Follow je lah..


Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan

Khamis, 28 April 2011

Kenapa ada lagi video jahanam part 2


Siri video lucah keluaran Dato' TUVWXYZ kahkahkaha...tidak berhenti-henti. Malah siap ada sambungan. Dia punya cara, mula-mula keluarkan part 1, pastu tengok camna rakyat Malaysia kecoh..dah habis modal, habis kena siasat atau di'telanjang'kan fitnah itu...keluar part 2.

Perasaan dendam, benci, dan busuk hati sinonim dengan

Jumaat, 22 April 2011

Anwar dan Ismail KPN, dua2 letih..


Mana tak letihnya..pelbagai isu, kerja, dan benda yang kena buat lagi-lagi duduk kat Malaysia yang ramai orangnya..banyak udang banyak garam, banyak garam penyakit datang kahkahakha..

Selasa, 12 April 2011

[Gambar] Inilah Telur Yang Asli...


Apalah sangat dengan telur palsu berbanding ulama' palsu, video palsu, dokumen palsu dan lain-lain.... tapi anda perlu tahu juga telur mana yang asli

Isnin, 11 April 2011

[Video] Wartawan Perkakas. Memalukan..



Kejahilan murakab yang ditunjuk oleh sesetengah wartawan sehingga boleh menjadi perkakas BN amat menjijikkan. Ini kerana sebilangan mereka yang menggadai etika ketelusan dalam wartawan.

Ko kalau artis bole la nak tanya gosip2..terjah2..

Rabu, 6 April 2011

Beruk Sahaja Yang Baca Utusan


Rasa tak tahu lah lag apa nak cakap kalaui masih ada orang beli sebuah akhbar yang penuh dengan munafiq, fasiq, dan kafir. Akhbar yang konon suara perdana tanpa segan silu menjual etika sebuah kewartawanan sehingga boleh memaparkan klip video jahanam.

Jangan tanya mana Najib, mana Muhyidin, mana Nazri atau mana Rais...? 2x5 5x2...

Memang semua ini dah diteliti dan dirancang.

Isnin, 21 Mac 2011

Kau La Perut Buncit


Saspek yang melakonkan video XXX dipercayai perut buncit. Ni mesti takde keje lain..sebab tu perut buncit. Last2 jadi hero filem blue..

Sabtu, 12 Mac 2011

Gegaran Dirasai Hingga Ke KUIS




Gempar dengan gempa bumi apa yang berlaku di Jepun. Kita juga kelang kabut takut bahawa tsunami akan datang..yang ditakutkan dengan tsunami adalah kemusnahan harta benda dan nyawa. Sedangkan semua suatu hari nanti akan mati jua..

Kita tak perlu risau, kerana kerajaan BN pasti akan memberitahu semua selamat. Pelajar kita selamat. Tidak ada apa- apa, semua ok..rakyat jangan risau..

Selasa, 8 Mac 2011

Jaga 3 Benda Ni

Kemungkinan barang ini penting bagi satu2 situasi..kalau hilang boleh risau gak lah.

Selasa, 1 Mac 2011

Kalau BN Tiada Malu, Lakukanlah Apa Sahaja





Perang psikologi sejak pengumuman calon bertanding telah bermula. Kedua-dua tempat iaitu Kerdau dan Merlimau menjadi tempat yang panas. Bukan disebabkan matahari yang panas, tetapi sebab

Sabtu, 13 Februari 2010

PKR Tak Habis-habis dengan Masalah


Perletakan jawatan seorang demi seorang sehingga apa yang berlaku di Perak akibat bekas ahli PKR memang meresahkan rakyat. Dalam hal ini kita dapat lihat juga siapa sebenar yang betul dan palsu, dan siapa juga yang setia.

Macam-macam alasan boleh dibuat untuk keluar parti. PKR amat rapuh dalam memastikan kesetiaan ahli MP dan dan Dun mutlak sepertimana PAS. Sebabnya PAS dan PKR adalah suatu arah namun berbeza landasan.

Landasan PKR lebih jauh, naik dan turun bukit. Ketuanya juga tidak pernah henti-henti membawa parti itu sehingga ke destinasi. Apa yang berlaku di Pulau Pinang jangan dipandang ringan kerana ini boleh jadi kes yang lagi besar.

Selasa, 29 September 2009

Isa Dibuang Masih Dibilang


Pencalonan siapa adun di Bagan Pinang dari BN bukan lagi rahsia. Rata-rata nampak seolah Isa Samad boleh jadi orang terpenting dalam kemelut ini. Biarpun pernah disabit kaki rasuah, itulah yang disebut 'personal touch' oleh beliau.

Entah berapa kali buat UMNO untuk belajar dari kesilapan lama kerana memilih calon yang tidak bersih dan lemah. Kerana duit dan pengaruh masih ada, itu hal semua ditolak tepi. Barangkali orang yang bersih semuanya sudah lama keluar meninggalkan UMNO maka sebab itu tiada calon terbaik di mata rakyat.

Apabila cakap pasal ini, BN selalu berkata Anwar yang bekas banduan itu pun boleh jadi Presiden parti apatah lagi dia yang hanya dikenakan tindakan disiplin. Ini sebenarnya perbandingan seperti enggang dengan pipit. Bukannya dia tidak tahu apa yang berlaku kepada Anwar ialah sebuah konspirasi zalim era Mahathirisme.

Satu masalah yang paling merbahaya ialah apabila amanah itu diberikan kepada bukan ahlinya. Atau dalam erti kata lain bukan kepada orang yang benar-benar layak maka nantilah hari qiamat yang semakin dekat. Dan perkara ini ada dijelas dalam sebuah hadith.

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” Hadith riwayat al-Bukhari

Selasa, 18 Ogos 2009

Terkambus Di Permatang Pasir

Kerja-kerja menjayakan kemenangan PAS di Permatang Pasir Insya-ALLAH berjaya. BN tiada modal apa untuk mengalahkan lawan mereka iaitu PAS melainkan dengan menyerang peribadi. Seperti mana Anwar Ibrahim diserang.

Inilah kehebatan dan kekuatan semangat pasukan di dalam PAS dan Pakatan umumnya. Kemenangan kita mempunyai beberapa sebab atas apa yang BN telah lakukan. Sebenarnya, apa jua kesalahan BN lakukan kepada rakyat, adalah menjadi keuntungan bagi Pakatan.

Masalahnya, BN sentiasa tersilap dan tidak habis dengan salahnya. Tidak mahu mendengar suara rakyat. Rakyat tak nak PPSMI, taknak ISA, dan pelbagai lagi, masih buat tak endah. Fikirnya, apabila hendak ada pilihanraya, jalan mesti tar baru, buka klinik, dan peri ziarah tanya khabar.

BN susah nak menang di kawasan ini. Inilah halangan bagi BN untuk tunjuk yang mereka konon sudah diterima rakyat. Berhempas pulas lah mereka. Bermain kotor? Harus dijauhkan.

Apabila BN kalah lagi, terkambuslah dan hilanglah semangat mereka. Dipercayai akan hilanglah kepercayaan rakyat kepada parti yang memerintah tatkala ini. Terkambuslah.

Sabtu, 4 April 2009

Plan Najib Pun Bermula


Bermula dengan angkat sumpah dan telah pun mendapat perkenan dari YDP Agong maka temetrai satu lagi seejarah negara iaitu terangkatnya Najib menjadi Perdana Menteri yang ke-Enam. Perkara ini telah menidakkan tindakan dan anggapan bahawa Najib tidak mungkin menjadi PM Malaysia sekalipun terdapat pelbagai cerita mengenainya.

Sebagai seorang yang mempunyai pengaruh yang kukuh dalam negara, beliau mendapat kesempatan ini. Kekuasaan akan bertambah dan kekebalan semakin kuat. Najib mempunyai agenda dan idea tersendiri dalam menongkah karier politiknya dan membentuk negara.

Antara menyelamatkan karier dan mewarnai negara adalah dua cabang yang berbeza. Jika Pak Lah, peralihan kuasa ini melenyapkan karier politiknya dan selepas ini warna negara harapannya tidak sama seperti pemerintahan Abdullah yang mana mungkin lebih baik. Najib, kini bergelar Perdana Menteri. Beliau sering dilihat seorang yang bijak dalam mencaturkan politik dan kuasa.

Plan awalnya yang amat dialukan dan satu kemenangan dan kemaqbulan doa rakyat, 13 tahanan ISA dibebas dan media pembangkang diberi kebenaran. Tambahnya pula akta yang menakutkan itu (ISA) akan dikaji semula. Ini kemenangan rakyat dan juga cara terbaik untuk menambat hati rakyat. Pada awalnya, Najib berjaya menambat hati rakyat.

Kejujuran Najib tidak mampu dipersoal lagi buat masa ini kerana beliau masih belum menempuhi waktu matang seorang PM. Perubahan yang beliau mahu kejarkan sedikit demi sedikit akan kelihatan. Ini akan disusuli dengan muka kabinet baru dan dasar yang banyak lagi diperkenalkan.

Pertembungan Anwar dan Najib akan lebih serius. Senario yang berbeza antara dua pihak adalah cabaran. Titik kelemahan Najib mungkin terdedah andai ada orang seperti Anwar dan sebagainya yang cukup peka dan aktif dalam politik nasional terus memainkan peranan mereka. Apapun ceritanya, pilihan raya 7 April ini suatu pungutan suara rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan