Dari satu sumber, hari Rabu (14/5/2008) katanya akan 'melompat'lah 17 ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat.Rupa-rupanya ia satu ancaman serius kepada BN kerana di situ titik kelemahan mereka.
Dahulu BN menyifatkan kekalahan teruk mereka dalam pilihanraya adalah berfaktorkan ada atau wujud ahli yang curang dan berpaling tadah . Natijahnya, lima negeri dan satu wilayah melayang seperti mana yang telah diketahui ramai. Pada saat kekalahan itu, ketua utama BN, terduduk kaget.
Memang ada orang BN yang tidak jujur dalam BN. Pelbagai kemungkinan kenapa mereka bersifat sedemikian. Jika ada, mungkin disebabkan kerana memprotes kerana tidak puas hati, kecewa dengan kepimpinan yang lemah, ditekan dan dihenyak oleh kuasa para ketua, atau mahu beralih bersama perjuangan rakyat yang hakiki. Dalam banyak kemungkinan ini, tiada satu pun rawatan yang berkesan diberikan oleh BN supaya bahaya kemungkinan itu tidak melarat.
Apabila sudah kronik, melalui pelbagai seribu satu kepincangan dalam menguruskan sebuah parti BN, keadaan semakin sukar. Masing-masing mengutamakan kepentingan dan mahukan kepentingan. Sekarang bagi sesetengah ahli Parlimen BN pula, dalam BN sudah tiada lagi kepentingan. Ayuh, kita melompat!
Jika beginilah caranya BN menghadapi situasi segala masalah, harapan kegemilangan BN kian kabur. BN terpaksa berjaga-jaga kepada semua ahli Parlimen yang mungkin akan melompat parti bila-bila masa. Memberi ingatan dan amaran "Ingat kamu menang pilihanraya atas tiket Barisan Nasional" kata Najib. Dolah dan Najib, tidak mahu BN kalah, sebab nanti, hilanglah kuasa kerajaan mereka.
Inilah sahaja kelemahan BN, takut ahli Parlimen mereka lompat parti. Jika tidak takut, kerajaan anak-beranak akan tumbang. Apabila tumbang, mereka akan jadi pembangkang.Maka mereka tidak boleh menyalah-gunakan kuasa agensi kerajaan, mengaut untung berbillion-billion, dan bercakap besar.Selamat tertumbangnya sebuah proksi kegelapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan