Follow je lah..


Isnin, 21 Disember 2009

Arah Bersara?Citt!!


Kadang-kadang ini lah bahasa Melayu, penuh bermadah dan beralas. Hendak ditelan mati mak, hendak diluah mati bapak. Susah juga untuk berterus terang.

Insiden yang memalukan negara iaitu berkaitan dengan kes kehilangan enjin jet. Dari media, mereka ada berlaku pasar gelap. Musnah negara kena jual dalam senyap-senyap.

Adakah ini yang pertama, atau pertama kali dihebahkan. Akibatnya beberapa tentera termasuk pegawai ditahan. Mereka juga diarah bersara. Arahan dalam tentera tidak boleh dilawan, kalau putih warnanya, putih lah sebutny sekalipun ia warna hitam.

Pendek kata arah bersara sama dengan makna anda dipecat! Namun hukuman lagi keras mesti dikenakan jika sabit kesalahan tambahan pula mereka adalah anggota beruniform dan berkuasa. Mesti ganda.

Kebiasaan kes tentera akan diselesaikan secara dalaman sesama mereka. Hebah-hebah pun masa awalnya sahaja, selepas itu sepi semula. Ini biasalah, namanya isu! Menteri pertahanan ketika itu mesti jawab dan dia juga perlu diheret kekandang saksi.

Citarasa Tinggi 'abang' Bung



Bung Mokhtar, dia tidak kacak, kata dia lah. Tak layak untuk Zizi, seorang pelakon muda yang hot.

Anda pasti kenal siapa Zizi. Seawal pembabitan lakonannya dalam Cili Padi dan kian berkembang dalam pelbagai lakonan cerita lain. Penampilan beliau dalam lakonan sekali sekala mencemaskan!

Bung ni mulanya macam-macam kata menafikan kenyataan hubungannya dengan artis ini. Ah, memang ramai je 'bengkak' dengan perangai dia ni. Sekarang ngaku pula itu bini dia. Inilah pemimpin BN.

Kita tak peduli dia nak kahwin berapa atau siapa. Itu rezqi namanya. Cuma tolonglah jangan buat lawak yang tak beberapa nak lawak, naik menyampah.

Sabtu, 19 Disember 2009

Perjuangan Hijrah


Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah.

Bersyukur kerana blog ini telah berusia 2 tahun dan mendapat hit yang tinggi. Terima kasih jua kepada 'follower' yang sudi mengikuti titipan tulisan blog ini. Blog ini mula dibuka pada 1 Muharram 1429H seperti yang tertulis pada kolum kiri blog ini.

Masa berlalu pantas dan cabaran penulisan juga semakin tinggi. Ribuan blog bersama membantu rakyat Malaysia dan masa yang sama mengembangkan pemikiran kita agar tidak ditakuk lama.
Harapnya blog akan menjadi salah satu media utama sebelum televisyen.

Begitu juga dengan saya yang dicabar dengan masa dan mencuri masa untuk menulis artikel di blog ini. Semangat juang tidak pernah luntur demi masa hadapan agama, negara, dan keluarga. Tenaga penulisan ini bersumber dari aqidah yang satu.

Kami muslimin mengucapkan ahlan wa sahlan kepada ulama muktabar lagi disegani pada abad ini iaitu Dr.Yusuf al-Qardhawi. Beliau dimuliakan oleh ALLAH kerana iman dan ilmu beliau yang tinggi. Kemungkinan kita tidak berpeluang bertemu wajah dengannya, namun bersyukur atas kehadirannya ke sini.

Tahun 1431 hijrah di buka tirai dengan penampilan agong ulama Dr.Yusuf al-Qardhawi. Itu petanda yang baik dan suntikan dakwah. Biar terus sepanjang tahun ini kita berjaya menggemilangkan Islam.

Isnin, 7 Disember 2009

Orang yang Akan Pecah Perutnya


Makan benda haram kadang kala kini boleh dipandang sebelah mata. Mana tidaknya, sejak menjadi anak kecil lagi, ibu bapa merela anaknya makan pada benda haram. Contohnya makan makanan yang tiada kesahihan halal atau mengambil kekacang yang dijual secara terbuka di pasar raya.

Apabila sudah besar, darah haram menjadi daging. Apatah lagi orang itu yang bergear ketua, pemimpin, dan sebagainya. Apatah lagi orang itu lah yang membuat dasar dan tergamak merampas harta rakyat, anak miskin dan yatim piatu. Itulah umpamanya jika royalti tidak diberi kepada mereka yang berhak.

Orang yang makan pada benda haram, doanya tidak dimaqbulkan dan layak dimamah ileh api neraka. Nauzubillah. Kadang kala di dunia lagi sudah diebri balasan seperti hidup tidak bahagia, harta tidak pernah cukup, dan hidup penuh dalam takut.

Orang yang zalim sudah Tuhan sendiri meletakkan mereka pada lurah kebinasaan. Siapakah orang yang zalim itu?

Kerana duit, manusia hilang saudara dan bunuh sesiapa. Jika ada satu telaga minyak, mesti lagi mahu telaga minyak yang kedua, jika ada dua, mesti mahu yang ketiga. Inilah karenah kita manusia.

Royalti adalah su yang tidak dapat dilindung lagi. PAS telah bermain baik dengan isu ini untuk meruntuhkan pasukan UMNO. UMNO pula kelu untuk berhujah dan tidak lain membebel-bebel dalam surat akhbar mereka.

Selasa, 1 Disember 2009

BN Mengalihkan Isu Royalti


BN memang macam itu, mengamalkan politik murahan. Sejak kebelakangan ini lebih teruk lagi apabila BN dan konco-konconya sedaya upaya menghentam Tuan Guru Nik Aziz. Selepas satu-satu isu, sehingga sekarang mereka masih tidak serik.

Barangkali pada pandangan mereka, Tuan Guru Nik Aziz adalah satu nadi yang menjadi Kelantan dikuasai PAS dan Pakatan menjadi kuat. Sebab itulah mereka sedaya upaya tanpa henti berusaha melemahkan semangat TGNA dan menggoyangkan pentadbirannya. Biasanya ia timbul kerana sifat hasad ataupun teknik alternatif yang dipanggil teknik kotor.

Kerajaan Kelantan menuntut royalti. Itu hak mereka! Sekian lama mereka meminta agar dipulangkan semula sejak dari zaman Mahathir hinggalah ke zaman Najib. Semua PM tidak mengutamakan rakyat, sebaliknya rompak duit rakyat.

Minyak yang ada itu adalah milik Kelantan. Nilainya terlalu berharga mahalnya. Oleh itu, kerajaan pusat tidak mahu Kelantan yang ditadbir PAS memiliki kekayaan itu. Pun begitu PAS menuntut hak itu bukan kerana tamakkan harta dan wang, tetapi ia hak rakyat Kelantan.

Oleh itu, BN cuba menutup isu ini atau mengalihkan pandangan rakyat. Cuba menggembar gembur isu doa TGNA dan mewujud kontreversi yang baru. Hal royalti kerajaan pusat tidak pernah berani berbincang secara terbuka apatah lagi berdebat pula.

TGNA berdoa, kita 'amin' bersama. Doa adalah senjata mukmin. Kecelakaan besarlah bagi orang yang zalim seperti mana yang termaktub di dalam Al-Quran. Bala untuk mereka supaya mereka menerima setimpal apa mereka lakukan.

Isnin, 30 November 2009

Mat Bangla Menagih Daging



Bangla di Malaysia sudah biasa. Ke mana sahaja pergi terutama di kawasan bandar, ada Bangla. Bangla akan lebih jelas nampak apabila hari raya di masjid kawasan bandar dan ketika itu kita di kampung masing-masing. Kebanjiran mereka ke sini membawa pelbagai cerita dan pandangan masyarakat.

Ada yang terpaksa menanggung sengsara untuk berkerja di sini. Berkerja keras siang hari dan malam terpaksa tidur berhimpit-himpit di dalam sebuah bilik kecil. Ada yang lebih menyedihkan mereka tinggal di bawah jambatan dan menjadikan air sungai atau sesuai dipanggil air parit sebagai air asas kehidupan mereka.

Terpaksa berlapar kerana gaji yang diterima telah diambil sebahagian besarnya. Jika makan pun, mungkin nasi putih sahaja. Kalau mereka yang rajin, sudah tentu masak sendiri lauk dal.

Hari Raya Korban juga menjadi satu hari yang dinantikan oleh mereka. Pada waktu itulah sahaja mereka berpeluang merasai daging. Kebanyakan masjid di kota, kaum Bangla akan setia menunggu daging dilapah untuk dibahagi-bahagikan kemudian.

Hari ini Perdana Menteri Bangladesh kita berjumpa Najib. Adakah masalah-masalah rakyatnya yang akan ditekan dihadapan Najib nanti? Harapnya Bangla janganlah dijadikan seperti manusia kasta bawahan. Besar juga sumbangan Mat Bangla!

Khamis, 26 November 2009

Salam Aidil Adha 1430H


Sujudterakhir mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Raya Haji dan Raya Qurban. Qurban atau korban dalam bahasa Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah.

Dalam hari raya ini, ada kita yang terpaksa berkorban untuk bersusah dan menerima nasib yang tidak diingini. Sudah menjadi resam kehidupan sejak dari zaman dahulu lagi, aspek pengorbanan sangatlah penting tanpa mengira masa.

Harapnya kita juga sedia berkorban lebih-lebih lagi berkorban untuk Islam. Mampukah kita meninggalkan harta dan keluarga andai itu adala pra-syarat sebuah pengorbanan. Kita belum tahu jawapannya selagi mana kita belum diuji.

Semoga hari raya ini akan membanyak kita bertakbir (membesarkan ALLAH) termasuklah pada hari tasyrik. Besarkanlah ALLAH dalam percakapan, perbuatan, dan juga hati. Selamat berkorban andai tiba masanya nanti.

Rabu, 25 November 2009

Apa Kejadahnya Najib Ber'Facebook'!


Laman sosial Facebook (fb) kini di Malaysia telah mendapat sambutan yang sangattinggi. Bukan sahaja ia digunakan oleh anak kecil yang belum lagi berkhatan, malah digunakan meluasnya sehingga ke Perdana Menteri Malaysia sekarang, Najib Abdul Razak.

Pada waktu tulisan ini ditulis, seramai 9 421 orang telah bersetuju menjadi penyokong beliau dalam fb nya. Sebenarnya, bilangan itu tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan berjuta rakyat Malaysia yang turut sama memiliki akaun dalam laman tersebut.

Mungkin cara ini ialah satu cara UMNO-BN untuk menarik perhatian atau memancing undi. Tidak hairan jika dahulu pun BN sanggup membuat iklan di laman Yahoo. com semasa pilihanraya lepas. Dengan ada fb pula, dipercayai jentera pilihanraya BN akan lebih berupaya melebarkan sasaran pengundi.

Soalnya sekarang, laman fb Najib itu hanya seperti ala kadar sahaja. Jika diteliti profile beliau, tidak tertulis maklumat diri yang lengkap. Apatah lagi untuk mengemas kini status beliau 'What's on your mind?'. Kita percaya beliau tiada masa untuk lakukan semua ini.

Oleh itu, barangkali penyokong fb beliau itu seronok bercakap sorang-sorang. Biarkanlah sahaja mereka! Namun adakah ini menjadi satu saluran khusus untuk rakyat kepada seorang Perdana Menteri itu belum lagi dibuktikan.

Tidak dinafikan juga, tetap ada sebilangan pemimpin PR yang mempunyai akaun dalam fb. Cuma adakah itu yang ori diri mereka atau sekadar peninggalan semasa usia remaja dahulu-kala.

Jumaat, 20 November 2009

Politik Masa Kini

Seperti malam yang gelap, itulah misalan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW berhubung susasana fitnah akhir zaman. Gelap dalam menentukan mana yang benar dan salah, mana baik dan mana yang lebih baik. Tanpa satu panduan yang jelas, kita akan terus meraba dalam kegelapan itu kerana kita kini berada pada akhir zaman.

Tidak hairanlah betapa komplikated sekali politik di Malaysia hari ini. Setiap parti-parti politik ber’perang’ bagaikan tiada hentinya dan negeri-negeri pula dengan krisis dalaman. Pelbagai perkara berlaku dalam suatu masa dewasa ini. Sebagai contoh pada masa yang sama kes Altantuya dan Beng Hock menghantui politik, kes MB Perak mencelarukan, serangan politik bertubi kepada PAS melemaskan, dan pelbagai lagi berlaku bersilih ganti.

Bagi kita yang beragama Islam tidak harus terkejut apatah lagi tertekan dengan isu-isu yang tiada noktah ini kerana kita telah diberi tahu awal dalam hadith nabi. Hanya orang Islam yang kurang ilmu dan iman akan selamanya duduk dalam kegelapan mengikut ketua-ketua mereka yang sedang sesat. Sesat mereka kerana dua dustur utama iaitu Al-Quran dan hadith telah disampingkan.

Melihat sekarang Pakatan Rakyat semakin hari semakin utuh apabila hari-hari ditekan dari pelbagai oleh BN. BN pula semakin lama semakin mendedahkan kecacatan yang ada pada parti itu selagi mana mereka sibuk mencari kelemahan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya untuk menurunkan kerajaan BN dari kuasa pemerintahan setelah mengamati barah yang ada tidak mampu lagi dirawat segera.

Sekarang, rakyat sudah mula menghadam maklumat dengan baik, teliti, dan bijak. Biarpun media utama negara dikuasai oleh kerajaan BN sepenuhnya yang mencanggahi dengan etika mereka, rakyat celik tidak mudah dimomokkan. Capaian teknologi dan malumat dihujung jari yang ada abad ini mampu untuk member kita ruang mengkaji dan menimbangkan sewarasnya apa sahaja isu politik yang timbul.

Inilah salah satu faktor yang merubah bentuk politik zaman dahulu dan kini. Pembangunan minda yang pesat selari lahirnya peningkatan modal insan menukar politik kearah suasana intelektual. Wacana minda dan perbahasan sesuatu perkara suatu perkara yang disambut baik supaya rakyat dapat melihat apa yang berlaku sejelasnya dan menghapuskan budaya fitnah memfitnah. Bercakap atas hujah yang benar dan melaksana dengan berhemah.

Moga perkembangan baik ini mampu menyuluh sedikit demi sedikit kebenaran. Politik sangat penting kerana tanpa politik ibarat makan nasi tanpa lauk. Apa yang kita mahu ialah politik bersih, amanah dan adil setiap masa dan ketika.

*Tulisan ini telah dihantar ke pihak Harakah.

Isnin, 16 November 2009

Bai'ah Rahsia Kekukuhan

Bai'ah adalah satu perbuatan yang diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW dahulu lagi. Ia merupakan satu lambang taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Islam. Maka amalan ini adalah satu amalan yang penting.

Fitnah yang dihamburkan kini dalam amalan ini sahaja mewujudkan polemik. Bertujuan untuk memburukkan sebelah pihak dan menambahkan lagi kekaburan dalam masyarakat terutama mereka yang cetek ilmunya. Peluang ini lah digunakan oleh mereka setelah tiada modal berkualiti untuk diutarakan.

Dengan bai'ah seseorang itu akan taat setia sesungguhnya kerana takutkan kepada ALLAH. Lebih-lebih lagi takut kepada laknat ALLAH. Maka tidak tergamak untuk menggadaikan prinsip perjuangan yang benar selagi mana dia seorang yang beriman kepada ALLAH dan RasulNya.

Jika tiada bai'ah maka terjadilah episod lompat parti. Ataupun boleh dibeli dengan wang tunai berbillion atau million ringgit. Kesan lompat parti adalah sangat besar kerana dia melibatkan prinsip dan maruah. Ironinya, PAS Kelantan dahulu yang menang tipis dapat terus mengekalkan kemenangan itu tanpa ada sebarang lompat parti.

Janganlah dibesar-besarkan akan hal ini kerana ia tiada yang cacat celanya. Cacat lagi prinsip-prinsip sekular yang bersarang dalam pihak lain yang kita sedia maklum. Sesuatu yang berkaitan agama jangan diulas tanpa merujuk kepada para ulama'.

Khamis, 12 November 2009

Selangor Dedah Aib BN

Terima kasih Khalid Ibrahim kerana menelanjangkan BN di tengah-tengah negeri Selangor. Selama ini mereka dilindungi oleh pakaian kuasa dan harta yang kini pakaian itu sudah tiada lagi. Rasanya tiada wakil BN yang akan menafikan pendedahan ini.

Pendedahan seperti ini perlu. Supaya rakyat tahu bahawa mereka telah diambil hak dan diperbodohkan BN terutama menjelang pilihan raya. Pendedahan ini mestilah cukup bukti dan dibawa ke muka pengadilan berasaskan prinsip kerajaan untuk rakyat.

Pendedahan itu ditulis dalam risalah-risalah dan harapnya pembaca dapat menyebarkan risalah itu ke seluruh negara. Bukan untuk mengaibkannya, tetapi untuk memberi tahu rakyat bahawa mereka inilah manusia yang paling berbahaya jika diberi kuasa dan pengaruh. Janganlah kita mudah tertipu dan terperangkap dalam muslihat mereka.

Harta penduduk miskin diambil tidak lain seumpama menambahkan lagi beban yang sedia terbeban. Seperti seorang miskin yang tidak makan beberapa hari, apabila makanan sudah diberi kepadanya lantas makanan itu diambil oleh orang yang kaya dan kenyang. Persis, yang kaya terus kaya dan yang miskin jatuh melarat.

Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat

Lagu Warisan boleh jadi sudah tidak relevan kerana melayu bunuh melayu..

Sabtu, 7 November 2009

Aziz Bari ke Abu Hasan ke..Sama Aje


Meletop-letop kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak yang dikira arif dan profesional bidang mereka. Antaranya termasuklah yang sedang popular kini Dr. Aziz Bari (UIA), dan terbaru Dr. Abu Hasan (UM). Adakah cakap dengan fakta dan data atau sekadar menyampaikan cerita?

PAS tidak pernah sunyi dari suara-suara sumbang yang merendahkan keupayaan parti ataupun kepimpinan parti itu. Apapun PAS tidak pernah rasa rendah dan hina dalam meneruskan perjuangan memartabatkan Islam dan menjadi Islam sebagai jalannya. Selagi hidup berteraskan Al-Quran dan Sunnah, hidup tidak akan sesat.

Kita mendengar semua apa yang mereka kata dan kita tidak mampu untuk menutup mulut orang yang berkata-kata. Maka kita menerimanya dengan hati terbuka dan menganggap apa yang disuarakan adalah serius apatah lagi suara-suara pakar.

Sedangkan lidah lagi tergigit dan pisang setandan tidak semua yang baik. Tidak dinafikan bahawa PAS tiada masalah dalaman dari segi tatatertib dan paling besar adalah jalan halatuju parti itu. Kesemua masalah ini dapat diatasi dengan kita kembali kepada sirah mulia Rasulullah SAW. Sirah itulah yang menjadi cerminan kepada jasad PAS.

Biarlah apa orang mengata, kita akan sangkal dan buktikan jika mereka katakan tidak benar. Tidak memadai dengan kata-kata, tetapi buktikan dengan hasil. Serangan negatif kepada imej PAS sengaja diadakan menerusi media untuk menunjukkan PAS semakin bercelaru, hilang pemimpin, dan ada puak-puak.

Islam adalah satu. Tiada lain selain Islam yang mampu menyatu padukan hati kita. Dengan Islam kita bangkit kerana Islam kita berjuang.

Khamis, 5 November 2009

Amanah Jika Tidak Dapat Ditanggung

Mendapat jawatan bukan perkara yang seronok. Lebih lagi dalam menjadi ahli politik, berada di barisan kepimpinan, amanah bukan perkara yang kecil. Amanah yang paling besar itu ialah memikul perintah ALLAH iaitu memerintah dunia dengan keadilan.

Para Khalifah Rasyid memikul tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan sangat hebat menerima ujian. Bagi mereka, itulah urusan yang harus ditempuh tanpa mengira masa dan tempat selagi amanah terpikul di bahu mereka.

Ini kerana perkara ini bukan sahaja dinilai oleh pengikut mereka malah dinilai di hadapan ALLAH suatu hari nanti. Oleh itu kita tidak terlepas dari apa sahaja yang kita lakukan walaupun sekecil zarah kerana semuanya telah dicatit.

Jika rasa beban amanah itu terlalu berat, lepaskanlah bebanan itu kepada mereka yang sangat ikhlas dan mampu memikulnya. Jika terus dipikul, ditakuti beban itu akan menghempap diri dan akhirnya binasa. Apabila anda sudah goyang, itu tanda bahawa amanah itu sudah dapat dipikul lagi.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Apabila Pakatan Ditinggalkan

Sudah menjadi resam dalam politik keluar masuk parti. Sama ada difaktorkan kepada kematian ataupun yang dilakukan kerana kehendak diri. Tidak menjadi masalah besar jika yang keluar parti itu ialah seorang dua ahli-ahli biasa yang tidak dikenali, ini kerana mereka seperti ini adalah orang bawahan sahaja.

Namun apabila mereka yang sudah menempah nama di persada politik tanah air keluar parti, mampu memberi impak. Impak itu samada kepada parti ataupun kepada diri orang tersebut. Apa yang tak kena, parti yang sebelum ini mereka perjuangkan tak kena, atau diri mereka yang sudah hilang akhlak dan maruahnya. Antara dua ini tiada jawapan lain kerana masakan daun bergoyang jika tiada angin yang bertiup.

Oleh itu, dasar parti mesti kukuh dan berada pada jalan yang lurus. Hala tuju parti dapat dijaga bersama berbanding menjagai disiplin setiap ahli yang begitu ramai jumlahnya. Biar parti yang baik, dan orang di dalamnya juga orang yang baik.

Sekali-sekala sikap mereka yang keluar parti menimbulkan kebencian. Di Malaysia, hanya ada dua sahaja gergasi politik iaitu BN dan Pakatan Rakyat. Antara dua ini pilihlah ataupun mungkin anda lebih selesa untuk berada atas pagar. Jalan ini hanya sekali dilalui, dan mustahil untuk anda membuat u-turn.

Rabu, 28 Oktober 2009

Rakyat Trauma 1Malaysia


Kuala Dipang menjadi kawasan tragedi di mana sebuah jambatan tergantung runtuh. Menurut saksi, kejadian berlaku kerana ada budak yang bermain dan melompat-lompat. Walaubagaimanapun itu bukanlah faktor utama kerana sememangnya budak begitulah perangainya.

Atas nama Perkhemahan 1Malaysia beberapa sekolah telah dipanggil untuk menyertai kem ini. Kem yang disertai dikalangan murid-murid sekolah rendah bukanlah masanya untuk kita melupakan aspek keselamatan terhadap mereka dari setiap sudut.

Jika 22 orang murid sudah terhumban dalam sungai yang berarus deras itu, maka 44 orang ibu bapa pula menjadi resah gelisah. Selain itu kejadian malang ini memberi tamparan hebat dari pihak ibu bapa kepada peganjur perkhemahan itu malah boleh dibawa ke mahkamah untuk disaman. Penganjur mesti bertanggungjawab dan membayar pampasan.

Nasi pun sudah menjadi bubur, 2 orang hilang dan seorang telah mati. Mungkin dua orang yang hilang itu dipercayai sudah mati. Kenangan hitam ini akan sentiasa menghantui mangsa yang terselamat setiap kali malam yang hitam berlalu dan mereka mungkin tidak akan menjejak kaki lagi atas mana-mana jambatan selepas ini ataupun menyertai perkhemahan.

Inilah dinamakan trauma. Jika mereka trauma dengan insiden sedemikian, rakyat pula trauma dengan nombor 1 atau 1 Malaysia kerana teringat kejadian menghayat hati dan meragut nyawa. Setiap kali sebut 1Malaysia, teringat 1jambatan di Kuala Dipang!

Selasa, 27 Oktober 2009

Agar PAS Kukuh


Masalah dalaman yang kurang menyenangkan menghantar satu isyarat yang mesti disegerakan. Perjalanan yang terumbang-ambing akan memudahkan kita jatuh. Apa masalah mestilah dihalusi dan di siasat dengan cermat agar tiada salah faham.

Menjadi resmi PAS untuk bermesyuarat dan taat kepada kepimpinan. Namun, ujian yang menimpa begitu berat sehingga dua arah tersebut kadang-kala tercuai sedikit dari jalannya. Apapun, tiada masalah yang tiada penyelesaiannya selagi kita terus bertaqwa.

Kita mendoakan satu-satunya parti Islam di negara ini membuat keputusan terhebat dan terbaik. Hubungan sesama kita tidak terjejas akibat hanya masalah dalaman kerana kita semua wajib patuh apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Musuh di luar sentiasa mengintai mencari di mana kelekaan kita kerana di situ mereka akan menyerang. Walaupun sekecil zarah silap kita, maka sebesar alam akan mereka hebahkan. Lihat sahaja Mingguan pada hari Ahad yang lalu.

Kita yakin, kepentingan Islam lebih penting daripada peribadi atau jawatan. Andai ada terpaksa undur pergi, undurlah sebagai gentleman dan pahlawan yang telah terbilang. Usah jadi seperti UMNO, mengundur diri setelah dibuang. Terus dibuang sehingga ia bagaikan sudah tiada lagi di negara ini.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Rasul Melayu atau Rasul UMNO?


Kita telah mendengar hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim terhadap seorang pesalah ataupun penjenayah aqidah, iaitu dia yang bergelar Rasul Melayu. Pastinya pada Abd Kahar, dia mewakili umat melayu. Dia merupakan wakil bagi orang melayu.

Umno juga mewakili melayu. Umno sangat menjaga orang melayu. Tetapi apabila ada nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga. Rasul melayu telah mencemarkan imej melayu yang selama ini dijuang kuat oleh Umno. Penyelewengan aqidah adalah satu dosa besar, apabila dikaitkan dengan melayu, maka Umno lebih dekat dengan bangsa melayu (kononnya).

Inilah akibat pendidikan agama tidak dititikberatkan oleh kerajaan Umno sepanjang pemerentihan mereka. Malah subjek sains lebih diutamakan sehingga terlepas pandang bahawa agama lebih penting dari sains. Jika beginilah lagi, bertambahlah kejahilan rakyat pada agama seperti mana yang berlaku hari ini.

Doanya, agar ALLAH tidak menurunkan azab yang terlalu pedih kepada kita di Malaysia. Dosa Rasul Melayu satu dosa yang maha besar. Lagi maha besar jika kerajaan yang memerintah tidak melakukan apa yang dikehendaki ALLAH.

Rabu, 21 Oktober 2009

1Malaysia Tidak Merawat Penyakit Sosial

1Malaysia idea yang datang dari Najib ini lebih kepada politik. Kerana mahukan perpaduan rakyat dibawah kerajaan BN yang sedang memerintah ini, istilah 'satu' dapat membayangkan kita semua sama rakyat Malaysia dibawah kerajaan BN. Tapi apa manfaatnya?

Penyakit sosial yang terus membarah tidak akan dapat ditangani dengan pendekatan 1Malaysia. Setiap hari pembunuhan dan rompakan berlaku seperti diceritakan di dalam akhbar tempatan. Kita tidak pernah sepi dari kes seperti ini yang membayangkan penjenayah di negara kita masih mengancam keselamatan rakyat.

Berita mengenai pelacuran tidak pernah ada titik noktahnya. Sentiasa ada pelacur yang ditahan walaupun serbuan dilakukan dan beberapa pusat hiburan yang disita. Kita dibayangkan kerja-kerja menangani masalah sosial ini hanya menjadi tanggungjawab penguasa seperti polis. Sedangkan penguasa yang paling berkuasa ialah kerajaan itu sendiri.

1Malaysia hanya laku atau pakai jika ada majlis rumah terbuka atau aktiviti makan-makan. Perkara lain amat mustahil. Dari segi ekonomi pula apakah telah di 1Malaysia kan?

Jumaat, 16 Oktober 2009

Khutbah Jumaat Lagi Utama Dari Ucapan Najib Hari Ini

Persidangan UMNO yang sedang hebat dan berdegar-degar sedang berlangsung kini di PWTC yang paling penting bagi mereka (ahli UMNO)itu ialah ucapan Presiden mereka iaitu dari Najib Razak. Presiden akan berucap dua kali, iaitu permulaan dan pergulungan.

Biasalah, Najib apabila berpidato terjerit-jerit dan semangat waja. Bagaikan ini gelanggang mereka punya dan hanyalah mereka pendekar terhebat di nusantara. Namun tetapi dikalangan mereka jika diajak berdebat, lintang pukang mencari alasan dan tidak ada keberanian.

Apapun hari ini hari Jumaat, sebelum mereka mendengar pergulungan dari Najib, kita wajib mendengat khutbah Jumaat. Khutbah ini tidak kira disampaikan oleh siapa dikalangan yang layak, wajib kita mendengar dengan taat dan diam. Jika ada yang berkata-kata semasa khatib berkhutbah, maka hilanglah pahala Jumaatnya.

Dalam khutbah, telah terkandung beberapa rukun yang tidak boleh ditinggal. Antaranya menyeru supaya semua orang Islam bertaqwa kepada ALLAH. Inilah yang lebih utama daripada menyeru supaya orang melayu bersatu.

Negara kita majoriti orang melayu beragama Islam. Ini bermakna jika kita memperjuangkan Islam, secara tak langsung bangsa melayu akan menjadi satu bangsa yang mulia. Oleh itu, tidaklah boleh menyatakan jika hancurnya UMNO maka hancurlah melayu. Ini satu fikiran yang ortodok lagi jumud.

Tidak bersalah jika kita mendengar ucapan Najib sambil bercakap-cakap atau pun sedang makan minum. Mendengar ucapan Najib lebih tertumpu pada melayu sahaja berbanding apabila menyebut Islam, ia tertumpu kepada seluruh aspek kehidupan.

Ahad, 11 Oktober 2009

Respon Positif Kemenangan BN


Sudah lama kita tidak mendengar suara dari kepimpinan UMNO dan BN apabila mereka memenangi pilihanraya. Kemenangan di Bagan Pinang ini memberi sedikit nafas lega setelah tujuh kali kalah berturut-turut.

Dengan kekalahan PAS ini adalah petanda baik. Petanda bahawa untuk menggempur kubu-kubu BN di sesetengah kawasan adalah sukar. Maka cabaran ini berkait rapat dengan agenda Pakatan memenangi PRU13. Penelitian mestilah dikaji mendalam dan kita harus belajar dari kekalahan ini.

Biasanya apabila BN menang, kita akan mendengar:

a) Rakyat telah kembali memberi keprcayaan kepada BN dan ini adalah tanda Najib berjaya membaiki imej BN yang teruk sebelum ini. Akhirnya usaha kita berjaya.

b) Pakatan Rakyat sudah tidak diterima kerana hanya mencetus provokasi dan menyusahkan rakyat. Rakyat sudah menolak Pakatan.

c) BN adalah parti untuk 1Malaysia. Kerajaan sangat perihatin kepada masalah rakyat dan akan teruskan kesinambungan. Kerajaan amat serius terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang parti.

d) Terbukti segala apa yang dituduh oleh Pakatan adalah tidak benar. Sebaliknya BN satu-satunya parti yang bergerak lurus, seimbang, dan maju.

e) BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU yang seterusnya kerana rakyat sudah boleh menerima kita semula.

f) Rakyat kini sudah bijak dan mereka telah melaksanakan demokrasi dengan betul serta membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan kehendak masakini.

g) Isa Samad boleh jadi MB Negeri Sembilan semula.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Dacing Tak Guno


Maie den kobarkan..dah beghapo lamo kito dolu dok kono koncing dongan si Pendek tu? Apo kito dapek, ekau sekarang dapek la baju dongan duit, tapi lopeh tu meghano satu kampong kito.

Dulu laie..babi bersepah. Lopeh soghang-soghang tekojol mati. Apo ekau pedulik sobab yang mati tu orang kampong den, bukan oghang ghumah ekau, ekau dok sonang ajo. Apo ekau nak, sumo dapek. Sekarang ni den dah tak bokonan dah lagi dongan muko ekau.

Pot Diksen sekarang ni dah kotor. Bukan bole sebarang ekau menyolam, silap-silap totolan air taik. Gilo ko. Ontah apo-apo dibueknyo. Anak mudo sumo dah jauh dari masjid dan lobih suko lepak kek Terminal One. Lomah boto..

Setiap kali ghayo..bososak-sosak la manusio ngan gajah naik Bukit Putus. Bocampo-campo, ado yang nak poie kojo, nak poie hospita, mano-mano lah, den sikit laie den nak tejunam dalam gaung tu. Apo ekau buto ko tak nampak jalan macam ula kono palu. Dah bepuloh tahun ekau buto ko?

Den tak suko kaki ghasuah. Den tak kigho ekau nak kato langga kod etika ko, apo ko..ekau dah tak layak. Bukan den tak tau ekau dah tobat ko tidak, den tak kigho..tapi yang penting biorlah oghang yang baik-baik, sojuk mato lihat, cakap lomah lombut ajo, den suko.

Dacing dah tak guno botol!..nyampah..poie campak luar tu jang!

Khamis, 8 Oktober 2009

PAS: Darah Belum Berakhir


Sememangnya perjuangan PAS adalah memperjuangkan Islam. Selagi mana matlamat ini masih betul, memperjuangkan PAS adalah sama dengan memperjuangkan Islam. Sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Apa yang berlaku hari ini petugas PAS telah benar-benar dibelasah malah dilibas dengan pedang samurai oleh sepasukan samseng. Ini cerita bukan rekaan seperti mana rekaan UMNO sebelum ini yang hanya ditumbuk tapi tiada siapa pun tumbuk dia.

Peristiwa malang ini telah menyebabkan petugas kita cedera dan darah membasahi kepala mereka. Inilah darah yang berharga, yang akan menjadi saksi kemenagan PAS kelak. Dan sekali lagi polis gagal mencegah jenayah ini dari berlaku.

Jika dilihat berita ini sudah tersebar. Tetapi sehingga sekarang, Berita Harian dan Utusan tidak memaparkan cerita ini. Adakah ingin melindungi perkara yang benar dan menerangkan kepalsuan?

Darah masih ada dalam badan kita. Sekali darah memercik keluar jika darah masih ada kita akan berjuang cukup-cukup untuk menghancurkan BN di Malaysia. Sehingga ke titisan darah terakhir masih jauh dan lambat. Kita akan pastikan PAS menang, jika tidak disini, menang di akhirat sana.

Selasa, 6 Oktober 2009

Bantu Pesakit Ini Segera


Sayu melihat penderitaan yang dialaminya. Beliau mengidap penyakit misteri yang sehingga kini tidak tahu apa dan siapakah puncanya. Keadaan menjadi teruk apabila terpaksa memakai bengkung leher. Badan beliau agak besar dan ini sudah pasti membebankan beliau.

Beliau mempunyai banyak tugasan lagi memandangkan mengidap penyakit ini, beliau dinasihat bercuti atau balik kampung tanam jagung. Pakar perubatan seharusnya berusaha merawat beliau agar beliau dapat kembali ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan kerja beliau yang telah tertangguh.

Sesiapa yang bersimpati bolehlah datang ke Bagan Pinang untuk berkempen meminta bantuan kewangan untuk beliau supaya dapatlah sekurang-kurangnya meringankan beban yang beliau tanggung.

Ahad, 4 Oktober 2009

Bagan Pinang Bukan Untuk Isa


Penamaan calon sudah berlalu. Kini perlawanan kempen antara dua parti sedang sengit. Seperti biasa PAS bukanlah pasukan under-dog sebaliknya gelaran itu sesuai untuk BN yang telah kalah 7-1. Sasaran kita pula adalah 8-1, insya-ALLAH.

Isa adalah bekas MB Negeri Sembilan yang paling lama dan mungkin paling kaya. Pernahkah anda melawan Negeri Sembilan dahulu dan kini? Pastinya keadaan tiada mana berubah, Bukit Putus dalam era pentadbirannya telah membunuh banyak nyawa dan sampai kini tempat itu belum ada perubahan sepangjang era beliau.

Calon yang kontreversi ialah Isa. Beliau telah ditolak oleh orang UMNO sendiri dan kini kerana desakan pengikut taat beliau, beliau dipilih menjadi calon. Orang yang mempunyai rekod tidak baik amat malang untuk dijadikan teladan walaupun boleh. Apakah dalam UMNO sudah tiada calon lain yang lebih bersih darinya?

Isa mengamalkan 'personal touch'. Rakyat tak tahu apalah pendekatannya itu yang katanya ia adalah satu pendekatan paling mujarab. Apakah pendekatan ini sama seperti 'touch&go' yang bermaksud apabila ada pilihanraya barulah melawat rakyat di kawasannya dan selepas itu blah.

Apa jaminan dan janji Isa sendiri sebagai mewakili BN dalam pilihanraya kecil ini. Kalau BN menang pun dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, tak jauh mana BN akan berubah. Mungkin pemimpin BN kata rakyat sudah sedar dan insaf betapa pentingnya BN membela nasib rakyat.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Bencana Kiri Dan Kanan


Angka kematian hanya menjadi angka sahaja buat kita yang tidak ada hubungan langsung dengan rakyat yang telah mati akibat bencana di negara lain. Selain hari-hari kita mengemaskini pengetahuan diri kita tentang bilangan orang yang telah mati akibat bencana seperti Selsema Babi dahulu, kita tetap terus dengan makan minum dan gelak ketawa kita disisi keluarga atau sahabat handai.

Bencana alam adalah satu malaptetaka yang tidak mampu dihalang biarpun dengan senjata nuklear sekali. Apabila ia datang, kita tidak dapat menghalangnya melainkan untuk kita lari dari bahana itu. Akan tetapi berapa langkahkah boleh kita lari dari menerima azab yang begitu perit itu? Inilah apa yang berlaku di Pulau Samoa, Amerika dan Padang, Indonesia.

Kedua-dua peristiwa ini berlaku dalam tempoh yang dekat. Jika dibilang orang yang telah mati pada setakat artikel ini ditulis, hampir menjangkau angka seribu lebih! Adakah sedikit seribu orang itu? Kalau seribu orang datang berkunjung ke rumah terbuka, nescaya tidak menang tangan kita dibuatnya.

Kita perlu ambil iktibar. Itupun bagi hati yang sentiasa takut kepada ALLAH. Mereka ini lah di dalam hatinya sentiasa ada rasa tidak tenteram dan tenang kerana bala Tuhan boleh turun pada bila-bila masa sekalipun langit cerah dan lautan tenang. Maka setiap waktu dan ketika, mereka akan beringat kepada ALLAH dan berwaspada.

Kematian, kehancuran dan kesusahan bukanlah idaman. Tetapi jika ia hendak berlaku, lahirlah di hati kita rasa pasrah yang tidak henti. Harta tidak dapat membuat apa jika saat malapetaka ini benar-benar berlaku di hadapan kita. Maka ambillah pengiktibaran.

Selasa, 29 September 2009

Isa Dibuang Masih Dibilang


Pencalonan siapa adun di Bagan Pinang dari BN bukan lagi rahsia. Rata-rata nampak seolah Isa Samad boleh jadi orang terpenting dalam kemelut ini. Biarpun pernah disabit kaki rasuah, itulah yang disebut 'personal touch' oleh beliau.

Entah berapa kali buat UMNO untuk belajar dari kesilapan lama kerana memilih calon yang tidak bersih dan lemah. Kerana duit dan pengaruh masih ada, itu hal semua ditolak tepi. Barangkali orang yang bersih semuanya sudah lama keluar meninggalkan UMNO maka sebab itu tiada calon terbaik di mata rakyat.

Apabila cakap pasal ini, BN selalu berkata Anwar yang bekas banduan itu pun boleh jadi Presiden parti apatah lagi dia yang hanya dikenakan tindakan disiplin. Ini sebenarnya perbandingan seperti enggang dengan pipit. Bukannya dia tidak tahu apa yang berlaku kepada Anwar ialah sebuah konspirasi zalim era Mahathirisme.

Satu masalah yang paling merbahaya ialah apabila amanah itu diberikan kepada bukan ahlinya. Atau dalam erti kata lain bukan kepada orang yang benar-benar layak maka nantilah hari qiamat yang semakin dekat. Dan perkara ini ada dijelas dalam sebuah hadith.

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” Hadith riwayat al-Bukhari

Jumaat, 18 September 2009

Salam Aidilfitri Tahun 1430H

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan mohon maaf zahir dan batin walaupun mungkin kita tidak pernah bersua. Tetapi dengan pena, ia mampu merubah apa sahaja.

Apapun yang kita harap ialah perubahan yang lebih baik terutama bagi diri kita. Latihan Ramadhan yang kita lalui walaupun mungkin ada salah dan silap, insya ALLAH akhirnya kita berjaya mendidik nafsu untuk menempuhi 11 bulan yang berikutnya.

Pastikan keselamatan harta dan keluarga saudara saudari dijaga dengan baik. Malang tidak berbau dan kepada ALLAH sahajalah kita menyerah diri dan meminta perlindungan. Bacalah doa sebelum memulakan perjalanan ke destinasi atau kampung yang dituju.

Selepas seminggu, blog ini akan beroperasi seperti biasa demi membawa maklumat berguna kepada kita semua. Saya merakamkan penghargaan tertinggi kepada semua pengikut setia blog ini khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Amalan kunjung mengunjung dan bertegur salam wajar dijadikan amalam Syawal ini. Jangan membazir dan jagalah kesihatan melalui pemakanan. Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua.

Saya akhiri sekali lagi dengan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri, mudah-mudahan ALLAH menerima amalan kita serta mendapat pengampunan dan pembebasan dari api neraka. Sesungguhnya hanya Islam yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat sana.

Khamis, 17 September 2009

Khir Toyo Disumpit?


Kita memang tidak bersetuju dengan sebarang ancaman atau ugutan dalam bermain isu politik. Ini adalah perkara yang tidak sihat dan boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Khir Toyo menjadi mangsa. Beliau menerima ugutan bunuh dan berasa dirinya tidak selamat. Dahulu beliau ada pengawal peribadi, sekarang? Mungkin ada juga, bukannya mahal nak bayar.

Kita boleh melihat kepada pelbagai sudut. Mungkin ada orang sudah cukup meluat dengan sikapnya yang sedemikian sehingga terpaksa memberi amaran seperti itu. Boleh jadi juga ini satu lagi permainan kotor politik BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di negeri Selangor.

Dalam ugutan itu juga ada sedikit unsur humor iaitu Khir akan disumpit. Jika kita lihat sumpit ialah senjata orang asli untuk memburu dalam hutan. Ia sungguh kelakar kerana dewasa ini senjata sumpit sudah tidak dipakai lagi jika senjata api sudah ada di tangan.

Ini adalah ugutan, sama sepertimana along (ceti haram) yang biasa mengugut peminjam-peminjam. Adakah ugutan ini dari along atau kaki pukul kerajaan negeri Selangor? Apa perlu takut kerana BN juga ada ramai lelaki ala-ala pendekar melayu yang boleh menjaga Khir.

Ahad, 13 September 2009

Raya Di Dalam Raya


Perayaan Aidilfitri yang di nanti-nantikan semakin hampir. Ketika itulah normalnya kita akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing untuk bermaafan dan mengeratkan lagi silaturahim. Ia sangat digalakkan. Hari raya mahu insan miskin atau kaya berada dalam gembira. Inilah dinamakan perayaan.

Namun pada masa yang sama, ada yang terpaksa beraya jauh dari keluarga terutama kerana tugas-tugas penting seperti polis, hospital, penyelamat, dan sebagainya. Perkara ini bagi mereka adalah kebiasaan, demi mencurahkan bakti kepada negara.

Begitulah juga ada diantara kita yang perlu kerja keras juga untuk pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Tugas ini tidak kurang berat juga untuk dipikul kerana ia adalah satu perjuangan. Pastinya matlamat kita adalah untuk tertegaknya negara kebajikan berasas kesyumulan Islam.

Kita tidak boleh lari dari cerita politik andai kita rasakan perjuangan ini sebahagian dari titik darah kita. Memandangkan Negeri Sembilan yang mungkin sukar ditembusi pakatan, kita tidak pernah putus asa. Apapun rintangan dan cubaan, terbukti Pakatan Rakyat masih stabil.

Maka jentera pilihanraya harus digerakkan ke sana biarpun dalam musim perayaan. Kita maniskan senyuman sambil memberi penerangan kepada pengundi di kawasan itu. Selamat bertugas.

Jumaat, 11 September 2009

UMNO Parti Islam?


"Najib menegaskan UMNO juga parti Islam, cuma tidak label kan sahaja."

Salah merekalah kerana tidak melabelkan identiti Islam andai benar yang mereka membawa mesej Islam. Islam mesti diwar-war sebagai syiar untuk semua manusia. Apa yang nak ditakutkan oleh UMNO jika melabelkan apa sahaja mereka buat adalah atas nama Islam.

UMNO memang bantu orang Islam mungkin dari segi ekonomi, pelajaran, dan kemudahan lain. Masalahnya, UMNO mengamalkan Islam secara terpilih. Bab feqah munakahat, muamalat, dan ibadah, mereka terima tetapi ada sebahagian lain, mereka buang.

Lihat juga ketegasan UMNO dalam Islam. Hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Kalau Islam dah kata haram, tetap benarkan di negara ini melakukan operasi judi, jual arak terbuka, dan lemahnya pula denda dalam perundangan di mahkamah syariah.

Benda yang sangat penting seperti aqidah dan jihad, bukanlah menjadi aspek penting dalam UMNO. Kalau cerita jihad pun, jihad ekonomi lah, jihad basmi kemiskinan dan macam-macam perkara yang lain yang tidak tepat dari makna asal jihad itu. Sepatutnya mencegah mungkar mesti dikuasakan tanpa mengira kedudukan dan bangsa.

Baguslah ada banyak majlis berunsur keagamaan seperti Pertandingan Tilawah, Maulidur Rasul, Awal Muharam, Puasa, dan Hari Raya, yang sering disambut setiap tahun. Cuma masalahnya UMNO tidak mahu mentadabbur isi Al-Quran sahaja. Inilah bahaya yang ada dalam UMNO sehingga melahirkan bangsa yang sangat taksub pada perkauman.

Selasa, 8 September 2009

Samseng Kampung Dusun 23


Orang-orang dusun@hutan..yang tidak ada tamadun dan tidak ada adab. Atau dalam bahasa popular melayu kita ialah kurang ajar. Orang yang sebegini tidak guna diajak berbincang dan berdialog kerana mereka tidak memahami bahasa kita.

Mereka seumpama pengembala lembu yang hidup jauh ceruk rantau di hujung dunia. Tiba-tiba datang ke tempat orang meracau tidak tentu hala katanya orang hendak ambil lembu dia. Padahal, dialah yang bawa lembu masuk tempat orang dek tersesat.

Ini kaki samseng. Bahasa mencarut dan kasar budaya mereka. Kirim salamlah dengan Rais Yatim yang beriya-iya untuk menegaskan rakyat berbudi bahasa. Ini orang Rais Yatim lah, orang UMNO. Mungkin UMNO tidak rasa malu dengan tindakan mereka, tetapi seluruh orang melayu sangat rasa aib kerana mereka yang sengaja menunjukkan kemaluan mereka.

Adakah mereka ini betul-betul penduduk Seksyen 23? Atau mereka ini dari Kampung Dusun 23, lebih teruk lagi dari Sarip Dol, samsing Kampung Dusun. Kebencian mereka pada dua Khalid, iaitu Khalid Ibrahim dan Khalid Samad (Pakatan Rakyat) nyata lebih ketara daripada isu sebenar yang melanda.

Ini dapat dibuktikan dalam video yang dirakam.

Sensitif betul pasal membina kuil atau masjid. Tetapi mereka ada masjid pun bukannya pergi, dan ada masjid pun kena kunci. Ustaz-ustaz tak boleh bawa masuk untuk mengajar. Akhirnya, mereka kekal dalam kegelapan dunia di bawah tempurung mereka sahaja.

Sabtu, 5 September 2009

Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Dalam keadaan sekarang, ia adalah waktu terbaik untuk meraih kemenangan lagi dalam PRK. Kita mulanya harapkan di Kota Seputih, Kedah, SPR tak bagi. Namun di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pula kita dapat.

Macam-macam 'senjata' boleh dibawa masuk. Hal kenaikan harga minyak adalah yang terbaik. Tambah lagi Umno sekarang hutang keliling pinggang.

MCA, MIC, dan Umno T'ganu berpecah belah. BN tak dapat menyelesaikan krisis dalaman mereka. Ibarat bom C4 yang boleh meledak bila-bila masa.

Selamat bertempur di kubu lawan kita,BN. Tiada pilihan untuk kita bekerja keras dari sekarang. Rakyat bersama Pakatan Rakyat.

Khamis, 3 September 2009

Jujurkah 9 Adun Itu?


Perjalanan politik di Terengganu membimbangkan BN, tetapi mungkin menguntungkan PR. Lama sudah UMNO BN Terengganu tidak dapat duduk semeja sesama mereka kerana kuasa dan harta.

Jika kuasa dan harta adalah matlamat perjuangan politik mereka, inilah orang yang merbahaya. Pendekatan: Kalau tak dapat, nak ugut-ugut dan sanggup buat apa sahaja demi kekayaan yang diidamkan. Islam tidak mengajar umatnya begitu jika sudah mempunyai kuasa, sebaliknya memikul tugas dan amanah kerana ALLAH.

Apabila sudah hilang arah, kacang sudah lupakan kulit dan kawan jadi lawan, kini barulah mereka mencari lawan untuk dijadikan kawan. Yang mana dahulu kita menjadi 'bahan' sekarang ingin pula mencari 'tuan'. Tindakan mereka ini mestilah diteliti dan berhati-hati agar kita tidak masuk jerat perangkap yang mereka sedang jayakan.

Apapun, keterbukaan PR sememangnya tidak pernah tertutup. Betapa ramai yang dahulu lawan seperti BN, MIC, MCA, kini sudah bersama PR. Perpindahan parti yang mereka lakukan adalah atas kesedaran dan kepentingan terhadap rakyat.

PR bukanlah tabung duit atau projek yang mempunyai nilai berjuta-juta ringgit untuk dikaut peribadi. PR amat berbeza dari BN yang mana BN telah jauh tersimpang dan hampir mustahil untuk kembali baik dan bersih. BN dalamnya ada banyak tangan-tangan yang kotor dan ajaib, yang mampu melakukan apa sahaja.

9 Adun berhak menentukan hala tuju politik mereka. Jangan pilih jalan yang salah dan kembalilah muhasabah atas sebab dan siapa yang memilih mereka sebagai Adun. Jika perkara ini dingerti, PR adalah jalan baik kepada mereka. Maka PR menang di Terengganu, Inysa-ALLAH.

Selasa, 1 September 2009

Hadiah Kemerdekaan Kerajaan BN


"Minyak naik lagi" getus seorang rakyat Malaysia. Apapun kenaikan, setakat ini kuasa rakyat masih tidak dapat menurunkan harganya. Ini kerana harga minyak mengikut harga pasaran dunia.

Pasaran dunia itu pasaran dia. Kita sebagai rakyat jelata tidaklah faham pengiraan minyak dan bagaimana ia diuruskan. Tapi apa yang rakyat harapkan ialah kerajaan mengambil peranan aktif dalam mentadbir urus niaga minyak dunia.

Negara kita bersyukur mempunyai telaga minyak tersendiri. Tetapi kita saling tidak ubah seperti ketiadaan telaga itu kerana harga minyak naik dan naik. Kita terpaksa bayar mahal di bumi sendiri dari khazanah satu Malaysia.

Hari raya yang bakal kita raikan nanti diserikan dengan isu minyak. Rata-rata seluruh rakyat Malaysia terutama Muslimin atau orang melayu akan pulang ke kampung. Mahal atau tak, minyak perlu diisi penuh ke dalam tangki kenderaan.

Sabtu, 29 Ogos 2009

FRU Gagal Sembur Kepala Lembu


Dendam masih berdarah. Dendam beberapa puak tertentu di dalam negeri Selangor umpama api yang memakan bara. Penuh kebencian dan hasad dengki yang sangat menebal. Mereka ialah di kalangan anti Pakatan Rakyat.

Biar sekecil mana isu itu, akan diapi-apikan keseluruh telinga rakyat. Menekan kepimpinan PR Selangor tanpa rasa insaf dan tanggungjawab. Hatta di bulan Ramadhan ini sekalipun, tindakan biadap menghina agama lain dan mencetus provokasi adalah suatu kesalahan yang mesti diajar.

Malah mereka sanggup memainkan kalimah 'Takbir' kepada 'Take beer' dan lagi terdesak, menghina dan menzahirkan lagi kedunguan mereka di mata masyarakat yang kini telah celik menafsir politik. Bertopengkan songkok, kopiah, dan kalimah "ALLAHUAKBAR", ini semua adalah satu propaganda untuk memberi tanggapan buruk kepada Islam dan PAS.

Sejak dari dulu lagi, isu babi, isu lembu, semuanya perkara yang pendek akal untuk mereka berkumpul dan berdemo. Mengapa tidak membantah istana Khir Toyo yang tersergam indah sedangkan mereka hidup duduk dalam berhimpit anak bini? Inilah satu permainan politik yang sahaja diatur sehinggalah PR tumbang di negeri Selangor.

Kita harus sedar, ketua UMNO di negeri Selangor sekarang siapa lagi kalau bukan Najib. Nampaknya ada satu agenda tersembunyi untuk dia 'memegang' negeri tersebut.

Kalau perhimpunan seperti ini, yang membawa kepala lembu, satu kepala FRU pun tidak nampak. Tidak seperti apa yang berlaku pada hari Sabtu tempoh hari sebagaimana kita tahu jalan ditutup, dan rakyat ditahan. Maklumlah, akta pencegahan...

Kepada yang memainkan kepala lembu siang tadi, ingatlah bahawa lembu itu makhluk ALLAH sama seperti mereka. Setiap makhluk yang dizalimi, doanya maqbul oleh ALLAH. Tunggulah nanti, anak cucu kau lahir berkepala lembu (kenan) kalau tidak bertaubat.

Selasa, 25 Ogos 2009

BN Mahukan Simpati


Sudah habis senjata, mahu kibar bendera putih, tapi tidak mahu. Hanya mahu mengharapkan secebis simpati dari pengundi Permatang Pasir. Nak simpati ke pada golongan macam ini?

Zahid kata mahu kasi BN menang supaya kita dapat bagi hadiah kepada PM dan TPM. Kalau menang, depa ada bagi Zahid hadiah jugak kan? (Hehehe..) Simpatilah kepada mereka, yang hanya baru menang di Batang Ai, Sarawak sahaja sepanjang pilihanraya kecil.

Mereka mahu kita simpati kepada calon BN di Permatang Pasir, Rohaizat. Kesianla kat dia asik kena tuduh dan fitnah. Simpati k...

Cara ini adalah cara terakhir pihak BN apabila sudah suntuk masa mencari helah kepada isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Kalau di Perak dahulu, di Bukit Gantang, pendekatan mereka ialah 'BN Mohon Restu Rakyat'..nak tegelak pun ada.

Siapa nak simpati kepada mereka yang tidak layak untuk disimpati. Malah rakyatlah sebenarnya layak menerima simpati daripada pemimpin BN dari apa yang terah mereka lakukan kepada rakyat. Ramai rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan adakah mereka mendalami kesusahan rakyat ini?

Kita simpati BN dengan pangkah PAS di kertas undi. Mudah-mudahan parti ini akan hilang kepercayaan dan bubar pada akhirnya. Selamat tinggal BN!

Sabtu, 22 Ogos 2009

Merdekakan Diri Dari Menjadi Pak Turut Manusia


Itu adalah nasihat daripada Tuan Guru Nik Aziz. Ujarnya mahukan manusia ataupun khususnya orang Islam agar menuruti perintah Nabi Muhammad SAW. Mentaati ketua ada batasannya selagi tidak lari dari dasar yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Keadaan menjadi pak turut membuta tuli akan membinasa diri. Termasuklah sekali dalam pasukan beruniform. Kita ada Tuhan iaitu ALLAH, dan itulah tempat taat setia kita sepenuhnya. Dalam erti kata lain, kami dengar dan kami taat kepada ALLAH.

Kerana takut akan hilang kerja dan menerima susah, orang sedia mentaati manusia dan menggadaikan ketaatan kepada ALLAH. Perkara ini lah yang akan mendatangkan kemurkaa dan akhirnya kita menerima bala seperti H1N1. Maka ini bukan soal yang remeh lagi.

Biasa juga terjadi kepada para wartawan yang tidak jujur dalam melaporkan sesuatu berita demi mengikut dasar gelap oleh editor mereka. Kata Nabi, katalah benar walaupun ia pahit. Sesetengah mereka menyembunyi maklumat dan lebih teruk, memalsukan maklumat sehingga tercalar aib seseorang itu.

Khamis, 20 Ogos 2009

Inilah Jalan Ke Syurga


Jalan dari kalangan Anbia', Siddiqin. Shuhada', dan orang-orang yang Soleh. Orang seperti ini sudah di 'konfom' ALLAH berada di jalan yang lurus dan dianugerahkan syurga yang sedia menanti. Mereka juga manusia biasa seperti kita, tetapi mereka selamat kerana Islam menyelamatkan mereka.

Sekarang kita nak cerita, pendek kata orang yang tidak ikut Islam, tidak sokong Islam, dan melawan Islam mereka bukanlah dari kalangan itu. Mereka ini sebenarnya satu golongan yang jauh dari hidayah. Bicaralah apapun, jika pintu hati masih tutup, mereka tidak akan mengimani.

Kita mahukan Negara Islam (negara yang betul-betul melaksanakan syariat dari segala aspek). tapi sekarang negara kita bebas, nak undang-undang konvensional ada, Islam pun ada. Nak bank Islam ada, yang tak Islam pun ada. Begitulah hampir semua aspek dalam negara kita.

Bukan menurut Islam namanya jika mengambil sebahagian, dan meninggalkan sebahagian daripada tuntutan Islam. Aurat lelaki dan perempuan masih tidak ada satu penguatkuasaan yang kukuh, malah ramai juga dikalangan pembesar negara, masih tidak tutup sempurna aurat mereka.

Kita mengajak mereka untuk kembali ke jalan yang lurus. Jalan yang akan menemukan mereka ke syurga akhirnya. Ini sahaja laluan yang kita ada, jika masih ingkar dan tidak mahu mengorbankan kepentingan wang dan harta semata-mata mengikut ajaran Islam, anda sudah tersimpang jauh.

Kalau amal Islam setakat pada kahwin, mati, dan baca doa makan, baik hentikanlah. Jangan nak bertopengkan agama sahaja, sebaliknya perintah yang lain dari ALLAH tidak dititikberatkan. Maklumlah hak individu, itu kata mereka. Tetapi tidak, kita mahu menyelamatkan mereka dari seksa api neraka yang sangat besar.

Selasa, 18 Ogos 2009

Terkambus Di Permatang Pasir

Kerja-kerja menjayakan kemenangan PAS di Permatang Pasir Insya-ALLAH berjaya. BN tiada modal apa untuk mengalahkan lawan mereka iaitu PAS melainkan dengan menyerang peribadi. Seperti mana Anwar Ibrahim diserang.

Inilah kehebatan dan kekuatan semangat pasukan di dalam PAS dan Pakatan umumnya. Kemenangan kita mempunyai beberapa sebab atas apa yang BN telah lakukan. Sebenarnya, apa jua kesalahan BN lakukan kepada rakyat, adalah menjadi keuntungan bagi Pakatan.

Masalahnya, BN sentiasa tersilap dan tidak habis dengan salahnya. Tidak mahu mendengar suara rakyat. Rakyat tak nak PPSMI, taknak ISA, dan pelbagai lagi, masih buat tak endah. Fikirnya, apabila hendak ada pilihanraya, jalan mesti tar baru, buka klinik, dan peri ziarah tanya khabar.

BN susah nak menang di kawasan ini. Inilah halangan bagi BN untuk tunjuk yang mereka konon sudah diterima rakyat. Berhempas pulas lah mereka. Bermain kotor? Harus dijauhkan.

Apabila BN kalah lagi, terkambuslah dan hilanglah semangat mereka. Dipercayai akan hilanglah kepercayaan rakyat kepada parti yang memerintah tatkala ini. Terkambuslah.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Hari Lahir

Syukur sebesar-besarnya kepada ALLAH dan salam sejahtera kepada semua rakan pembaca. Alhamdulillah pada tarikh hari ini saya masih diberi peluang nikmat usia dan pengharapan menjadi manusia mukmin. Hari ini adalah hari kelahiran saya. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada blog ini.

Jumaat, 14 Ogos 2009

H1N1 Akan Terhenti Di Sini


Kematian sudah mencecah angka 50 orang pada tarikh hari ini. Kehidupan sosial sebahagian besar kita masih seperti biasa lagi. Pergi ke kerja, balik kerja, hantar anak, amek anak dan pergi makan dan sebagainya. Ada yang memakai topeng dan ada juga yang tiada memakainya sewaktu menguruskan urusan hidupnya.

Merasa aman dari dikenakan bala adalah satu dosa besar. Apatah lagi jika kita berat menyatakan musibah itu adalah satu bala dari bala-bala yang Allah turunkan seperti tsunami, tanah runtuh, dan seumpamanya. Selagi itulah kita rasa aman dari bala. Kerajaan pun belum mengisytihar bahawa virus ini adalah bala kepada negara.

Bala akan turun kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira dia orang baik ataupun tidak. Dia orang PAS atau BN, sesiapa sahaja boleh terkena. Kerana hebatnya virus ini, dunia tidak dapat pun lagi menghasil senjata melawannya. Kita sudah lumpuh.

Sebagaimana tsunami melumpuhkan operasi hospital, begitu jua H1N1. Bahana yang besar apabila semua hospital sesak dengan pesakit yang demam, selsema, sakit tekak, dan sukar bernafas rata-rata datang untuk mengesahkan adakah mereka mengidap selsema babi tersebut. Akibatnya, hospital bukan lagi tempat yang selamat kerana ramai yang sakit berkumpul di situ.

Ke mana manusia hendak pergi jika satu hari nanti keadaan menjadi darurat? Jika darurat, keadaan buruk akan lebih mencengkam kehidupan dan pelbagai masalah lain pula yang timbul. Pada masa itu, manusia hidup dalam ketakutan dan penuh kesengsaraan.

Kita perlu kembali kepada ALLAH. Hentikanlah segala aktiviti dan program yang lari dari hukum Islam selama-lamanya dan UMNO pula mesti bertaubat kerana UMNO adalah kerajaan yang bertanggungjawab kepada negara. Kembali tegakkan Islam dan jujurlah. ALLAH yang memberi penyakit dan ALLAH yang menyembuhkan. Mengapa susah sangat untuk faham ayat ini?.

Jika kita ditakdirkan mati kerana H1N1 ini, matilah kita dalam keadaan redha kepada ALLAH yang berkuasa ke atas hambanya. Itu lebih baik daripada mati dan dalam hati sentiasa gelisah akan penyakit yang tiada ubatnya itu.

Ya ALLAH, ampunkanlah dosa sebahagian dari kami, tariklah bala ini Ya ALLAH

Khamis, 13 Ogos 2009

Perginya Tak Kembali Lagi


Saya baru sahaja mendownload lagu Pergi Tak Kembali pagi tadi, selepas itu dengan penuh hiba, penyanyi kumpulan Rabbani itu, telah pergi buat selamanya pada jam 11 pagi hari ini.

Dalam pertemuan ringkas bersama beliau pada satu majlis cukur jambul di Bangi, beliau memang berpewatakan kemas dan ceria. Malah nama beliau sudah mempunyai jenama tersendiri. Jasanya jua dalam dakwah Islam, menjadi saham akhiratnya kini.

Suaranya adalah sejuta dalam seribu..apabila dengar suaranya itu, pastinya orang berkata itu lagu Rabbani... Mohon Allah memberi perlindungannya di alam akhirat sana.

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan