Follow je lah..


Jumaat, 17 April 2009

YB Tidak Perlu Sayang Nyawa

Diseru untuk orang Islam berjuang dengan nyawa dan harta mereka banyak kali di dalam kitab Al-Quran. Berjuanglah untuk menegakkan Islam kerana apa yang ditawarkan kepada orang Mukmin itu lebih baik dari nyawa dan segala isi kehidupan dunia ini. Islam itu lebih berharga dari nyawa, kerana kebenaran tetap terus bersambung biarpun nyawa telah lama terhenti dan mati.

Sebagai seorang yang YB, apalah penting nyawa anda demi sebuah perjuangan. Nabi Muhammad pernah dikejar dalam peperangan, untuk dibunuh, demi Islam, nyawa diperdagangkan! Apabila manusia begitu risau akan kehilangan nyawa, ini bererti manusia takutkan pada mati. Sedangkan malaikat maut sentiasa mengintai untuk merentap nyawanya.

Adakah As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin tidak sayang nyawanya apabila dia dibom oleh musuhnya? Benar, semua orang yang normal akan menyayangi dan memelihara nyawanya, tetapi apabila di dalam perjuangan, nyawa menjadi perkara kedua. Jika mati, syahid menanti dan itulah apa yang diidamkan bagi seorang pejuang.

10 orang YB BN yang ada di Terengganu memang sayang nyawa iaitu mereka takut mati. Sifat takut mati bukanlah sifat seorang yang berani bagi seorang yang betul-betul berjuang. Bagaimana mereka tidak takut mati kerana matlamat perjuangan mereka ialah untuk hidup dan mendapat apa yang memuaskan hati. Jika apa yang dijuangkan oleh seseorang itu benar, dia akan sanggup mati. Perkara ini hanya satu provokasi yang digunakan sebagai pembuka perhatian rakyat Malaysia kepada isu kemelut MB Terengganu.

Hidup bukan sekali, tetapi hidup adalah dua kali. Hidup di dunia akan mati di dunia dan hidup pula di alam akhirat yang kekal abadi. Hidup kali kedua itulah lebih yang dirisaukan. Berapa ramai orang yang telah lama meninggalkan kita kerana melalui jalan perjuangan yang benar dan menuntut nyawa sebagai bayaran. Nyawa milik ALLAH. Andai mati sudah ditakdirkan, nyawa pasti akan pergi. Berjuanglah sehingga mati.

Rabu, 15 April 2009

Rosol Kini Kembali

Setelah lama menyepi dari lensa kamera dan paparan berita, hari ini, Rosol and The Gang kembali semula dengan membuat kejutan. Cuma kali ini Idris Jusoh sahaja tidak kelihatan pula. Mereka hadir dengan membuat kejutan dan kita ucapkan tahniah.

Orang melayu memang sering dikaitkan dengan sifat dendam. Sebab itulah datangnya istilah dendam kesumat, dendam berdarah, dan dan mungkin juga ada yang 'dendam berahi'. Apa yang di ingatkan oleh Nabi Muhammad adalah benar dan telah pun berlaku untuk kita lihat serta mengambil iktibar.

Politik adalah kuasa. Dengan kekuasaan kadangkala kita boleh melakukan apa sahaja samada halal atau haram. Dengan kuasa juga kita dapat menjaga batas-batas halal dan haram. Sebab itu mengapa orang Islam memerlukan politik untuk mendapat kuasa. Dan Islam perlu diterapkan ke dalam politik.

Kiranya Rosol dan rakan-rakan ini dianiaya lah sebab kena ugut. Kesian. Cuak jugak mereka.

Kerana Ahmad Said berjaya menjadi MB Terengganu dalam krisis MB lalu, perkara ini sebenarnya menjadi api dalam sekam buat sebilangan Adun yang tidak sebulu dengannya. Inilah percakaran yang timbul merisaukan BN pusat. Lantas Najib dan Muhyiddin segera campur tangan.

Apa yang menarik ialah komen Muhyiddin, katanya kehadiran ke sidang dewan adalah hak masng-masing. Ini salah. Kehadiran ke dewan adalah wajib dan ia adalah hak rakyat. Rakyat mengundi mereka adalah untuk mereka masuk ke dalam dewan dan menyuarakan hasrat rakyat. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya dan sanggup bergaduhan.

Tiada siapa jangka, ada usaha untuk menyingkirkan Ahmad Said dari kerusi MB. Selepas itu, Rosol akan menjadi MB yang baru mungkin. Maklumlah, 'berubah atau rebah' seperti yang disebut Najib menempias ke BN Terengganu juga, ubah pemimpin, agar 'mereka; dapat kuasa dan harta.

Selasa, 14 April 2009

Tahniah Ezam!


Dalam dilema. Dahulu dia bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan dan telah masuk UMNO. Dia menyertai UMNO selepas Mahathir keluar dari UMNO kononnya di bawah Abdullah akan OK. Tetapi malang, sekarang Abdullah sudah tiada dalam UMNO, dan Mahathir masuk semula. Oleh itu Ezam tiada pilihan selain dari keluar UMNO semula buat kali kedua. Jika tidak, Ezam akan bergelumang dengan 'kekotoran' yang sedia wujud dalam BN.

Inilah berjuang jika punyai prinsip yang cetek. Dalam pemilihan UMNO pun, tiadapun namanya terpilih. Tahniah Ezam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan