Follow je lah..

Sabtu, 7 Mac 2009

Agong..Sultan...Tengoklah Kami..

Biar putih mata...


Jangan putih tulang..

PPSMI dibantah rakyat kerana rakyat demi masa depan rakyat. Biar pun polis mengganas..ganas mereka bukannya kali pertama dan terakhir..andai ada anak yang mahu menjadi polis kelak, nasihatlah kepada mereka, "Usahlah sedemikian, cari lah yang lebih baik dan halal bagimu..yang tidak menyebabkan dirimu cenderung ke arah kezaliman.."

Sila lihat senarai blog di bawah untuk liputan maklumat dan gambar yang lebih jelas. Semestinya bukan dari Utusan, RTM dan TV3.


Cukuplah sepuluh blog antara yang berpuluh-puluh lagi. BN confirm kalah dalam pilihanraya. Kompem!

Tak Hairan Jika Abdullah Tak Letak Jawatan


Desas-desus sana sini. Kata orang tak kan bergoyang daun kalau angin tidak bertiup. Ini lah cerita Perdana Menteri kita yang kelima belum panas pun lagi kerusi untuk beliau duduk sudah diarah untuk bangun. Seolah orang dibawahnya semua mahu proses peralihan kuasa tetapi tahukah anda bahawa sekarang ini Pak Lah sudah pun bangun.

Maksud bangun ialah sudah tidak tidur lagi seperti sebelum-sebelum ini. Diam-diam besi berkarat, diam-diam ubi berisi. Maka diam-diam Pak Lah beliau masih lagi orang pertama dalam negara. Kadang-kala caranya agak cool dan tidak mahu nampak begitu mengasak. Ini strategi beliau untuk meneruskan kelangsungan dan mencatikkan rekod beliau bergelar seorang Mr.Clean.

Katanya, proses peralihan kuasa mengikut jadual. Jadual apa! Kita harus tahu dari pengalaman, kadang-kala kata beliau ini tidak semestinya bermaksud seperti yang tersurat. Boleh jadi menipu atau cakap pusing-pusing dan tiada siapa yang tahu. Dalam keadaan sekarang, banyak point yang boleh Abdullah gunakan untuk beliau terus menjadi PM.

Kalau hendak disenaraikan masalah negara, sudah pasti terlalu banyak. Abdullah boleh mengatakan jika keadaan sekarang politik dan ekonomi kurang stabil, beliau mempunyai hak untuk tidak meletak jawatan. Sebabnya biarlah proses peralihan kuasa berlaku dalam suasana yang aman dan tenang sepertimana ketika Mahathir beralih kuasa.

Jika Mahathir dahulupun yang pernah berulang kali berkata hendak meletak jawatan pun boleh ditunda pada saat-saat akhir, apa bezanya pula dengan Abdullah. Malah jika kita melihat sendiri pencapaian yang pada tahap membanggakan oleh beliau masih samar pada mata rakyat. Jika kita masih ingat puisi Damai Abadi, beliau masih belum menemui As-Syafie dan Al-Ghazali.

Nama pengganti beliau pun semakin lama semakin busuk akibat dosa-dosa lalu yang sentiasa mengigaui dirinya. Perampas kuasa Perak, Altantuya, kapal selam, Saiful Bukhari dan banyak lagi adalah cerita tidak enak di fahami dn didengari yang sering dikaitkan dengan penggantinya itu. Adakah semua ini tidak teradapat dalam fail peribadi setiap kabinet Abdullah? Ia adalah suatu yang mustahil.

Barangkali sudah tidak lama untuk Abdullah pula membuat kejutan dalam gelanggang politik Malaysia kini. Kejutan untuk mengatakan beliau masih seorang Perdana Menteri yang sah. Hakikatnya Abdullah masih belum terbatal. Kalau kita qias dengan wudhuk, Abdullah masih belum tersentuh benda yang membatalkan wudhuk atau 'melepaskan gas' atau pun sebagainya.

Rabu, 4 Mac 2009

Cuba Tengok, Sombong Tak Dia?

Setelah dua hari undian terhadap KJ samada dia seorang yang sombong atau tidak telah dijawab oleh semua pelayar yang mengunjungi blog ini. Terima kasih saya ucapkan. Kadang kala, bodoh sombong itu lebih teruk lagi daripada bersifat sombong. Kepada sesiapa yang terasa harap maaf dan ini hanyalah satu undian yang dilakukan secara rambang. Mungkin benar dan mungkin tidak. Jangan sombong ya, kerana KJ kata dia tak sombong.

Hikmat Di Bawah Pokok Tanda Kemenangan

Jangan risau kerana berada di bawah pokok! Kerana itu adalah tanda kemenangan kita. Ia tanda-tanda awal bagi mereka yang peka dan memahami falsafah berada di bawah pokok. Pokok adalah ciptaan Tuhan yang sentiasa bertasbih dan taat kepada ALLAH. FirmanNya:
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya) dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.
al-Hajj:18
Mengapa berada di bawah pokok merupakan tanda kemenangan? Ini kerana kita percaya dari kajian terhadap sejarah, kebanyakan negara atau sesuatu kerajaan itu gemilang bermula dari hanya sebuah pokok. Orang melayu ada mengibaratkan, jadilah kamu seperti pokok yang rendang, yang dapat memberi teduhan pada orang yang di bawahmu. Itulah falsafah sebenar di bawah pokok.

Petama, semasa zaman hayat Rasulullah S.A.W., sebuah perjanjian yang bernama perjanjian Hudaibiyah dimetri di bawah sebatang pokok bernama pokok Ridwan. Malah perjanjian itu juga dinamakan Baia'tur Ridwan dan Baia'tus Syajarah. FirmanNya:
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;
Al-Fath:18
Kedua, pada zaman dahulu mengikut sejarah , Parameswara telah menamakan Melaka sempena nama pokok yang ketika itu dia sedang berehat dan melihat perkara luar biasa berlaku iaitu pelanduk menendang anjingnnya. Anjing sepatutnya lebih ganas daripada pelanduk, tetapi apakan daya, anjing itu tidak berdaya melawan pelanduk yang senantiasa disifatkan sebagai haiwan yang bijak. Malang si anjing itu.

Pulau Pinang dan Ipoh pun namanya berasal dari pokok iaitu pokok Pinang dan pokok Ipoh. Seseungguhnya pokok itu banyak jasanya dan menjadi saksi bagi semua yang berlaku.

Ahli-ahli rohani, agamawan, pembawa ajaran Tauhid, pembangun agama-agama besar di dunia juga ramai yang memulakan kegiatan pencerahan rohani mereka di bawah pokok. Gautama Buddha bertapa, bertafakur di bawah pokok bodhi untuk mencari pencerahan jiwa dan penjernihan karma.

Diriwayatkan pada suatu malam, ketika Nabi Musa berjalan bersama isterinya di padang pasir dari Madyan ke Mesir, baginda ternampak pokok berapi di atas Bukit Thursina.-Harakah

Itulah sebenarnya perancangan ALLAH. Kita mulanya merancang untuk bermesyuarat di bangunan yang indah dan cantik, akan tetapi dari taqdir Illahi, kita ditempatkan olehNya di sebuah pokok. Pokok itu memberi mesej tersirat jika kita yakin bahawa sejarah akan berulang kembali. Hanya watak dan masanya sahaja berbeza, sedangkan jalan ceritanya adalah sama sahaja.

Teruskan membaca pasal pokok di sini.

Selasa, 3 Mac 2009

Imej Perihal Perak


Pintu masuk ke bangunan SUK tersebut ditutup dan dikawal ketat oleh kira-kira 100 anggota polis, mereka turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ -Harakah Apa yang dijangkakan sudah berlaku. Namun buat masa ini tiada lagi tangkapan dilakukan. Keadaan agak terkawal dan serius. Kita yakin, anggota polis terpaksa 'menurut perintah' sedangkan mereka tahu dan lebih faham apa yang telah berlaku itu adalah sebuah perjuangan rakyat dan bukannya jenayah.

Polis yang berpakaian preman bersarungkan bip adalah unit khas yang akan bertindak sebagai 'first line'. Mereka berpakaian preman supaya mudah untuk menyamar dan jika berlaku pergelutan atau dikejar oleh orang-ramai, dengan membuka bip akan menyebabkan mereka sukar dikesan. Polis berpreman ini atau SB lengkap bersenjata untuk pertahanan diri dan pada gambar itu juga kelihatan polis wanita.

Persidangan itu yang telah digangu-gugat terpaksa bersidang juga berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit. Kelihatan sebuah pokok (tidak diketahui nama apa) menjadi saksi buat seluruh generasi anak Malaysia, di sinilah tempat dan martabat rakyat hinaan BN. Tiga usul telah diluluskan. Pertama; usul percaya kepada Nizar, kedua; pembubaran DUN, ketiga; menggantung Zambry dan enam exco kerana menghina dewan.

Sokongan dari rakyat kira-kira semuanya dalam 300 orang tidak pernah mengalah. Mereka telah memberi kerjasama sebaiknya dan mendengar persidangan tersebut. Rakyat Perak sudah tidak mahu dicabul lagi oleh BN. Perak akan lebih genting sekali lagi jika DUN dibubarkan selepas perkenan sultan. Buat masa ini para pemimpin PR sedang bertemu Sultan Perak bagi memohon perkenan. Kita percaya hal ini tetap menjadi perhatian DYMM Agong.


Banyak berita boleh diperolehi dari wartamaya dan gambar-gambar di delcapo. Pada pagi tadi Malaysiakini mendapat hit yang terlalu banyak sehingga mengalami masalah pada server mereka. Ini menjadi bukti bahawa apa yang berlaku di Perak mendapat perhatian yang ramai luar dan dalam negara.

Bersidang Di Atas Padang?


Sudah baca notis di atas? Ini sesuatu yang dijangkakan. Menggunakan polis adalah jalan terakhir untuk memenuhi nafsu serakah BN. Kepada semua polis yang sedang berkawal di bangunan itu, Selamat menurut perintah! Wajib turut tanpa persoal dan orang melayu kata ikut membuta tuli. Ketua Polis Perak, boleh dipenjarakan selepas itu.

Isnin, 2 Mac 2009

Abdullah & Najib Usahlah Campur Tangan

Perkara yang tertakluk dalam urusan kerajaan negeri, seharusnya kerajaan perseketuan tidak perlu sibuk campur tangan. Masalah negeri Perak yang hendak bersidang atau tidak tiada kena mengena dengan kerajaan Persekutuan. Mereka bergerak berdasarkan undang-undang di negeri mereka dan tidak babtikan parlimen, Abdullah, dan Najib.

Perkara yang macam inilah hendak disibukkan oleh mereka. menambahkan pening rakyat atau mengusutkan lagi berkaitan undang-undang dan bidang kuasa. Lupakah mereka bagaimana kurang asamnya mnggulingkan kerajaan Perak dengan tiba-tiba sahaja.

Apabila Sivakumar mengeluarkan notis untuk bersidang, maka yang dibenarkan sahaja harus hadir dalam persidangan itu. Tambahan pula persidangan itu langsung tidak membabitkan Abdullah dan Najib. Akan tetapi Najib pula kata tak sah dan hari ini pula berita mengatakan Abdullah pula yang tidak sah. Eh, Zambry sah ke?

Banyak alasan yang mereka gunakan sedaya upaya untuk menggagalkan persidangan itu. Mulanya alasan kena tunggu keputusan mahkamah lah, perkenan sultan lah, dan banyak lagi. Tahukah mereka berdua, Malaysia adalah negara yang bergerak mengikut undang-undang yang adil dan tidak hanya mutlak oleh seorang raja atau sultan atau Abdullah atau Najib.

Andai Sivakumar itu boleh ditangkap oleh pihak berkuasa mereka, pastinya beliau sudah ditahan. Boleh jadi cara paling kotor untuk menyerang Pakatan Rakyat ialah cara yang biasa digunakan iaitu dengan serangan peribadi. Boleh jadi serangan pada keselamatan dan juga tekanan-tekanan yang hebat dikenakan kepada Sivakumar.

Kita menantikan tarikh persidangan itu esok. Pelbagai kemungkinan besar boleh berlaku esok. Samada Sivakumar dilarang oleh FRU untuk masuk ke dewan, atau pun Zambry dan exco yang dihalang. Jika kedua-dua usul yang mereka bincang mendapat majoriti seperti pembubaran DUN Perak, apakah SPRM akan berkerjasama untuk mengendalikan sebuah pilihanraya peringkat negeri.

Inilah gambaran apa yang bakal terjadi. dalam semua gambaran ini tidak ada kena mengena dengan Abdullah dan Najib. Biarlah demokrasi berjalan lancar tanpa ada campur tangan dan masalah yang remeh dan temeh. Ingat, semua yang berlaku di Perak ini adalah angkara BN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan