Follow je lah..


Ahad, 18 Mei 2008

Jari Untuk Menuding


4 hari sebelum pilihanraya ke 12 di Malaysia penggunaan dakwat cap jari dibatalkan serta-merta. Tujuan dakwat dikuatkuasakan itu tidak lain adalah untuk menjamin ketelusan PRU kali ini. Namun berita pembatalan itu memberi satu tanggapan negatif kepada ketelusan kerajaan dan SPR.

Apakah pembatalan ini sudah dirancang atau sekadar sandiwara? SPR terus memberi seribu dalil-dalil pembatalan dakwat cap jari itu demi kononnya bertanggungjawab. Ini adalah satu kegagalan bagi mereka dalam melaksanakan satu perancangan yang telah dirancang demi kebaikan Malaysia.

Hari ini, dalil SPR adalah atas perintah kabinet. Menurutnya, hasil mesyuarat kabinet(BN) mereka membatalkan penggunnaan dakwat cap jari dan Rashid menerimanya sebagai, 'yes man'. Namun beberapa salah faham telah berlaku, Dolah pula kata tidak.

Dolah menafikan akan kenyataan SPR itu. Kabinet tidak mengarahkan tetapi hanya mencadangkan. Sekarang soal pembatalan dakwat cap jari ini sudah menjadi isu tuding menuding jari. Kedua-dua percanggahan ini boleh dilihat sebagai kelemahan yang besar.

Mengapa kerana nyamuk, kelambu dibakar? Mereka yang membatalkan itu memberi sebab bahawa ada pihak yang telah membeli dakwat itu dengan tidak bertanggungjawab untuk menggangu pilihanraya. Jika benar ada, kenakanlah tindakan undang-undang keatas pesalah dan bukan dakwat pula yang disalahkan.

Sejuta alasan boleh dicipta jika tidak mahu yang satu. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Sekarang, bagi PRU-13 kelak, SPR mesti memberi janji dan kerajaan akan menguat-kuasanya peraturan ini. Pokoknya ketelusan dan bersih mesti disanjung tinggi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan