Follow je lah..


Ahad, 11 Mei 2008

Inilah Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu menjadi modal utama bagi UMNO. Sebaik sahaja tamat PRU-12, mereka(UMNO) bergendang dengan irama ketuanan Melayu supaya rakyat dapat melihat bahawa mereka adalah satu-satunya angkatan terulung yang membela hak dan kesensitvitian Melayu. Merekalah yang mempertahankannya, itulah kata mereka.

Mengapa ia digembar-gemburkan jika sebelum ini mereka sakan bercerita pasal hendak membangunkan Kelantan, selamat, aman, dan makmur. Kerana UMNO ingin menyatu-padukan Melayu dibawah UMNO supaya mereka mendapat sokongan yang padu di saat rakyat sudah mahu peralihan pemerintahan.

Hakikatnya ketuanan Melayu masih utuh dan dihormati. Tiada apa yang menjadi isu dan tiada ada apa ancaman pun terhadap bangsa Melayu ini. Melihat cakap-cakap mereka untuk mempertahankan ketuanan ini seperti menambah garam ke laut. Laut yang semestinya telah masin jika ditambah garam begitu jugalah tahap masinnya laut itu. Itulah perumpamaan kerja UMNO yang berbicara perkara ketuanan Melayu pada saat dan keadaan Melayu kini.

Pendek kata, hak dan ketuanan Melayu masih terjaga dan terbela dalam Perlembagaan Negara. Tiada suara yang ekstrim mencabar dan mempersoalkan hak Melayu. Perdana Menteri masih orang Melayu, universiti tempatan masih ramai anak Melayu, dan Kampung Baru, Kuala Lumpur masih lagi didiamai dan dimiliki oleh orang Melayu. Oleh itu, apa masalahnya dengan Melayu?

Kalau benar ingin menjaga ketuanan Melayu, perlu dilihat bersama orang Melayu yang telah hilang pekertinya. Melayu yang hilang kejujuran diri sehingga sanggup mengkhianati amanah, Melayu yang menekan bangsa sendiri hanya kerana perbezaan idealogi politik, dan Melayu yang sudah tiada rupa melayu apabila rambut sudah perang, telinga-hidung bertindik, hidup bebas ala barat, cakap guna bahasa penjajah, dan amalan agama sememangnya hancur dan sekadar adat.

UMNO perlu bahaskan itu semua. Jika masalah tersebut seolah remeh dalam benak mereka, mari berbicara sesuatu yang lebih agong seperti keadilan dan demokrasi. Keadilan yang sudah lumpuh sejak era Tun Mahathir sehingga sekarang, siapa yang bersuara memperbaikinya? Jika keadilan hilang, datanglah kezaliman. Ini yang patut difokuskan bukan ketuanan Melayu.

Orang Melayu di luar UMNO semakin pandai dan dapat menilai serta berfikir baik-buruk. Jika tidak manakan mungkin UMNO kalah teruk dalam pilihanraya. Manakan mungkin ratusan dan puluhan ribu rakyat dapat dihimpunkan secara sukarela di stadium anjuran Pakatan Rakyat. Melayu memang b oleh berfikir untuk kebaikan negara, hanya segelintir sahaja yang tidak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan