Kematian sudah mencecah angka 50 orang pada tarikh hari ini. Kehidupan sosial sebahagian besar kita masih seperti biasa lagi. Pergi ke kerja, balik kerja, hantar anak, amek anak dan pergi makan dan sebagainya. Ada yang memakai topeng dan ada juga yang tiada memakainya sewaktu menguruskan urusan hidupnya.
Merasa aman dari dikenakan bala adalah satu dosa besar. Apatah lagi jika kita berat menyatakan musibah itu adalah satu bala dari bala-bala yang Allah turunkan seperti tsunami, tanah runtuh, dan seumpamanya. Selagi itulah kita rasa aman dari bala. Kerajaan pun belum mengisytihar bahawa virus ini adalah bala kepada negara.
Bala akan turun kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira dia orang baik ataupun tidak. Dia orang PAS atau BN, sesiapa sahaja boleh terkena. Kerana hebatnya virus ini, dunia tidak dapat pun lagi menghasil senjata melawannya. Kita sudah lumpuh.
Sebagaimana tsunami melumpuhkan operasi hospital, begitu jua H1N1. Bahana yang besar apabila semua hospital sesak dengan pesakit yang demam, selsema, sakit tekak, dan sukar bernafas rata-rata datang untuk mengesahkan adakah mereka mengidap selsema babi tersebut. Akibatnya, hospital bukan lagi tempat yang selamat kerana ramai yang sakit berkumpul di situ.
Ke mana manusia hendak pergi jika satu hari nanti keadaan menjadi darurat? Jika darurat, keadaan buruk akan lebih mencengkam kehidupan dan pelbagai masalah lain pula yang timbul. Pada masa itu, manusia hidup dalam ketakutan dan penuh kesengsaraan.
Kita perlu kembali kepada ALLAH. Hentikanlah segala aktiviti dan program yang lari dari hukum Islam selama-lamanya dan UMNO pula mesti bertaubat kerana UMNO adalah kerajaan yang bertanggungjawab kepada negara. Kembali tegakkan Islam dan jujurlah. ALLAH yang memberi penyakit dan ALLAH yang menyembuhkan. Mengapa susah sangat untuk faham ayat ini?.
Jika kita ditakdirkan mati kerana H1N1 ini, matilah kita dalam keadaan redha kepada ALLAH yang berkuasa ke atas hambanya. Itu lebih baik daripada mati dan dalam hati sentiasa gelisah akan penyakit yang tiada ubatnya itu.
Ya ALLAH, ampunkanlah dosa sebahagian dari kami, tariklah bala ini Ya ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan