Follow je lah..


Sabtu, 6 Jun 2009

Daulat Tuanku

Sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong 6 Jun 2009

Jumaat, 5 Jun 2009

Selamat Bermuktamar

Muktamar adalah satu komponen yang penting dalam menggerakkan sebuah organisasi tidak kira sebesar mana pun termasuklah sebuah institusi keluarga. Apabila semua perwakilan dan ahli bertemu dan bersidang, membincangkan masalah dan strategi akan datang.

Muktamar ini seumpama satu platform untuk mengembalikan cas kepada semua jentera agar terus bersemangat dan kuat menempuhi badai yang besar. Mesyuarah adalah sesuat yang diberkati dan keputusannya sesuatu yang dihormati. Pada zaman Rasulullah dahulu pun, amalan mesyuarah dan bertukar pendapat diamalkan dengan baik dan segar. Segalanya dibimbing wahyu.

Mengutamakan pandangan jemaah adalah lebih utama daripada pandangan peribadi atau kumpulan kecil. Oleh itu, perwakilan harus bersedia dari segi mental dan rohani serta melonggarkan sedikit keegoan yang mungkin dibawa sama ke muktamar itu.

Selamat bersidang wahai tentera ALLAH.

Rabu, 3 Jun 2009

Dari JayaSupermarket Ke Stadium Gong Badak


Runtuhan yang baru berlaku dalam tempoh kurang dua minggu ini sebanyak dua kali. Kali pertama berlaku di Petaling Jaya iaitu bangunan bekas mercu tanda, Jaya Supermarket. Runtuhnya ia telah mengorbankan perkerja buruh dari Indonesia.

Dalam malapetaka ini, perkerja buruh seperti merekalah sentiasa terdedah pada risiko kecelakaan besar. Ini kerana merekalah yang me'ngerja'kan bangunan tersebut dari sebuah batu bata hinggalah menjadi sebuah bangunan besar atau mercu tanda. Mereka tokay-tokay hanya kira wang dan mengurus di pejabat-pejabat berhawa dingin sambil duduk di atas kerusi-kerusi empuk.

Apabila berlaku malapetaka seperti bangunan runtuh ini, maka tokay-tokay itu akan dicari. Jika ada bukti kesalahan mereka, mereka akan dipastikan untuk dibawa ke mahkamah bagi menjatuhkan hukuman.

Runtuhan kedua pula yang terbaru ialah bumbung Stadium Gong Badak, Terengganu. Stadium ini juga adalah mercu tanda bagi negeri yang terkenal dengan tempat penyu bertelur itu. Kerajaan negeri adalah antara pihak yang bertanggungjawab untuk menerangkan masalah tersebut.

Alhamdulillah, dalam runtuhan itu tiada nyawa yang terkorban. Namun masalah ini adalah sungguh serius dan peringatan awal. Seandainya stadium itu sedang berlangsung perlawanan sukan dan dihadiri oleh ribuan penyokong termasuk VVIP, ini adalah bencana terhebat! Jika ada bukti rasuah atau korup, sila bawa ke mahkamah juga ya.

Selasa, 2 Jun 2009

Selamat Berkhidmat YB Mansor


Mansor Othman yang telah menang di Penanti diucapkan selamat berkhidmat. Tugas itu adalah satu harapan besar dari apa yang telah terjadi oleh YB sebelum ini. Majoriti menang masih tinggi biarpun peningkatannya rendah.

Kemenangannya ini sekaligus mengalah dan menyenyapkan pesaing politiknya termasuklah Kak Min. Politik cetek yang dimainkan atau dimanupalsi olehnya itu adalah sia-sia sahaja. Taktik merendahkan sesuatu pihak dan bermain kotor bukanlah kunci kejayaan dalam demokrasi di abad kini.

YB perlu berkhidmat untuk rakyat dan rajin melawat kawasan. Masalah kemudahan dalam pembangunan dan kemajuan mesti diambil berat supaya kita boleh terus menang dalam PRU akan datang ini. Ini kerana, sekarang kita telah mempunyai akar yang kukuh di negeri-negeri Pakatan Rakyat maka kita mesti bijak.

Terima kasih kepada BN kerana menarik diri.

Bagi yang kalah, duit pertaruhan terbang melayang. Fikir-fikirkanlah apa rasional seterusnya politik individu mereka selepas ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan