkang. Maka sebuah plan perlu dihalusi dan dijana supaya BN tidak lingkup dan ketika peralihan kuasa Abdullah kelak sekurang-kurangnya dapat dilihat BN masih mantap.

Musuh BN pastinya pembangkang dan yang paling hampir ialah PKR dan PAS kerana mereka bangsa serumpun. Formula mudah untuk menguatkan parti adalah dengan melemahkan musuh.

Cara melemahkan PKR adalah dengan bertindak kepada Penasihatnya iaitu Anwar Ibrahim. Maka dengan itu beliau telah difitnah tanpa batasan. Maka individu yang dicanang sebagai Perdana Menteri ke enam ini terpaksa berhadapan dengan sebuah musibah dan akhirnya kepercayaan rakyat kepadanya sedikit tergugat.

Jika BN melawan PAS dilihat seolah BN tidak bersekongkol dan bermusuh dengan sebuah gerakan Islam. Malah dilihat tidak baik juga apabila PAS yang majoriti dari melayu bergaduh sesama melayu dari UMNO.

Maka cara terbaik untuk memenangi persaingan ini adalah dengan 'berbaik-baik' pada lahiriyah seolah BN ini sebuah parti yang baik dan mahukan Islam serta sayangkan bangsa. Sedangkan BN hanya menjadikan Islam sebagai Hadhari sahaja dan pada mereka menyimpan paling banyak melayu yang korup. Mungkin dengan cara mereka berbaik dengan PAS, orang melayu sudah boleh terima BN.

Inilah plan mereka dalam membaiki semula sokongan rakyat kepadanya. Mereka lebih melihat musuh diluar parti mereka daripada musuh yang terdapat dalam parti. Anwar tetap teguh dan PAS sentiasa berwaspada pada semua langkah BN.

Ahad, 20 Julai 2008

Nak DNA Ke Nak Darah?

Deoxyrinobucleic acid atau DNA adalah sejenis bahan dalam darah yang mengandungi maklumat pengenalan peribadi dan ianya berbeza dengan setiap orang yang lain. Banyak kes-kes kehilangan orang atau pengecaman mayat, DNA telah diambil untuk tujuan penyiasatan dan pengenalan diri.

Abdullah bercakap mudah "Buat sekarang. Saya nak tengok". Menilai kata-katanya itu ia seumpama menyuruh budak sekolah rendah menjawab soalan Matematik. Apakah Abdullah tidak tahu bahawa DNA sudahpun diambil pada sepuluh tahun yang lalu. Oleh itu, mengapa harus dilakukan untuk kali kedua. Ini adalah soal maruahnya (Anwar) untuk memberi DNA kali kedua tanpa sebab musabab yang kukuh.

DNA seseorang tidak berubah jika ia tidak dimanipulasi. Dalam erti kata lain, DNA yang dimanipulsi mungkin telah dirosakkan atau diubah maklumat yang terdapat dalamnya ekoran kecanggihan teknologi terkini. DNA Anwar sepuluh tahun dahulu menjadi tanda tanya mengapa ia tidak mahu diguna pakai semula oleh Polis untuk siasatan. Apakah DNA lama sudah rosak angkara kerakusan mereka ataupun mereka bukan mahukan DNA tetapi mahukan darah sebagai mencipta bukti.

Hari ini, Abdullah me'mujuk' Anwar agar menuruti kehendak Polis. Nyata Abdullah tidak bersikap adil dalam hal ini kerana beliau berpihak kepada Polis. Sebagai PM yang kononnya ingin membuktikannya seperti Mr.Clean, beliau harus adil dan tidak mempengaruhi sesiapa sahaja. Wajar bagi beliau menganggap bahawa hujah keengganan Anwar memberi DNA ada benarnya dan kehendak Polis harus dikaji.

Majlis Peguam Negara telah menyatakan bahawa Anwar tidak perlu memberi sampel DNA yang kali kedua. Peguam Sivarasa memberitahu pula, dalam undang-undang Malaysia, mahkamah tidak boleh menyuruh Anwar untuk memberi sampel DNA nya. Maka bertambah serabutlah kerja 'menipu' yang hendak dijalankan oleh mereka.

Ada masa Polis boleh dipercayai dan ada masa tidak boleh dipercayai. Sekarang keluarga Anwar sudah berat hati dalam menaruh kepercayaan kepada Polis kerana banyak pengkhianatan terhadap kepercayaan bersama telah dilakukan oleh Polis. Jaminan Abdullah banawa Ghani Patail dan Musa Hasan tidak campur tangan terlalu ampuh. Ini kerana selagi mana kedua suspek itu tidak digantung kerja, selagi itu mereka terus memiliki kuasa.

Abdullah pernah menipu dan tidak pernah meminta maaf kerana menipu. Ingat, ini konspirasi. Fikir dua tiga kali kata sang penipu kalau tidak masuk kita rugi. Meraka telah berpakat dan merancang. Memastikan mereka terus suci dari dosa dan adil lah sangat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan