Follow je lah..


Khamis, 22 Mei 2008

MT Itu Mata Tutup


Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang hebat bermesyuarat semalam selama hampir 3 jam membincangkan isu keluarnya Mahathir dari UMNO. Mahathir yang merupakan bekas Presiden UMNO, an ahli selama 22 tahun adalah aset yang paling bernilai dan berharga bagi mereka.

Mahathir akhirnya berjaya menggegarkan meja mesyuarat MT . Ini adalah sebuah mesej yang terus terang meminta Dolah letaklah jawatan serta-merta. Mesej bukan hanya kepada Dolah, tetapi rakyat Malaysia amnya juga.

Rakyat sudah tahu dan Dolah pun sudah mengaku, bahawa dia adalah faktor kekalahan BN. Cuma kini hanya Dolah sahaja yang terus berdegil dan tegar dengan walau apa pun tekanan yang diberikan kepadanya. Dolah yakin, dengan kuasanya sebagai Perdana Menteri, beliau mampu mencaturkan politik Malaysia seperti mana era Mahathir mencatur. Bijak atau tidak bijak percaturan Dolah, itu terserah.

Seperti sebelum, bila mana diumumkan keputusan PRU-12, mengetahui BN telah hilang banyak kerusi maka berhimpunlah MT dan segelintir ahli yang kononnya tetap menyatakan sokongan kepada Dolah. Mereka itu keliru, antara menyokong parti ataupun menyokong Dolah. Antara menyokong kepentingan peribadi atau kepentingan parti.

Mesej Mahathir sudah jelas kepada MT. Hanya MT sahaja yang mata tutup mengakibatkan mereka tidak dapat melihat mesej ini. MT yang sengaja mata tutup itu memberi peluang lagi kepada Dolah, lagi dan lagi, untuk menerajui negara tanpa ada sebarang jaminan.

Dimanakah kayu ukur keupayaan Dolah sementara menanti mesyuarat Agong UMNO Disember ini? Keperluan mengukur keupayaan Dolah mengembalikan keyakinan ahlinya adalah sangat penting supaya tahu apakah Dolah gigih. Jika tanpa kayu ukur seperti ini, Dolah hanya membuat kerja-kerja biasa seperti sebelum.

MT janganlah mata tutup. MT kena tegas dalam isu kerelevenan Dolah sebagai Presiden UMNO. Mungkin sukar untuk MT melaungkan suara ini, kerana masing-masing takut dan jaga periuk nasi. Apapun dimensi UMNO selepas ini, begitulah UMNO yang tidak relevan lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan