Follow je lah..

Sabtu, 21 Jun 2008

Tubuh Baldatun Toyyibah

Diceritakan dalam Surah Saba' mengenai satu kaum yang telah diberi nikmat dan dipimpin oleh Rasul mereka mendapat pengiktirafan Baldatun Toyyibah (Negeri Kebaikan; sila rujuk tafsir akan istilah itu). Tetapi selepas itu, mereka telah leka dan menerima pengajaran dengan banjir yang besar.

Selangor dan Saba' mungkin ada bezanya. Namun pengajaran dari cerita kaum terdahulu seperti kaum Saba' harus diambil perhatian. Mereka adalah satu kaum yang telah melaului laluan kehidupan pada era kehidupan mereka dengan sebuah kisah cerita. Hanyalah yang berbeza pada kita adalah waktu masanya. Perbuatan dan perlaksanaan mereka tetap boleh diulang semula oleh kita.

Syukur, Selangor dapat merialisasikan sebahagian manifestonya. Pemberian air percuma dan pembukaan laluan jalan di Bandar Mahkota Ceras (BMC) adalah antara petunjuk positif kerajaan ini. Banyak lagi pencapaian yang mungkin mereka akan miliki kelak.

Selain itu, hampir kebanyakan tokoh agama dapat kembali ke masid di sekitar Selangor. Jika dahulu mereka digam dan dihalang, hari ini mereka mendapat lampu hijau. Barangkali masalah dalam masjid yang tinggal ialah pengurusan masjid yang tidak efisyen sahaja.

Tan Sri Khalid telah melalui selama 100 hari dalam menjadi menteri kepada negeri ini. Umur 100 hari masihlah terlalu muda. Kerja masih banyak demi memperkasakan ekonomi dan memajukan negeri. Yang paling penting bagi negeri Selangor adalah mendapat pengiktirafan dalam Al-Qura'n. Negeri yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun.

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun. "- Saba:15

Jumaat, 20 Jun 2008

فذکر ان الذکر تنفع المومنین-١١


Tenang dirasai apabila dapat berikitikaf di dalam masjid sementara menanti masuknya waktu solat. Sambil itu membaca lembaran Al-Quran. Kemudian berdiri bersama imam untuk menunaikan solat berjemaah dan sesudah itu pula duduk berdoa meminta kepadaNya.

Ketenangan dapat dirasai ketika itu. Namun semua yang dilakukan hanyalah pada waktu kesempatan yang diberikan olehNya. Sebelum nyawa ditarik, kita mampu berbuat demikian seperti mana hari ini.

Hari ini kita dapat mellihat alam dan merasai keindahannya. Seraya kita rasa bersyukur apabila mendapat nikmat berkali-kali. Semua ini dirasai selagi mana kita masih bernafas dengan tenang. Situasi sekarang sebenarnya suatu yang seketika tetapi bakal mekar selamanya dalam kenangan.

Kenangan yang berlalu mampu lagi dikenang. Namun apabila kita berada di penghujung waktu ajal, kenangan yang lalu bagaikan tidak mahu lagi bersua dengan kita. Keadaan kita yang tidak keruan menyebabkan kita lupa pada kenangan itu. Sekarang kita berhadapan dengan sebuah cerita yang baru, yang akan meninggalkan semua kenangan itu.

Rasailah apa yang kita rasakan sekarang. Bagi kita semua, kita telah diberi dua pilihan untuk merasai yang enak atau yang pahit. Dalam enak ada pahit dan dalam pahit jua ada enaknya. Apa yang dirasai sekarang adalah kenangan pada kemudian hari tetapi pada kemudian hari adalah kekal dirasai.

Kita mudah terpedaya dan tertipu dengan dunia sebelum kita berjumpa akhirat. Kita lemah bukan? Oleh itu, kita perlu bertaut pada tali yang kukuh. Jika tautan ingin dilepaskan, berfikirlah dahulu. Kerana kita perlu tahu ada satu masa apabila kita lakukan, kita tidak dapat kembali lagi bagi membaiki keadaan.

Ini Kan Parti Abdullah


Sepertimana kata Dr. Mahathir, itulah benarnya. Kini parti BN sudah tiada melainkan ia diterjemahkan kepada parti Abdullah (Dolah). Semalam semua orang-orang Dolah (Dewan Tertinggi BN) sebulat suara mahu lagi Abdullah. Ini kerana kiblat politik mereka ialah Abdullah dan bukanlah kepada perhatian hasrat rakyat atau parti komponen mereka.

Ketua turus angkatan Parti Abdullah ialah saudara Adnan. Beliau umpama budak suruhan Dolah. Dahulu, ketika isu Karpal, beliaulah yang disuruh untuk membuat laporan polis. Kini dia kembali lagi menjadi hero kepada karier Dolah. Meneliti lima kenyataan yang dikeluarkan disebutnya dalam mesyuarat semalam, semua aspeknya adalah 'menyelamatkan karier Abdullah'.

Orang-orang Abdullah ini yang kini memegang kuasa BN mahu semua ahli Parlimen BN sokong kepada Dolah. Sekaligus ini menunjukkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti mereka. Kalau Dolah dah tidak layak, apalah kiranya BN sahut akan undi tidak percaya itu. Pada masa yang sama juga, mereka sangat takut sekali ahli Parlimen BN melompat parti.

Benarkah Dolah mahu berundur jika begini keadaannya. Apabila ada orang yang mahu anda berundur anda melatah katanya dia tamak. Mengutuk keputusan usul undi tidak percaya itu. Seharusnya, pada waktu ini Dolah perlu jujur menerima keputusan SAPP itu adalah satu daripada 'slot' perletakan jawatan kuasanya (bagi BN mereka suka gunakan istilah peralihan kuasa, tetapi hakikatnya, perletakan jawatan). Yang mana, konsikuensinya adalah sama: Dolah sudah sukar diterima dalam BN.

Hari ini parti BN sudah tiada. Cuma yang tinggal hanya parti Abdullah sahaja. Sekarang kita perlu memikirkan bagaimana cara untuk melenyapkan parti ini. Berdasarkan kepada kelemahan Dolah, kita wajar memberi impak besar kepada mereka. Mereka tidak lagi berpegang pada prinsip demokrasi tetapi hanyalah demokrasi ala pura-pura. Parti Abdullah harus lenyap dan peralihan kuasa yang sebenar ialah peralihan kuasa pemerintahan dari parti Abdullah kepada Pakatan Rakyat.

Begitu murahnya maruah BN apabila mudah dibeli oleh Dolah. Pertahanlah Dolah sampai mati. Orang sudah tidak percaya akannya anda masih tegar mempercayainya. Kita cabar Parlimen, terima usul undi tidak percaya ini.

Rabu, 18 Jun 2008

Dia Tidak Boleh Percaya

Kepercayaan adalah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan dan berkait rapat dengan maruah. Apabila ada orang yang mula curiga atau tidak percaya kepada seseorang, bererti ada sesuatu yang tidak kena. Pastinya kehilangan kepercayaan itu datang apabila kepercayaan yang diberikan itu dikhianati.

Perdana Menteri (PM) yang kelima ini, Dolah telah menerima tekanan lebih hebat yang merupakan tekanan peribadi. Kini bukanlah tidak percaya pada BN atau UMNO, tetapi tidak percaya kepada PM sendiri. Dolah perlu jawab kalau tidak mahu imej (maruah) dipijak.

Sekarang sudah masuk langkah seterusnya dalam plan menjatuhkan Dolah dan BN. Tindakan Parti Progresif Sabah (SAPP) telah mencadangkan usul tidak percaya kepada Dolah. SAPP, yang merupakan parti kompenen BN di negeri Sabah (negeri yang BN menang) pun tidak percaya pada beliau, inilah satu lagi dilema 'rumah tangga' BN. Kita menganologikan masalah rumah tangga ini seperti si isteri (SAPP) sudah tidak percaya pada si suami (BN).

Cerita ini tersebar dalam Malaysiakini, Harakah, dan lain-lain lagi kecuali Utusan Malaysia. Pelik tetapi benar sehingga ke saat penulisan entri ini, tiada langsung berita mengenai usul tidak percaya kepada PM. Sebaliknya, berita yang dikeluarkan ialah usul tidak percaya Samak Sundaravej iaitu PM Thailand. Punyalah kelakar Utusan Malaysia. Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang lautan boleh di nampak.

Gendang lompat parti nampaknya sudah berkedengaran di Malaysia Timur sepertimana yang dicanang-canang oleh Anwar. Anwar sebagai 'master-mind' memuji tindakan ketegasan dan keberanian SAPP. Namun, ini baru permulaan. Pertengahannya sedang tiba, dan pengakhirannya bagai sudah diketahui.

Isnin, 16 Jun 2008

Bersegera Ke Putrajaya


Ada 3 bulan lagi menuju ke bulan Julai tahun ini. Pakatan Rakyat sudah pun menggerakkan strateginya untuk 'menawan' pusat pentadbiran Barisan Nasional di Putrajaya. Tiga bulan yang akan dilalui ini pasti tidak akan terasa begitu lama.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang muka baru mungkin sudah mula membiasakan diri dengan persidangan di Parlimen. Boleh juga dikatakan buku perlembagaan telah jua di'khatam'. Semua ini memastikan Ahli Parlimen untuk lebih bersedia dan mempunyai ilmu yang cukup ketika bila kita mentadbir negara nanti.

Kehadiran Anwar untuk menjadi Ahli Parlimen atau Perdana Menteri bagaikan sudah dapat dirasai. Beliau telah pun mendapat kebenaran untuk beratanding dalam pilihanraya. Tambahan pula, SPR memberi tahu petugasnya supaya bersedia akan wujudnya pilihanraya kecil. Faktor Anwar seharusnya BN tidak memandang rendah.

BN yang kini seumpama telur dihujung tanduk sahaja. Malah bertambah teruk apabila mantan Presiden sendiri yang keluar parti. Maka dalam keadaan sebegini, jika Anwar 'masuk' dan Ahli Parlimen tukar kepada parti Pakatan Rakyat, memang sah Putrajaya akan ditakluki.

Namun Dolah tidak berdiam sendiri sahaja apabila menyedari bahana ini. Soal peralihan kuasanya atau dalam bahasa pasar kita katakan perletakan jawatannya memberi makna. Dolah sekarang macam beriya-iya mahu letak jawatan. Ini mungkin kerana mahu menyelamatkan survival BN dan UMNO. Siapa dahulu yang akan menjadi PM selepas Dolah, Najib ataupun Anwar?

Nah, Dolah sudah tidak kisah lagi tindakannya itu popular atau tidak popular. Sememangnya beliau sudah tidak popular lagi samada dalam atau luar negeri. Sekarang apa sahaja yang boleh dilakukan, teruskan sahaja. Sukar baginya pada keadaan seperti ini.

Kata Anwar ketika di Pulau Pinang, "Kita harus bergerak ke Putrajaya secepat mungkin". Perjalanan kita semakin hampir ke Putrajaya. Jika kita sudah berjaya 5 negeri, Putrajaya akan melengkapkan lagi kepada 14 negeri semuanya.16 September 2008.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan