Follow je lah..


Khamis, 15 Mei 2008

Karpal Yang Tidak Karam

Sebelum ini Karpal ada menyatakan berkaitan misi PAS untuk menubuhkan negara Islam. PAS dengan berhemah dan bijak memberi respon yang selamat dan tidak provokasi kepada kenyataan Karpal. Tuan Guru menyebut bahawa, Karpal bolehlah datang ke Kelantan jika ingin melihat bagaimanakah kepimpinan berasaskan Islam dilaksanakan di sana.

Beliau ialah antara peguam yang mahal bayarannya jika memerlukan khidmatnya kerana berpengalaman jauh, pandai berhujah, serta pakar perundangan. Barangkali tidak bijak jika seorang budak UMNO (iaitu pemuda dari Perak) yang begitu lantang hendak mengajar beliau kepada ilmu perundangan kononnya mereka memperjuangkan Melayu.

Karpal telah melahirkan pandangan peribadi beliau berhubung isu Nizar-Jamry. Beliau berkata katanya itu adalah berasaskan undang-undang dan tetapi diputar belit serta diambil kesempatan oleh UMNO sebagai itu isu politik. Akibatnya, beliau dihentam oleh UMNO dan laporan polis dibuat.

Di Selangor, atas satu kenyataannya kepada Sultan, Istana menyatakan kenyataan beliau sebagai tidak bertanggungjawab. Walaubagaimanapun, ketika ditemui wartawan di perkarangan Parlimen berkaitan hal itu, beliau seperti terkejut dan tidak menyedari kenyataan itu pernah dikeluarkan olehnya.Beliau sedia balik melihat kenyataan itu.

Baginya, jika 2000 laporan polis terhadap kenyataanya, beliau tetap mepertahankan dirinya tidak bersalah. Kelihatan puak UMNO begitu teruja membuat laporan polis kononnya Karpal menderhaka kepada Agong sedangkan mereka terlupa bahawa mereka lebih awal kebiadapan kepada Raja, Sultan, dan Agong.

Selagi ada Karpal akan bersuara biarpun hanya di kerusi roda. Pandangannya mungkin keras dan keterlaluan kepada beberapa isu yang sensitif. Sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, beliau gigih keluar masuk ke Parlimen demi menyatakan hasrat, pendirian, dan perjuangannya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apasal mati2an sokong karpal.

Tujuan asal Dap aka Pap nak hapus hak Melayu Islam, Bahasa Melayu.

Dah tau jahat sokong lagi.

dia kata sultan berfikiran feudal.

Kalau lu susah dia tak tolong...kecuali nak berpolitik.

Head Shot berkata...

saudara/i tanpa nama

entri ini tidak memberi makna menyokongnya. tetapi adalah satu diskripsi tentang perjuangannya sahaja. walaubagaimanapun, jika ada pandangannya yang relevan dan benar, mengapa tidak kita menyokong pandangannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan