Follow je lah..

Sabtu, 31 Januari 2009

Hidayah Tidak Mengenal Sesiapa

Itulah hidayah (petunjuk) yang tidak mengenal siapa dia. Tidak kira dari apa bangsa dan di mana asalnya, sesiapa yang berusaha, pasti berjaya. Kejayaan sebenar ialah memperoleh satu anugerah yang paling berharga dalam kehidupan, hidayah ALLAH.

Sejarah telah mengingatkan kita, seorang pembunuh anak telah menjadi seorang Khalifah yang paling disegani apabila menerima hidayah dari ALLAH. Sesungguhnya hidayahlah yang mampu membawa angin perubahan hakiki bagi semua insan.




Gambar di atas ialah mereka yang datang dari sebuah dunia penuh mencabar, Dunia Rockers. Dengan beridentiti rambut panjang, seluar jeans yang ketat, mereka menyanyi kagu irama rock kapak, itulah rock! Namun, bagi mereka bergelar seorang rockers, belum lagi memuaskan keinginan yang dicari-cari selama ini. Kerana mereka mencari cahaya, cahaya mulia dari ALLAH.

Atas usaha para pendakwah, dan doa kita, ALLAH telah membuka tirai hati mereka untuk menerima kehadiran cahaya Islam buat diri mereka. Tanpa ada rasa malu dan takut, perubahan kearah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Mereka mula mengenal iman, Islam, dan taqwa dan betapa berharganya menjadikan taqwa sebagai bekalan ke akhirat.

Akhil Hayy, dahulunya dari kumpulan D'riyadh, Radhi dahulunya dari kumpulan rock Melissa yang terkenal dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila', dan Amy dari kumpulan Search yang pernah menggemparkan dunia industri muzik melayu, semuanya kembali ke arah fitrah manusiawi yang dahagakan kepada rahmat Ilahi.

Benarlah, ALLAH sahaja yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Mereka menemuinya dan kita pula jangan sesekali mencicirkan hidayah yang telah kita miliki di mana-mana persimpangan dunia. Dengan hidayah itulah, kita ditunjuk ke sebuah jalan yang lurus seperti yang termaktub dalam surah Al-Fatihah. Tuhan, peliharalah hidayah kami.

Rabu, 28 Januari 2009

Cikgu Disiplin Dah Marah


Satu tamparan melekat kepada semua pipi putera dan puteri UMNO dari 'cikgu disiplin' mereka iaitu Ahmad Rithaudeen. Manakan tidak, kata-katanya cukup berterus terang jika itu baginya mampu menyelamatkan nasib UMNO. Rasuah telah membarah ke semua peringkat dan bahagian dalam parti induk itu.

Katanya itu bersifat mencegah lebih baik dari merawat. Maknanya untuk mengurangkan kes rasuah yang bermaharajalela ialah dengan mengurangkan pertandingan. Maka putera-puteri ini harus dibubar kerana barangkali banyak kes berada dalam kepompong itu.

Ceritanya dibentuk putera-puteri UMNO ini ialah seolah ingin membentuk satu generasi acuan UMNO. Ataupun mereka ini seumpama budak-budak mentah yang mahu berjinak dalam politik anjuran UMNO maka pakcik dan makcik UMNO akan bimbing mereka. Kadangkala kebiasaannya, budak-budak inilah boleh diberi gula-gula atau aiskrim supaya mereka tidak nakal-nakal.

Rithaudeen juga ada berpesan, kebanyakan mereka adalah masih usia yang muda. Usia yang sepatutnya diisi dengan pendidikan atau keilmuwan tanpa ada sebarang campur aduk dari unsur politik tidak sihat itu. Ini adalah keutamaan utama mereka sepatutnya kerana mereka yang pada usia itu masih baru melangkah selangkah ke alam kedewasaan lagi penuh pancaroba.

Sekarang, tutuplah 'sekolah UMNO' itu yang mahu mendominasi ramai masyarakat agar sentiasa mengikuti mereka secara buta tuli. Fikirkan sedalam-dalamnya dari apa yang cikgu disiplin mereka sarankan. Kalau tanya rakyat apa pandangan mereka, rakyat akan berkata bubar putera, bubar puteri, bubar pemuda, bubar wanita, dan bubarkan MT UMNO. Katakan tidak pada UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan