Follow je lah..


Jumaat, 15 Ogos 2008

Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah hari ini ialah hari lahir saya maka genaplah umur 23 tahun. Dalam usia memikirkan soal usia ini ia bukanlah diatas kehendak seseorang itu. Sebaliknya urusan umur ini adalah di bawah pengurusan ALLAH sahaja.

Jika ALLAH berkehendak untuk memanjangkan usia, maka itu adalah amat mudah bagiNYA. Dalam usia itu ALLAH meletakkan pelbagai ujian kesenangan dan kesusahan untuk melihat sekuat mana pergantungan hambaNYA kepada ALLAH. Apabila senang adakah ia bersyukur dan jika sudah tersasar apakah ia pulang semula kepada ke pangkal jalan.

Perjalanan kedewasaan telah bermula. Usia remaja belasan tahun sudahpun ditinggalkan. Kini adalah masa untuk berhadapan dengan pelbagai urusan terutamanya yang melibatkan masa hadapan. Biarlah bermula dengan baik dan disudahi dengan baik.

*Sujudterakhir mengucapkan Salam Hari Lahir Serta Lambaian Perjuangan kepada beliau. Semoga umur dan rezqi diluaskan agar dapat melihat kejayaan demi kejayaan. Terima kasih kepada semua pelayar blog ini.

Wassalam
Hazim Abdul Halim

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat hari lahir hazim.. maaf lah lewat.. lama tak bukak blog awak.. semakin bagus dan banyak info.. keep it up!

oh ye..awak dah berubah dua kali semenjak akk kenal awak.. =)

Head Shot berkata...

terima kasih kak aimi yang saya hormati..semoga Allah menerima amalan kita..

Tanpa Nama berkata...

happy belated birthday. keep writing!!

Head Shot berkata...

terima kasih kepada is..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan