Sudah terang lagi bersuluh, arak adalah haram sebagaimana Al-Quran mengharamkan babi. Angkara babi, kita kini bergelut dan sebahagian bertarung nyawa untuk selamat dari selsema babi. Apa sahaja yang diharamkan oleh umat Islam, umat Islam mestilah meninggalkan malah menjauhinya. Sebagaimana zina itu haram, dan ia mesti dijauhi.
Tindakan Pas Selangor nampak tegas. Memang kita kena tegas dalam bab atau soal hukum. Kita tidak mahu setiap kali malam tahun baru atau sebagainya, anak muda orang Islam akan togak arak berbaldi-baldi. Semua jadi kaki botol dan adakah itu dosa yang mahu dipikul oleh pemimpin-pemimpin Selangor?
Shah Alam dan Bangi, majoritinya orang Islam. Jika di sini, daging babi tidak dijual, mengapa arak pula ingin dijual? Sensitiviti umat Islam adalah sama, samada babi ataupun arak. Arak adalah ibu kepada maksiat, kerana arak, manusia mabuk dan jauh dari nur.
Kerajaan Selangor betindak bijak dengan tidak terlalu keras kerana masih diperingkat awal. Dengan istilah 'kawal diri' harapnya kita faham. Peniaga-peniaga harus menyedari kesentivitian umat Islam di kawasan ini. Jangan jual. Nak jual arak, pergi jual di tempat lain. Arak tiada faedah, melainkan kerosakan dan mengeraskan hati.
Pas Selangor dianjurkan untuk terus bermuzakarah. Ambil dan mintalah fatwa dari para alim ulama' yang ada di sini. Khalid dan ulama' mestilah konsisten, jika Khalid tidak, Khalid harus ingat bahawa peringatan telah disampaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan