Follow je lah..

Sabtu, 10 Januari 2009

Azab di Gaza Tiada Siapa yang Tahu

Buat masa ini perhatian kita terhadap isu Israel-Gaza menjadi keutamaan lebih daripada isu pilihanraya di Kuala Terengganu. Ini kerana di Gaza, darah panas sedang mengalir, membasahi kota syuhada'. Mereka adalah saudara kita, saudara satu syahadah dan satu aqidah. Ikatan persaudaraan atas dasar ini adalah lebih pekat dari darah kekeluargaan.

Semalam ratanya seluruh masjid di negara kita menunaikan solat hajat sesudah solat Jumaat. Solat hajat mendoakan agar orang Islam di sana terus berjuang dengan tabah dan yakin pada janji ALLAH. Janji pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang semakin hampir! Tentera Tuhan pasti akan turun melawan mereka yang begitu angkuh melawan Islam. Dosa Yahudi Laknatullah yang membunuh nyawa anak-anak kecil ini selamanya tidak akan dimaafkan dan kami akan perang mereka sehingga Hari Qiamat.

"Hidup, hidup, hidup, hidup Islam..Hancur,hancur, hancur Israel" teriakan kaum muslimin di salah sebuah masjid semalam. Rasa marah dan benci kian membuak kepada musuh Islam apabila semalam ramai yang menyertai demonstrasi bantahan itu. Inilah mesej kecaman dan kebencian atas kezaliman manusia yang tidak berperikemanusiaan itu.

Itu di Malaysia.

Di Gaza, anak kecil sedang disembelih. Ibu-ibu sedang dilapah dagingnya. Pejuang Islam di letupkan dengan peluru berpandu yang tercanggih di abad ini sogokan Amerika. Hospital tidak lagi merawat penyakit jantung, kanser, dan tulang, tetapi kini menjadi sebuah pos mangsa bedilan dan serangan. Tiada katil yang kosong dan tiada lantai yang lapang melainkan di isi dengan jasad terseksa dan darah.

Allah Maha Mengetahui. Inilah pengajaran Tuhan buat kita yang leka dengan nasib saudara kita di sana. Kita tidak akan rasa apa yang mereka rasa. Kita hanya mampu melihat dan berdoa dari jauh. Kita dalam erti kata rakyat biasa yang tiada kuasa pemerintahan. Para pemerintah, mereka mempunyai kuasa. Lakukanlah sesuatu janganlah bermesyuarat sahaja.

Sujudterakhir.blogspot.com sentiasa berdoa dan berazam akan membalas kezaliman mereka dengan apa cara sekalipun. Kita tidak akan menghalalkan setitik darah yang jatuh angkara Yahudi Laknatullah. Saksikanlah gambar-gambar ini agar sekurang-kurangnya timbul sedikit kesedaran kepada kita.

Suara Gaza!!!Takbir(Imej)













"Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu." - Surah Taubah: 52

sumber:http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/ klik di sini gambar lain. Sujudterakhir.com juga ada suatu slide power point mengenai Gaza. Sesiapa yang berminat boleh nyatakan email anda dalam komen dan saya akan hantarkan kepada anda.

Ahad, 4 Januari 2009

Anti Israel Memuncak



Israel ini satu bangsa yang degil. Biarpun seluruh dunia Islam mengecam, mengutuk, membantah akan tindakan kezaliman mereka kepada umat Islam, telinga mereka tetap pekak sepekak-pekaknya. Cadangan gencatan senjata ditolak mentah-mentah selagi operasi senjata mereka tidak berjaya. Senjata terkini lagi tercanggih diuji dengan sewenang-wenangnya ke bumi Palestin.

Dengan berbekalkan sokongan padu dari Amerika, mereka terus rakus dan kejam membunuh insan yang tidak berdosa. Amerika sentiasa menghalalkan kezaliman Israel sekalipun sepuluh kali Presiden Amerika bertukar ganti. Apa jua parti yang menang dalam kempen pilihanraya US, parti yang kafir tetap berdarah kafir.

Adakah anak kecil yang dibunuh itu kerana mereka mengancam Israel? Bagi Israel, bumi itu mesti dibersihkan dari orang yang memperjuangkan kalimah ALLAH. Mereka ini sedang berperang dengan Islam, oleh sebab itulah permusuhan ini akan terus selamanya berkekalan.

Telah ditakdirkan bumi Palestin ini sebagai bumi jihad. Sejak dari zaman kenabian dahulu sehinggalah saat ini, seruan jihad tidak pernah terhenti. Pertumpahan darah adalah dari darah yang suci lagi wangi sebagai bayaran ke atas kecintaan mereka terhadap Islam. Kita berjuang dengan harta dan nyawa demi memastikan Islam tidak mudah dipunah-ranah dengan bedilan roket dan tembakan peluru mereka.

Seluruh negara dan negeri berhimpun bagi menzahirkan kemarahan mereka kepada Israel. Tiadalah yang paling penting di saat ini ialah untuk umat Islam bersatu dan berjuang memerdekakan Palestin. Insya-ALLAH, dengan pertolongan ALLAH kita mampu mencium bauan syurga nan harum dari jauh lagi.

"Pertolongan dari ALLAH, dan kemenangan yang hampir!"
ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan