Follow je lah..


Isnin, 25 Februari 2008

Sekitar Penamaan Calon

Penyokong PAS melangkah dengan penuh yakin ketika mengiringi semua calon dari parti tersebut menuju ke tempat penamaan. Bendera-bendera dijulang dan berkibar sambil bergerak di dalam saf bagaikan tentera yang sedang berjuang di pertempuran. Dengan lafaz takbir dan ikrar muslimin menambahkan lagi kekuatan dalaman setiap penyokong PAS. Sebagai contoh, anda boleh melihat kebenaran ini di tvpas.com, jelas memaparkan semangat dan iltizam semua ahli PAS Bachok ketika perarakan penamaan calon. Bukan sahaja di Bachok, tetapi diseluruh tempat di mana PAS bertanding, semangat ini dapat dilihat. Gambar-gambar penamaan calon dapat dilihat di laman ini (pru12). Malah di Bangsar juga, Anwar Ibrahim telah turun bersama dalam penamaan calon Parlimen Lembah Pantai. Perjuangan memusnahkan kekufuran negara tidak akan terhenti dan pastinya akan berjaya.

Keadaan sama di Kepala Batas, penyokong BN turut bersemangat membawa PakLah ke dewan Millenium Kepala Batas, rata-rata rakyat yang masih tertipu dengan BN masih menjadi penyokong setia yang tiada maknanya. Ada juga dikalangan selebriti yang memberi sokongan. Beliau yang menguasai kerusi itu sejak 1978 kini ditentang oleh calon PAS iaitu Subri Md Arsad.

Dalam masa yang sama, Parti Mahasiswa Negara (PMN) telah meletakkan hasrat untuk mencabar PakLah di Kepala Batas. Namun hasrat mulia suara mahasiswa itu terbantut ketika mana mereka gagal untuk sampai ke tempat percalonan kerana terdapat sekatan dari Polis. Menurut akhbar Harakah, mereka disekat sebanyak empat kali. Aktivis PMN yang diantaranya dari Universiti Malaya termasuklah calon yang sepatutnya bertanding itu, terpaksa akur untuk tidak dapat bertanding. Apapun, sekurang-kurangnya mahasiswa telah dilihat lebih matang dalam mencorak negara dan memainkan peranan mereka sewajarnya. Barangkali pada peringkat awal, PMN harus lebih banyak menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan dengan bijak.

Maimun Yusof,89 calon bebas di Parlimen Kuala Kuala Terengganu yang berpangkat nenek tidak mahu kalah dalam bertanding. Ataupun tidak, sekurang-kurangnya juga beliau telah mencipta rekod Malaysia sebagai calon bebas yang hampir seabad usianya pertama di Malaysia. Tidak mengapalah, atas nama demokrasi, sesiapa sahaja yang layak mahupun seorang nenek, mereka berpeluang untuk merasai peluang demokrasi ini.

Kejayaan BN pada peringkat awal sebanyak 9 kerusi tidak boleh lagi menjadi ukuran bahawa parti tersebut telah diterima masyarakat. Mungkin BN kini hanya sesuai untuk penduduk Sabah dan Sarawak sahaja kerana 9 kerusi yang dimenangi itu 6 daripadanya datang dari Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, semenanjung Malaysia, akan dimiliki oleh BA sebagai agenda membawa harapan baru Malaysia dan ingin keluar dari kemelut kelemahan kepimpinan negara.

Tempat-tempat yang hangat pada penggal kali ini ialah seperti Parlimen Bachok, Marang, Arau, Bukit Gelugor, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Pokok Sena, Machang, Pagoh, dan banyak lagi. Dimana jua tempatnya, BA perlu berusaha bersungguh-sungguh menghadapi BN yang sanggup melakukan apa cara untuk menang sekalipun bersalahan dengan undang-undang. Sebagai rakyat, sumbangan anda dari segi material, moral, dan minda amatlah diharapakan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan