Najib berhadapan dengan serangan dari tiga penjuru. Penjuru dirinya, penjuru Altantuya, dan penjuru Saiful. Kedua-dua cerita Altantuya dan Saiful ini sangat hangat diperkata sehingga busuknya tercalit sendiri kepada Najib.
Kali ini dua kali Najib membuat penafian. Penafian pertama adalah penafian pada akuan bersumpah Raja Petra dan penafian kedua ialah penafian akuan bersumpah Balasubramaniam (Bala). Walaubagaimanapun, penafian kedua ini adalah penafian yang terdahsyat baginya.
Hari ini cakap lain dan hari esok cakap lain sedangkan orang yang bercakap itu ialah orang yang sama,itulah Bala. Bala apa yang menimpa Bala untuk menukar 100% pengakuan bersumpah itu dari asal kata lain dan esok kata lain menjadi tanda tanya. Sekalipun ia menjadi tanda tanya, jawapannya sudah kita lihat dan kita ketahui. Rakyat tidak jahil.
Berdasarkan kes Anwar 1998 dahulu, beberapa orang saksi penting dan mangsa telah ditekan dengan penuh tidak peri kemanusiaan. Mereka dipaksa untuk mengaku bersalah sedangkan mereka sesekali tidak pernah melakukan perkara kesalahan itu. Apakan daya hanya tulang empat kerat untuk berhadapan dengan pegawai-pegawai ala KGB. Didesak, disentak, dan dihentak. Lalu saksi dan mangsa itu lemah longlai dan rosak psikologinya seraya mengaku diri bersalah.
Apakah Bala seperti itu, didesak, disentak, dan dihentak? Beliau bukan diugut oleh kaki gangster untuk berbuat demikian. Tetapi kita percaya beliau menerima tekanan lebih dahsyat dari gangster yang ada di muka bumi ini. Kerana merekalah yang memegang undang-undang (Gani Patail) dan kekuasaan (Musa).
Siasatan memanglah boleh dijalankan samada pada pengakuan pertama atau kedua. Namun kenyataan yang mengatakan siasatan dijalankan adalah sekadar ingin meraikan pembuat laporan itu. Hasil laporan? Adalah rahsia. Jika laporan itu telah membuktikan mereka bersalah atau tidak dan layak di dakwa atau tidak, tetap juga rahsia. Dalam rahsia itu ada seribu lagi rahsia.
Najib telah membuktikan, yang beliau dan Saiful punya hubungan yang akrab dalam kenyataanya. Katanya, ketika Saiful telah diliwat datang ke rumah (yang dahulu kononnya hanya ingin meminta biasiswa Timbalan Perdana Menteri( TPM) di pejabat TPM) untuk mengadu kepada beliau yang dirinya diliwat. Siapa Saiful ini yang sanggup menjaja maruah sendiri kepada orang kedua yang terpenting dalam negara iaitu TPM, datang untuk memberitahu aku sudah ditebuk tupai!? Biasanya, jika anak dara telah dirogol, mangsa pastinya hanya mengadu kepada ibu dan bapa sahaja. Ini kerana kedua-duanya adalah lebih akrab atas hubungan keakraban dalam berkeluarga. Saiful bukan ber'bin'kan Najib.
Setiap malam sketsa politik ini seolah-olah disusun oleh politikus-politikus. Berdrama dan berolok-olok semata-mata mahukan diri tidak mahu dimualkan. Tuhan akan sentiasa menunjukkan, orang yang salah dengan wajah kesalahannya dan orang yang tidak bersalah dengan wajah ketenangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan