Follow je lah..


Rabu, 25 Mac 2009

Sudah Lama Rebah

Berdegar-degar Najib dalam menyampaikan ucapannya sambil membaca teks yang disediakan sempena Pemilihan UMNO semalam. Intonasinya yang lebih keras dan kerap menekankan suara sebagai satu psikologi untuk hampir 2000 perwakilan UMNO yang sedang berkampung di PWTC itu.

Paling cantik, retorik baru selepas mari bekerja bersama saya oleh Abdullah, maka Najib pula " Berubah atau rebah". Untuk UMNO, bukan lagi rebah selepas ini kerana sekarang pun sudah rebah. Masa depan UMNO adalah untuk rebah dan lumpuh. Nantikan pilihanraya nanti.

Ucapan Najib itu hampir menyentuh banyak isu yang berlaku cuma satu isu yang barangkali tidak beliau simpulkan ialah isu wakil rakyat yang tiada pedoman melompat parti lalau dihalalkan rampasan kuasa di Perak itu. Najib seorang yang agak agresif dalam bermain politik, tetapi sebenarya beliau tetap sukar berhadapan dan berhujah dengan pemimpin tertinggi dari Pakatan Rakyat. Baling batu sorok tangan kata orang Melayu.

Tuhan ada mengingatkan bahawa sesuatu kaum itu tidak akan berubah jika mereka sendiri tidak mahu berubah. Apakah apabila UMNO terhantuk, baru mengadah dan sudah kalah baru mahu berubah? Jika benar UMNO mahu berubah, perubahan mereka ini ialah hanya mahu mengambil kembali hati rakyat yang sedang luka. Tetapi ketahuilah UMNO sudah rebah.

Banyak yang perlu rebah dalam UMNO ini. Pertama pemikiran setiap ketua-ketua dalam UMNO rebah dan bersikap jumud serta tidak terbuka. Penggantungan akhbar dari media Pakatan Rakyat adalah tanda politik sempit yang cuba dibawa oleh UMNO. Lainlah jika akhbar itu mengeluarkan ajaran sesat, maka tindakan penggantungan adalah wajar.

Jika Utusan Melayu, Berita Harian, RTM, dan TV3 semuanya menjunjung mengimani UMNO, maka dimana pula pakatan rakyat hendak mengetengahkan pandangan mereka dan idea terhadap isu-isu dalam negara jika satu-satunya akhbar Pakatan Rakyat digantung. UMNO rebah dalam memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat jelas dan tepat.

UMNO rebah apabila berhadapan dengan masalah kemelesetan ekonomi. Masakan perlu berkali-kali belanjawan dan pandangan pembangkang menyuarakan kelemahan pengurusan ekonomi negara. UMNO rebah apabila Kementerian Kewangan terpaksa diubah menterinya.

UMNO rebah dalam melaksanakan undang-undang Islam . Sekadar mengambil undang-undang perbankan dan munakahat Islam itu tidak lagi dinamakan melaksanakan undang-undang Islam andai undang jenayah Islam berkiblatkan barat. Memandangkan semua orang UMNO adalah Islam, mereka tidak terkecuali dari tuntutan mendaulahkan sebuah negara Islam. Kesesatan Ayah Pin merebahkan UMNO apabila mereka tidak bertindak agresif mahu menyelamatkan aqidah umat Islam yang tersesat itu.

Politik wang tidak akan ternoktah. Rasuah adalah barah yang menebal dalam daging-daging UMNO. Jelas isu pembersihan politik wang yang dilakukan oleh Lembaga Disiplin UMNO ini sekadar pantulan gimik perubahan yang mahu dijalankan UMNO.

Rebah!
Rebah!
Rebah!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan