Follow je lah..

Sabtu, 19 Januari 2008

"Puasa Hari Asyura menghapuskan dosa satu tahun yang lalu."

10 Muharam 1429 Hijrah
Pernah mendengar Hari A'ssyuro? Hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram. Apa yang istimewanya pada hari ini?

10 Muharam adalah hari yang mulia bagi umat Islam. Kemuliaan yang diberi ini bukan sahaja diberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W., tetapi termasuklah umat Nabi Musa A.S (Bani Israel) kerana mereka menyambut kemenangan daripada Firaun. Hadith telah menyebut lebih awal akan hal ini:

"Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati
orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa merekaitu, mereka menjawab: "Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya." Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini." Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut."
(Sahih - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Beruntungnya jika kita berpuasa pada hari ini. Sebagaimana Rasulullah memerintah untuk berpuasa kepada sahabat, seharusnya juga kita berpuasa. Kelebihan bagi orang yang berpuasa ini ialah diampunkan dosa.

Kelebihannya ialah dihapuskan dosa setahun yang lalu, berdasarkan sebuah hadith dari Abu Qatadah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Puasa Hari Asyura menghapuskan dosa satu tahun yang lalu."
(Sahih - Riwayat Muslim)

Juga diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, di mana beliau pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab:

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadhilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini. Aku juga tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, iaitu bulan Ramadan."
(Sahih - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Inilah peluang keemasan bagi kita. Kita perlu menganjurkan majlis berpuasa dan berbuka bersama di setiap peringkat bermula dari kekeluargaan sehinggalah petadbiran organisasi.
Mudah-mudahan keberkatan itu akan diperolehi.

Untuk berpuasa, kita hendaklah berpuasa dahulu pada 9 Muharam diikuti 10 Muharam. Ini bertujuan untuk membezakan kita daripada Yahudi dan Nasrani.Hadith dari Ibnu
Abbas r.a. katanya:

"Semasa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari 'Asyura dan memerintahkan orang agar berpuasa pada hari itu, mereka berkata: "Ya Rasulullah, ia adalah suatu hari yang dibesarkan oleh orang Yahudi dan Nasrani." Maka jawab Nabi: "Jika datang tahun hadapan, Insya-Allah, kita berpuasa pada hari kesembilan." Kata Ibnu Abbas: "Maka belum lagi sampai tahun hadapan itu, Rasulullah s.a.w. telah wafat."
(Sahih - Riwayat Muslim)

Disamping itu, terdapat juga amalan yang lain seperti mengasihi anak yatim. Malah hari ini dipanggil juga hari anak yatim. Masya Allah. Nabi anak yatim dan anak yatim mereka berbeza dari kita yang mempunyai Ibu dan Bapa.


Khamis, 17 Januari 2008

Masalah Air Yang Kritikal

Bukan sehari dua gangguan air telah berlaku di kolej ini, bahkan seminggu dua. Gangguan yang berlaku benar-benar menguji kimanan dan kesabaran seseorang. Orang kata "Biar takda api asalkan jangan takda air" Inilah ungkapan yang mudah dan memberi makna kepada kita. Gangguan bekalan air ialah bekalan air yang tidak menentu sekejap ada dan sekejap tiada seperti biskut Chipsmore.

Tetapi mengapa keadaan ini berlarutan sehingga dalam tempoh yang berhari-hari lamanya. Bukan ingin mencari siapa salahnya, akan tetapi mencari siapakah yang sepatutnya membela kebajikan kami ketika keadaan yang kritikal seperti ini?

Seharusnya pihak yang bertanggungjawab atau pemimpin menyediakan khidmat yang baik kepada seluruh warga kolej. Sepatutnya tangki bekalan air tambahan disediakan sepanjang masa selagi mana gangguan ini tidak dapat diatasi. Tangki air tambahan perlu diselia sebaiknya. Kita perlu bertindak cepat dan bijak yang mana bukan hanya sekadar berkokok di tepi tangga. Sebarang maklumat harus dijelaskan bagi mengelakkan salah faham.

Air sangat penting dalam kehidupan dan satu keperluan wajib bagi hidupan. Air digunakan hampir seluruh aspek kehidupan manusia seperti dalam makanan dan minuman, kebersihan, ibadah, dan pekerjaan.
Apa yang paling ditakuti, apabila tiada air pada waktu subuh umpanya, maka ada segelintir muslimin akan meninggalkan solat. Sikap pandang remeh pada kefardhuan solat membinasakan diri sendiri. Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun tiada air, kerana air perlu dicari diluar sana, cuma memerlukan sedikit pengorbanan.


Kepada Allah kitia berdoa agar krisis air ini berakhir. Lindungilah Kami daripada bala yang menghimpit atas kelalaian kami. Amin. Bersama kita meninsafi dan mengakui kelemahan diri sendiri. Firman Allah:

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." (al-Mulk:30)

Rabu, 16 Januari 2008

BONGKAR: CD HASUTAN


CD yang bertajuk "IFC-ANTI ISLAM" ini mungkin sedang rancak disebarkan di Universiti anda!. Ini termasuklah surau-surau kolej kediaman atau sebagainya. Sekiranya anda melihat tajuk CD ini, secara awalnya anda bersetuju,akan tetapi ada udang di sebalik batu.

Rakaman CD selama 30 minit ini memaparkan imej-imej kepada anda pada awalnya dengan betapa bahayanya IFC kepada umat Islam. Ini termasukalah wajah pimpinan atau tokoh yahudi yang mereka cuba dikaitkan dengan IFC. Sebagai orang Islam , siapa yang mahu agamanya dimomok dan dihina.
Amatlah mengecewakan pada segmen kedua, apabila mereka yang terlibat dalam menjayakan penghasilan CD ini cuba mengaitkan dengan Anwar Ibrahim, perhimpunan BERSIH, kepimpinan Barisan Alternatif. Jelas dalam CD ini berbau propaganda politik ataupun pilihan raya dan BUKAN lagi IFC. Mereka berusaha mengaitkan pimpinan seperti Anwar Ibrahim , Tuan Guru Haji Hadi, dan sebagainya dengan IFC. Ini lah yang dikatakan tidak masuk akal.

Silalah berhati-hati dengan CD ini yang cuba dijadikan senjata pilihanraya oleh mereka dan cuba mencelarukan pemikiran rakyat dan lebih-lebih lagi mahasiswa. Ini ditambah pula apabila ayat 216 Surah al-Baqarah telah diterjemahkan sebahagian ayat sahaja, dan bukan sepenuhnya.
Sekiranya anda terjumpa dan menonton CD ini, nilailah dengan pemikiran yang waras. Hanya yang daif, tergamak melahirkan dan mempercayai CD ini.

Ingin beli Compaq Presario SR1208AL Dekstop PC???

RM 1400.00 with FRRREEEE gift!!!!

Compaq Presario SR1208AL Dekstop PC

with flat screen (LCD display)

Basic Specification:

Intel Pentium 4

Processor 2. 8 Ghz 2.8Ghz

RAM 128 Mb

Hard Disk 40 GB

56k modem

Optical Mouse

CD SRW Drive

5 USB port

FRRREEEE gift:

Speaker

USB Wireless

Sila emel kepada luggagemantis@yahoo.com

Selasa, 15 Januari 2008

Kekuatan dalam pelayaran

Benarlah kehidupan ini diibaratkan seperti sebuah pelayaran. Pelayaran diatas sebuah kapal yang menuju ke sebuah destinasi jauh. Perumpamaan ini mungkin digubah oleh mereka yang benar-benar menyelami sebuah kehidupan.

Cuba lihat sorotan pelayaran seketika...

Kapal yang berlayar di lautan yang luas akan tetap meneruskan perjalanannya walaupun apa rintangan. Keadan cuaca tidak menentu, mungkin tenang, bergelora, atau ribut kencang. Paling yang tidak diingini ialah ribut kencang. Ombak besar menghempas kapal pelayaran, kapal akan terumbang ambing ditengah lautan. Anak kapal perlu terus berusaha menyelamatkan kapalnya daripada karam. Andai mereka terjun dari kapal, pasti ajal yang menanti...maka ini bukanlah cara yang terbaik. Selamatkan kapal itu sehingga habis cara pun demi meneruskan sebuah pelayaran.

Apabila ribut berlalu, lautan kembali tenang dan kapal kembali pada pelayarannya. Sudah pasti semua anak kapal akan penat dan kesedihan kerana kesan dari pukulan ombak serta kencangan angin yang merosakkan kapal dan mencederakan mereka. Namun lama-lama kerosakan akan dibaiki segera dan kecederaan akan diubati sebaiknya.

Sungguhpun begitu, ketibaan mereka ke destinasi pasti dirasaai hasil penat lelah mereka. Itulah sebuah pelayaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan