Follow je lah..


Sabtu, 24 Mei 2008

Tinggalkan Batu Putih

Jika ada Jalur Gemilang yang berkibar di Pulau Batu Putih, turunkanlah bendera itu. Pulau ini bukan lagi milik kita tetapi milik Singapura. Inilah keputusan ICJ yang muktamad.

Rais Yatim sudah pasti dan pasti menganggap positif keputusan ini. Bayangkanlah jika beliau mengatakan bahawa keputusan ini adalah satu tekanan kepada Malaysia, mungkin beliau dianggap tidak menghormati mahkamah antarabangsa.

Peta persempadanan Malaysia - Singapura perlu dikemaskini. Kecilkan sedikit teritori Malaysia. Hakikatnya, walaupun seinci tanah Malaysia diambil, tidak akan mana-mana rakyat Malaysia menghalalkan. Namun, kerana Singapura berjaya dari segi perundangan, kita tidak mampu membuat apa-apa melainkan harus menitiskan air mata.

Air mata yang menitis adalah tanda kedaulatan dan kecintaan kita kepada negara yang diragut. Kepimpinan negara bersikap bersahaja dengan keputusan ini dan tiada rasa kecewa akibat kecundang mereka.

Ketika inilah juga Dolah berada di Jepun pada waktu negara sedang di'serang'. Ujarnya mudah, agar rakyat perlu menerima keputusan ini. Tahukah Dolah bahawa suka atau tidak suka memang kita menerimanya. Tetapi kekecewaan dan kesedihan rakyat manakah arah perlu dibawanya.

Inilah kekalahan dan bukan perkara menang-menang. Dapat atau tidak dapat Batu Putih, jawabnya Malaysia tidak dapat. Kibarkanlah Jalur Gemilang separuh tiang, kerana kita sudah hilang sebuah khazanah negara.

1 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

saudara hazim, kita memang layak kehilangan pulau tersebut, bagi saya Singapura memang layak untuk mendapatkan pulau tersebut, kerana dari segi sejarah dan pembangunan, bukan sahaja daripada segi perundangan, jadi bagi saya tidak timbul untuk kita menangis, kerana kita tidak pernah membangunkan kawasan tersebut sejak sekian lama tetapi kerajaan Singapura telah pergi untuk meletakkan rumah api misalnya di pulau tersebut. dan jelas sekali dari segi terma dan syarat, sesiapa yang pertama menduduki dan berjaya membuktikan kehadirannya di situ maka sesuatu kawasan tersebut akan menjadi hak negara terbabit, jadi bagi saya kita tidak kehilangan apa-apa kerana walaupun batu putih itu terletak lebih hampir dengan kita, tetapi kita tidak pernah menunjukkan tanda kehadiran kita di pulau berkenaan, di tambah pula dengan beberapa fakta sejarah yang cukup kukuh menunjukkan singapura memang berhak ke atas pulau berkenaan. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan