Sudah expired barangkali bagi Rafidah yang terlalu lama menjadi ketua pergerakan Wanita UMNO. Biarpun sebelum pemilihan, Rafidah lebih dominan dan banyak cakap dari Sharizat, mungkin kerana senioriti dan pengalamannya, namun itu sudah tidak bermakna. Kini, menteri tak dapat, ketua wanita pun tak dapat. Menangislah nenek ini dan putih mata.
Mukhriz, simbol kepada Mahathir. Biapun dilihat seperti hero dalam menyuarakan kelemahan Abdullah, aura bapanya tidak mampu menandingi strategi Khairy. Acapkali juga Mukhriz mendapat liputan media perdana, tetapi keputusan yang tidak dijangka ini menumbangkan satu-satunya dinasti Mahathir.
Oh, Khir Toyo usahlah diceritakan lagi. Orang yang hendak dan gilakan kuasa begitulah akibatnya. Biar Khir Toyo berhadapan dengan Kerajaan Negeri Selangor agar fokus kekorupsiannya dapat disiasat satu demi satu. Ia juga petanda bahawa dia bolehlah turun dari gelanggang politik, kerana platformnya untuk berpolitik sudah kian rapuh.
Kemenangan Shahrizat dan Khairy adalah kemenangan Abdullah juga. Shahrizat yang dilantik oleh Abdullah sebagai penasihat bertaraf kabinet dan Khairy pula adalah menantunya. Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO yang merupakan sayap kanan UMNO adalah kemenangan yang penuh dugaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan