Mari kita lihat ke bawah sebentar setelah meneliti perjalanan Pilihanraya di Kuala Terengganu dua hari yang lepas, iaitu pilihanraya kampus. Lebih spesifik lagi kita ke kampus panas Universiti Malaya yang sentiasa kecoh dengan aksi pilihanraya mereka.
Sudah pasti untuk menjayakan suara demokrasi antaranya adalah dengan menjadikan pengundian sebagai salurannya. Pendek kata pemilihan pemimpin tertinggi dalam kampus adalah berdasarkan suara keramat dari siswa dan siswi universiti tersebut. Pun begitu, pengundi mungkin akan memilih hanya berdasarkan pengetahuan yang terbatas berkaitan individu bertanding itu. Contohnya, calon itu dinilai berdasarkan janji manis(menifesto), akademik(pointer), aktiviti (lagi banyak lagi debom!) dan sedikit sebanyak paras rupa seperti yang tertera dalam kertas kempen mereka itu.
Maka itu sebenarnya tidak cukup dalam menilai siapa yang layak untuk menjadi pemimpin mereka, oleh itu harus ada satu sessi bicara ataupun pidato yang mana itu adalah platform untuk melihat kualiti kepimpinan dalam susun atur kata dan pemikiran mereka. Ruang ini kadangkala juga tidak berjaya menembusi kepompong pemikiran tertutup sesetengah siswa kerana persediaan mental yang lemah dalam diri mereka dan sekatan dari pentadbiran kolej yang berfikiran sempit.
Dengan itu harus ada 'punch line' dalam jalan cerita pilihanraya. Kewujudan beberapa fitnah mampu menarik kepekaan dan menghangatkan suasana dari agen propaganda. Hasil telitian mendapati perkara inilah yang menjadikan sesetengah siswa tidak mahu terlibat dalam politik kampus. Maka kesempatan akan di ambil kepada siswa yang terus menerus tidak peka dan tiada minat itu oleh agen propaganda untuk membobrokkan pihak lawan.
Perkara yang mengguris hati umat Islam ialah apabila tindakan kurang ajar menghina Islam berlaku. Sama ada dengan merendahkan individu muslim di khalayak, merosakkan surau dan masjid adalah satu yang tidak sepatutnya berlaku. Orang yang melakukan ini barangkali licik dan terancang, supaya pergerakan mereka tidak di hidu oleh sesiapa melainkan sesama mereka sahaja.
Kejadian kepala babi yang diletakkan di surau adalah perbuatan yang melampau dan mengguris semua hati umat Islam. Berita ini tidak didedahkan di media utama cap BN, kecuali malaysiakini. Ada beberapa aspek difikirkan atas perkara ini:
- Wujudnya sejenis manusia yang sentiasa benci mendalam kepada Islam. Mereka menzahirkan kebencian kepada masjid, surau, dan muslimin secara menghina seperti apa yang telah berlaku.
- Bertujuan melaga-lagakan antara agama, kaum, dan seteru politik seumpama batu api. Propaganda adalah senjata utama dan mereka tidak senang melihat kejayaan orang yang berjaya dan sentiasa mengintai titik kelemahan seteru mereka.
- Terakhir, umat Islam ambillah iktibar kerana kelalaian kita dalam mengimarakkan dan menjaga rumah ALLAH. Pengajaran keras buat semua siswa yang berat datang surau ;"Babi pun datang surau, kalau korang tak datang surau... paham-paham jelah"
Selamat mengundi, semoga satu hari nanti pilihanraya kampus akan lebih mencerminkan keintelektualan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan