Ketika penamaan calon, BN bergelut sesama mereka. Kemudian, ketika pencalonan, Abdullah telah meletakkan pula calon yang hakikatnya tidak layak kerana terdapat rekod yang tidak baik dan bersih. Di Kedah, calon BN Dun Bukit Pinang menggelapkan wang koperasi guru dan ada juga calon yang tergamak memakan wang zakat sebanyak RM400 000.00. Menteri-menteri yang 'muntah kedarah' memakan duit rakyat menjadi calon. Calon-calon gangster BN (MB Pahang ,calon BN DUN Paloh, dan 'ustaz sepak tong' di Permatang Pauh) pun bersama bertanding kerusi.
Jelas memang terdapat barah yang serius dalam BN sendiri dan kurangnya modal semasa berkempen. Manifesto BN yang dikeluarkan juga agak lambat seolah-olah hanya ingin menunjukkan mereka juga ada manifesto. Manifesto 'Selamat, Aman, Makmur' sukar difahami malah begitu panjang dan tidak jelas isi utama mereka. Apakah perubahan dan kemajuan yang jelas hendak BN lakukan? Seperti BA, jelas nampak isinya bahawa mereka hendak menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, kesihatan percuma dan lain-lain lagi.
Selain itu, percaturan atau permainan lemah BN pada kempen kali ini lebih bermain sebagai seorang defender(penahan) daripada seorang striker(penyerang). Mereka yang sudah kehabisan modal kini hanya bercakap untuk menafikan sahaja setiap butir kata yang dikeluarkan oleh BA. Contohnya ketika manifesto BA diisytiharkan, BN mempertahankan partinya dengan menafikan keupayaan BA. Samalah juga apabila BA menyeru rakyat agar memberi mandat untuk BA mentadbir negara, BN bertahan juga dengan mengingatkan rakyat jangan eksperimenkan negara.
Di Kelantan, PAS telah memerintah 18 tahun dengan bersih dan amanah. Kerajaan Kelantan berjaya meletakkan kedudukan negeri ke-enam dalam senarai kedudukan negeri berhutang pada kerajaan persekutuaan. Ini maknanya, bahan, radas, dan kaedah eksperimen PAS adalah benar dan keputusan eksperimen sudah berjaya. Mereka yang sebnarnya takut hilang kekayaan jika kalah dalam PRU-12, suka memomok-momokkan rakyat akan perancangan pembangkang bahawa negara mungkin bankrup, hancur, dan punah setelah BA mengambil alih pemerintahan BN.
BN sudah kehabisan modal dan mereka tidak ada apa-apa lagi yang boleh mereka cakapkan kerana dalam semua bidang mereka adalah koruptor-koruptornya. Umpama ketam yang mengajar anaknya berjalan sekiranya BN berkata mereka memperjuangkan rakyat. Hari demi hari kepala pemimpin BN kian berserabut dengan hujah-hujah dari BA disamping masalah dalaman mereka sendiri.
Wahai rakyat yang masih setia kepada BN, buka hati dan buka minda. Berpikul-pikul wang anda mereka dah rompak untuk menantu, anak-bini, dan membina mahligai-mahligai. Sukarnya untuk menyedarkan ahli UMNO-BN ini. Kita tidak halalkan walau se-sen pun wang rakyat digunakan oleh BN untuk kerja-kerja kempen mereka. Kini adalah masa untuk menukar. Menukar parti yang bobrok!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan