Follow je lah..

Sabtu, 8 Ogos 2009

Arak Pun Haram

Sudah terang lagi bersuluh, arak adalah haram sebagaimana Al-Quran mengharamkan babi. Angkara babi, kita kini bergelut dan sebahagian bertarung nyawa untuk selamat dari selsema babi. Apa sahaja yang diharamkan oleh umat Islam, umat Islam mestilah meninggalkan malah menjauhinya. Sebagaimana zina itu haram, dan ia mesti dijauhi.

Tindakan Pas Selangor nampak tegas. Memang kita kena tegas dalam bab atau soal hukum. Kita tidak mahu setiap kali malam tahun baru atau sebagainya, anak muda orang Islam akan togak arak berbaldi-baldi. Semua jadi kaki botol dan adakah itu dosa yang mahu dipikul oleh pemimpin-pemimpin Selangor?

Shah Alam dan Bangi, majoritinya orang Islam. Jika di sini, daging babi tidak dijual, mengapa arak pula ingin dijual? Sensitiviti umat Islam adalah sama, samada babi ataupun arak. Arak adalah ibu kepada maksiat, kerana arak, manusia mabuk dan jauh dari nur.

Kerajaan Selangor betindak bijak dengan tidak terlalu keras kerana masih diperingkat awal. Dengan istilah 'kawal diri' harapnya kita faham. Peniaga-peniaga harus menyedari kesentivitian umat Islam di kawasan ini. Jangan jual. Nak jual arak, pergi jual di tempat lain. Arak tiada faedah, melainkan kerosakan dan mengeraskan hati.

Pas Selangor dianjurkan untuk terus bermuzakarah. Ambil dan mintalah fatwa dari para alim ulama' yang ada di sini. Khalid dan ulama' mestilah konsisten, jika Khalid tidak, Khalid harus ingat bahawa peringatan telah disampaikan.

Wahai ALLAH, saksikanlah!
(sila undi disebelah)

Khamis, 6 Ogos 2009

Selasa, 4 Ogos 2009

Muhyidin Provokasi Murahan


Macam itulah, tidak habis berganti-ganti usaha dari BN untuk mencacatkan maruah perribadi Anwar Ibrahim. Sejak beliau digugurkan dari jawatan TPM, sehingga kini keaibannya didagangkan melalui tulisan akhbar dan pautan media.

Masih ada yang tidak kena lagi antara Muhyidin dan Anwar secara peribadinya. Bagai api dalam sekam. Tetapi api kecil menjadi kawan, api besar menjadi lawan. Muhyidin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat sebenarnya ketandusan idea untuk menghangatkan isu terbaru.

Isu ini isu lapok yang sudah tidak boleh pakai lagi kecuali sebagai kain buruk pengelap kaki. Butakah mata mereka melihat senario kesedaran politik baru sekarang. Rata-rata rakyat sudah bangkit dan tidak terpedaya dengan fitnah dari BN. Malah makin hari makin hari, sokongan kepada Anwar khususnya dan Pakatan Rakyat amnya tidak punah.

Mungkin provokasi ini saja untuk mencari pasal. Atau boleh kata nak lepas geram dan balas dendam dengan selama ini apa yang UMNO telah kena. Ayat 'Pergi Jahanam UMNO' sememangnya memanaskan puak-puak UMNO ini.

Tahniah buat Muhyidin kerana menunjukkan kecetekan pemikiran dalam berpolitik. Barangkali tak lama untuk beliau kekal sebagai TPM. Jangan rasa selesa sangat duduk dekat kerusi TPM itu. Bila-bila masa, Tuhan boleh tarik nikmatnya itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan