Sujudterakhir mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Raya Haji dan Raya Qurban. Qurban atau korban dalam bahasa Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah.
Dalam hari raya ini, ada kita yang terpaksa berkorban untuk bersusah dan menerima nasib yang tidak diingini. Sudah menjadi resam kehidupan sejak dari zaman dahulu lagi, aspek pengorbanan sangatlah penting tanpa mengira masa.
Harapnya kita juga sedia berkorban lebih-lebih lagi berkorban untuk Islam. Mampukah kita meninggalkan harta dan keluarga andai itu adala pra-syarat sebuah pengorbanan. Kita belum tahu jawapannya selagi mana kita belum diuji.
Semoga hari raya ini akan membanyak kita bertakbir (membesarkan ALLAH) termasuklah pada hari tasyrik. Besarkanlah ALLAH dalam percakapan, perbuatan, dan juga hati. Selamat berkorban andai tiba masanya nanti.
Laman sosial Facebook (fb) kini di Malaysia telah mendapat sambutan yang sangattinggi. Bukan sahaja ia digunakan oleh anak kecil yang belum lagi berkhatan, malah digunakan meluasnya sehingga ke Perdana Menteri Malaysia sekarang, Najib Abdul Razak.
Pada waktu tulisan ini ditulis, seramai 9 421 orang telah bersetuju menjadi penyokong beliau dalam fb nya. Sebenarnya, bilangan itu tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan berjuta rakyat Malaysia yang turut sama memiliki akaun dalam laman tersebut.
Mungkin cara ini ialah satu cara UMNO-BN untuk menarik perhatian atau memancing undi. Tidak hairan jika dahulu pun BN sanggup membuat iklan di laman Yahoo. com semasa pilihanraya lepas. Dengan ada fb pula, dipercayai jentera pilihanraya BN akan lebih berupaya melebarkan sasaran pengundi.
Soalnya sekarang, laman fb Najib itu hanya seperti ala kadar sahaja. Jika diteliti profile beliau, tidak tertulis maklumat diri yang lengkap. Apatah lagi untuk mengemas kini status beliau 'What's on your mind?'. Kita percaya beliau tiada masa untuk lakukan semua ini.
Oleh itu, barangkali penyokong fb beliau itu seronok bercakap sorang-sorang. Biarkanlah sahaja mereka! Namun adakah ini menjadi satu saluran khusus untuk rakyat kepada seorang Perdana Menteri itu belum lagi dibuktikan.
Tidak dinafikan juga, tetap ada sebilangan pemimpin PR yang mempunyai akaun dalam fb. Cuma adakah itu yang ori diri mereka atau sekadar peninggalan semasa usia remaja dahulu-kala.
Seperti malam yang gelap, itulah misalan yang dibawa oleh junjunganbesar Nabi Muhammad SAW berhubung susasana fitnah akhir zaman. Gelap dalam menentukan mana yang benar dan salah, mana baik dan mana yang lebih baik. Tanpa satu panduan yang jelas, kita akan terus meraba dalam kegelapan itu kerana kita kini berada pada akhir zaman.
Tidak hairanlah betapa komplikated sekali politik di Malaysia hari ini. Setiap parti-parti politik ber’perang’ bagaikan tiada hentinyadan negeri-negeri pula dengan krisis dalaman.Pelbagai perkara berlaku dalam suatu masa dewasa ini. Sebagai contoh pada masa yang sama kes Altantuya dan Beng Hock menghantui politik, kes MB Perak mencelarukan, serangan politik bertubi kepadaPAS melemaskan, dan pelbagai lagi berlaku bersilih ganti.
Bagi kita yang beragama Islam tidak harus terkejut apatah lagi tertekan dengan isu-isu yang tiada noktah ini kerana kita telah diberi tahu awal dalam hadith nabi. Hanya orang Islam yang kurang ilmu dan iman akan selamanya duduk dalam kegelapan mengikut ketua-ketua mereka yang sedang sesat. Sesat mereka kerana dua dustur utama iaitu Al-Quran dan hadith telah disampingkan.
Melihat sekarang Pakatan Rakyat semakin hari semakin utuh apabila hari-hari ditekan dari pelbagai oleh BN. BN pula semakin lama semakin mendedahkan kecacatan yang ada pada parti itu selagi mana mereka sibuk mencari kelemahan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya untuk menurunkan kerajaan BN dari kuasa pemerintahan setelah mengamati barah yang ada tidak mampu lagi dirawat segera.
Sekarang, rakyat sudah mula menghadam maklumat dengan baik, teliti, dan bijak. Biarpun media utama negara dikuasai oleh kerajaan BN sepenuhnya yang mencanggahi dengan etika mereka, rakyat celik tidak mudah dimomokkan. Capaian teknologi dan malumat dihujung jari yang ada abad ini mampu untuk member kita ruang mengkaji dan menimbangkan sewarasnya apa sahaja isu politik yang timbul.
Inilah salah satu faktor yang merubah bentuk politik zaman dahulu dan kini. Pembangunan minda yang pesat selari lahirnya peningkatan modal insan menukar politik kearahsuasana intelektual. Wacana minda dan perbahasan sesuatu perkara suatu perkara yang disambut baik supaya rakyat dapat melihat apa yang berlaku sejelasnya dan menghapuskan budaya fitnah memfitnah. Bercakap atas hujah yang benar dan melaksana dengan berhemah.
Moga perkembangan baik ini mampu menyuluh sedikit demi sedikit kebenaran. Politik sangat penting kerana tanpa politik ibarat makan nasi tanpa lauk. Apa yang kita mahu ialah politik bersih, amanah dan adil setiap masa dan ketika.