Semalam dikejut lagi dengan satu lagi berita kematian yang seiras dengan kematian TBH. Mati sebab jatuh dari tempat yang tinggi...eee ngeri...
Masih dalam siasatan..perlu tak buat Suruhanjaya untuk siasat kes ni?
Okay, rakyat yang siasat dulu k...
Kalau ini dinamakan bunuh diri, mungkin kita boleh buat spekulasi dari cerita ini di mana cerita itu adalah dari sudut pandangan SPRM sendiri.
Dia pergi ke pejabat SPRM, (naik motor bai! sorang2) mungkin jumpa sebab diminta atau dia ada sesuatu hendak selesaikan...menurut cerita itu, dia hadir tanpa temujanji, jadi takda isu hadir sebab diminta,setuju? dan mungkin dia hadir kerana kerelaan sendiri sedangkan, dia telah dibebaskan dengan ikat jamin....logik?
Kerana tiada temujanji, dia tidak dapat bertemu 'pegawai' yang dikehendakinya...atas sebab itu dia perlu tunggu di sebuah bilik kerana 'pegawai' itu ada mesyuarat.
Dia ditinggalkan seorang diri selepas pegawai (namakan sebagai 'pegawai A') yang menemaninya hendak memanggil 'pegawai' yang patut arwah jumpa. Lepas 'pegawai A' masuk bilik itu semula, tengok arwah dah tiada..!!
Dari satu petikan Pengarah Siasatan SPRM:
"Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini."
Arwah sudah mati jatuh bangunan rupa-rupanya...
Dari gambar, tempat yang dipercayai arwah terjun tingkapnya terbuka...jika anda sebagai 'pegawai A', masuk bilik tengok takde orang, tapi tingkap buka luas...mesti ada pergi tengok dekat tingkap tu dulu, fikir apahal tingkap buka luas ni...tapi tak, cari di kawasan pejabat. Tak
nampak tingkap tu dah buka luas???
Kalau kita fahami dari istilah 'kawasan pejabat', kawasan pejabat tu luas, sedangkan dia duduk di bilik, tak cari di bilik dulu ke, terus cari dekat kawasan pejabat...?
Eh, tak kan seseorang yang memang nak jumpa seseorang, tiba-tiba dia berkeliaran sehingga hilang, dan kena cari plak tu.... handphone kan ada kan?? takkan tak kol dulu???terus cari ke?????
Adakah orang yang datang naik motor bersusah payah untuk jumpa seseorang tiba-tiba membatalkan hasrat untuk jumpa dengan membunuh diri?
Sekadar analisis. Jangan tangkap saya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan