Follow je lah..

Rabu, 15 Julai 2009

Aduh, Kenapa Menang Tipis Ni..

Syukur sejahtera PAS masih lagi membawa Manek Urai dan terselamat dari BN. Perlawanan satu lawan satu memang akan memberi tentangan yang hebat. Kemenangan dan kekalahan juga adalah 50-50. Tetapi alhamdulillah, kita masih diberi kemenangan.

Semoga dengan kemenangan ini PAS Kelantan akan berusaha membuktikan kepimpinan yang dicita-citakan. Selepas itu, rakyat Manek Urai akan mula bersatu dan bertaut dibawah kepimpinan yang cemerlang seperti mana kerajaan Kelantan itu sendiri.

Usaha Pakatan dalam kempen di dun ini tidak dapat dinafikan. Kehadiran kepimpinan utama iaitu tonggak parti masing-masing memberi suntikan semangat. Disamping dapat memberi pendedahan demi pendedahan kekorupan negara, mereka menyelami hati setiap rakyat.

Kemenangan yang tipis terjadi kerana beberapa faktor. Faktor BN yang bermain secara kotor itu sudah resam bagi setiap pilihanraya di negara kita. Kita yakin juga PAS sudah menyedari hal ini. Apapun, semangat perjuangan dari kesatuan kita lebih membanggakan.

Kita masih dihadapan sekarang, dan ini juga peringatan berhikmah untuk kita bahawa kemenangan harus di'bela' agar ia jinak. Turunnya presatasi PAS akan mencederakan sedikit kekuatan yang telah kita sedia ada perolehi.

Selasa, 14 Julai 2009

Manek Urai: Tidak Semurah Jambatan


BN dan PAS akan bertarung pula di Manek Urai. Kemungkinan untuk BN menang adalah tipis kerana PAS di dalam Pakatan bergerak seiringan dan teguh berusaha. Kehadiran BN ke Manek Urai seumpama seorang kaki pancing yang datang ke tasik untuk mendapat hanya beberapa ekor ikan.

Bagi memastikan pulangan besar buat BN dalam pilihanraya ini, umpan yang digunakan pastilah kepada meterialistik. Biasalah, BN akan buat itu dan ini. Contohnya di Terengganu, BN sudah buat stadium, tetapi selepas itu stadium pun runtuh. Dan selepas itu pula, senyap isu ini dari arus media perdana.

Janji Muhyiddin hendak buat jambatan di Manek Urai pun dua kali lima dengan stadium. BN, apabila buat projek akan menyelam sambil minum air dengan mengayakan orang-orang tertentu. Dalam diam, maruah rakyat dipijak. Untuk pengetahuan BN , maruah rakyat terutama pengundi di Manek Urai tidak sama nilai dengan sebuah jambatan yang boleh dijual beli seperti mereka janjikan. Hanya maruah BN sahajalah yang sudah lama tiada sehingga kini tergamak menggadai maruah agama dan bangsa.

Rakyat Manek Urai bijak dalam melakukan perubahan lebih-lebih lagi masyarakat yang terpimpin oleh seorang pemimpin adil lagi disegani iaitu Tuan Guru Nik Aziz. Selama ini, rakyat Kelantan harum segar dibawah lembayung Islam yang sedang dibawa oleh PAS. Masyarakat kampung tidaklah bermata realistik yang hanya terliur dengan wang dan aset yang ditaburkan membabi buta dari BN.

BN dijangka pulang lebih awal petang ini dari Manek Urai andai mereka kalah. Maka kemenangan PAS akan disepikan dari media arus perdana. Biarpun begitu, rakyat tidak buta dan pekak dalam mendepani situasi politik negara.

"Manek Urai, Jangan Maruah Tergadai, Biar BN Terburai"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan