Follow je lah..

Sabtu, 5 September 2009

Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Dalam keadaan sekarang, ia adalah waktu terbaik untuk meraih kemenangan lagi dalam PRK. Kita mulanya harapkan di Kota Seputih, Kedah, SPR tak bagi. Namun di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pula kita dapat.

Macam-macam 'senjata' boleh dibawa masuk. Hal kenaikan harga minyak adalah yang terbaik. Tambah lagi Umno sekarang hutang keliling pinggang.

MCA, MIC, dan Umno T'ganu berpecah belah. BN tak dapat menyelesaikan krisis dalaman mereka. Ibarat bom C4 yang boleh meledak bila-bila masa.

Selamat bertempur di kubu lawan kita,BN. Tiada pilihan untuk kita bekerja keras dari sekarang. Rakyat bersama Pakatan Rakyat.

Khamis, 3 September 2009

Jujurkah 9 Adun Itu?


Perjalanan politik di Terengganu membimbangkan BN, tetapi mungkin menguntungkan PR. Lama sudah UMNO BN Terengganu tidak dapat duduk semeja sesama mereka kerana kuasa dan harta.

Jika kuasa dan harta adalah matlamat perjuangan politik mereka, inilah orang yang merbahaya. Pendekatan: Kalau tak dapat, nak ugut-ugut dan sanggup buat apa sahaja demi kekayaan yang diidamkan. Islam tidak mengajar umatnya begitu jika sudah mempunyai kuasa, sebaliknya memikul tugas dan amanah kerana ALLAH.

Apabila sudah hilang arah, kacang sudah lupakan kulit dan kawan jadi lawan, kini barulah mereka mencari lawan untuk dijadikan kawan. Yang mana dahulu kita menjadi 'bahan' sekarang ingin pula mencari 'tuan'. Tindakan mereka ini mestilah diteliti dan berhati-hati agar kita tidak masuk jerat perangkap yang mereka sedang jayakan.

Apapun, keterbukaan PR sememangnya tidak pernah tertutup. Betapa ramai yang dahulu lawan seperti BN, MIC, MCA, kini sudah bersama PR. Perpindahan parti yang mereka lakukan adalah atas kesedaran dan kepentingan terhadap rakyat.

PR bukanlah tabung duit atau projek yang mempunyai nilai berjuta-juta ringgit untuk dikaut peribadi. PR amat berbeza dari BN yang mana BN telah jauh tersimpang dan hampir mustahil untuk kembali baik dan bersih. BN dalamnya ada banyak tangan-tangan yang kotor dan ajaib, yang mampu melakukan apa sahaja.

9 Adun berhak menentukan hala tuju politik mereka. Jangan pilih jalan yang salah dan kembalilah muhasabah atas sebab dan siapa yang memilih mereka sebagai Adun. Jika perkara ini dingerti, PR adalah jalan baik kepada mereka. Maka PR menang di Terengganu, Inysa-ALLAH.

Selasa, 1 September 2009

Hadiah Kemerdekaan Kerajaan BN


"Minyak naik lagi" getus seorang rakyat Malaysia. Apapun kenaikan, setakat ini kuasa rakyat masih tidak dapat menurunkan harganya. Ini kerana harga minyak mengikut harga pasaran dunia.

Pasaran dunia itu pasaran dia. Kita sebagai rakyat jelata tidaklah faham pengiraan minyak dan bagaimana ia diuruskan. Tapi apa yang rakyat harapkan ialah kerajaan mengambil peranan aktif dalam mentadbir urus niaga minyak dunia.

Negara kita bersyukur mempunyai telaga minyak tersendiri. Tetapi kita saling tidak ubah seperti ketiadaan telaga itu kerana harga minyak naik dan naik. Kita terpaksa bayar mahal di bumi sendiri dari khazanah satu Malaysia.

Hari raya yang bakal kita raikan nanti diserikan dengan isu minyak. Rata-rata seluruh rakyat Malaysia terutama Muslimin atau orang melayu akan pulang ke kampung. Mahal atau tak, minyak perlu diisi penuh ke dalam tangki kenderaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan