Follow je lah..


Isnin, 23 Jun 2008

Politik Sempit Si Rahman Palil

"Buat apa kita (Kerajaan Persekutuan) bagi RM 18000000 kalau ada segelintir dari guru KAFA yang sepatutnya ajar lain, tapi dia ajar lain."-Rahman Palil, ketua UMNO bahagian Kapar, Selangor.

Tidak dinafikan sekolah KAFA (sekolah agama) telah memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan dan memenuhi kewajipan perintah Tuhan. Dengan adanya sekolah agama seperti ini, anak-anak dapat diberikan pendedahan ilmu-ilmu Islam dengan lebih mendalam. Pengetahuan yang dipelajari ini menjadi aset tambahan bagi melengkapkan lagi subjek Pendidikan Islam di sekolah kerajaan. Contohnya, sekolah agama mengajar ilmu bahasa Arab sedangkan sekolah kerajaan tidak.

Tidak akan berjayanya sekolah ini jika tidak digarab segala usaha tenaga manusia. Ini termasuklah guru-guru yang dikenali para ustaz dan ustazah. Bagi mereka, tugas memikul jawatan guru agama bukan hanya menyampaikan silibus subjek, tetapi adalah sebagai penyuluh kepada jalan yang lurus.

Mengapa tiba-tiba insan bernama Rahman Palil begitu ber'musuh' dengan mereka yang mengajarkan ilmu agama? Beliau tergerak hati mencadangkan pemotongan peruntukan RM 18 juta untuk sekolah agama. Alasan beliau adalah langsung tidak masuk akal. Pastinya guru-guru sekolah agama ini amat komited dan amanah kepada tugas menyampaikan ilmu ALLAH dan bukan ajaran songsang ataupun ajaran syirik!

Jika benar apa yang dikatakannya, guru agama ajar lain, mengapa peruntukan pula harus ditarik balik. Kita masih mempunyai banyak cara yang lebih berhemah daripada cadangan beliau itu. Sekiranya cadangan beliau yang sebegitu diterima, ilmu agama anak-anak terbantut.

Beliau lebih suka melihat anak-anak yang belajar menempah kesusahan dan kejahilan akibat cadangannya. Dengan terputusnya peruntukan kepada sekolah KAFA, ini bermkana sekolah agama akan usang dan pelajar akan berkurang . Natijahnya, ilmu Islam itu terpadam.

Jelas kepada beliau, cadangan ini lebih kepada motif politik sempitnya. Kerana nyamuk, kelambu dibakar. Jika politik sempit ini terus bersawang di setiap kepala para pemimpin, hancurlah perpaduan dan menanglah kezaliman. Politik sempit ini senang ditafsirkan seperti; kalau u tak sokong kerajaan, u get out!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan