Follow je lah..


Isnin, 10 Ogos 2009

Lambaian Mu Di Pintu Kuil

"Saya Perdana Menteri Rakyat"
Replika Najib yang terletak di hadapan pintu kuil ini adalah satu contoh gambaran mesej 'Perdana Menteri Rakyat'. Replika yang besar itu, mungkin lagi besar dari patung berhala yang ada di belakangnya menjadi mercu tanda baru Batu Caves.

Najib merestui hal ini kerana beliau diam. Barangkali ini adalah satu cara untuk menarik ramai pelancong dan penganut agama Hindu agar me'makmur'kan kuil itu. Pun begitu, gambar muka replika itu tidaklah tepat seperti muka sebenar Najib.

Muka replika itu menunjukkan seperti seorang kaum keterunan India juga (mengikut tafsiran masing-masing). Kita boleh juga replika Muhyiddin di sebelah replika Najib. itu satu hari nanti Tangan kanan pula melambai dan tangan kiri sorok ke belakang.

Pepatah melayu ada mengatakan, baling batu sorok tangan. Replika itu adalah contoh terbaik bagaimana hendak sorok tangan apabila sudah membaling batu.

Nasib baik mereka buat replika itu depan kuil, kalau depan masjid, dah lama kena tebas. Boleh juga selepas ini meletakkan replika Najib di setiap bandar-bandar ataupun kuil.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan