Melaka dan celaka dua perkataan cukup sinonim. Hanya yang membezakan ialah dua huruf pertama pada perkataan itu sahaja. Sesetangah orang melaka ada yang baik dan ada juga yang celaka.
Sesetengah orang juga mendengar perkataan celaka seolah perkataan yang kesat kerana itu pada paradigma mereka. Pun begitu, kita tidak mengertikan celaka itu adalah sesuatu yang kesat. Ada sahaja di dalam Al-Quran, kalimah 'wail' yang bermaksud celaka digunakan.
Jika kita membuat perkara yang batil, memanglah celaka namanya. Tak kira orang Melaka atau orang bukan dari Melaka, kalau buat benda haram maka namanya celaka. Bagi orang Melaka, inilah masanya untuk mengeluarkan diri dari kepompong celaka yang sering bermain difikiran.
Kalau kita pergi berkumpul untuk membela orang yang celaka, kita tergolong dalam kecelakaan juga. Katanya juga dari satu sumber (tidak tahu ke betul), ada trak FRU yang mengalami kecelakaan. Sah kemalangan itu adalah yang celaka menyusahkan FRU untuk halang orang ceramah (tetapi di Perak, bukan Melaka).
Orang Melaka diajak mari terajui perubahan. Ubah lah diri menjadi cerdik dan berfikir panjang. Di saat negara sedang mahukan gelombang perubahan, orang Melaka harus merasai badainya dan menjana tenaga gelombang itu. Tumbangkan kerajaan yang rasuah ataupun gulingkan Ali Rustam dari terus menjadi Ketua Menteri mereka. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, Ali mestilah meletak jawatan dan kerajaan BN Melaka mesti dibubarkan sebab pucuk pimpinan BN Melaka sudah punah.
Jika orang Melaka ingat, dahulu negeri Melaka adalah negeri Islam yang makmur dan penuh prinsip di dalam perundangan. Ingat, Melaka mesti menjadi negeri Islam kerana Melaka bukan celaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan