Follow je lah..


Sabtu, 7 Mac 2009

Tak Hairan Jika Abdullah Tak Letak Jawatan


Desas-desus sana sini. Kata orang tak kan bergoyang daun kalau angin tidak bertiup. Ini lah cerita Perdana Menteri kita yang kelima belum panas pun lagi kerusi untuk beliau duduk sudah diarah untuk bangun. Seolah orang dibawahnya semua mahu proses peralihan kuasa tetapi tahukah anda bahawa sekarang ini Pak Lah sudah pun bangun.

Maksud bangun ialah sudah tidak tidur lagi seperti sebelum-sebelum ini. Diam-diam besi berkarat, diam-diam ubi berisi. Maka diam-diam Pak Lah beliau masih lagi orang pertama dalam negara. Kadang-kala caranya agak cool dan tidak mahu nampak begitu mengasak. Ini strategi beliau untuk meneruskan kelangsungan dan mencatikkan rekod beliau bergelar seorang Mr.Clean.

Katanya, proses peralihan kuasa mengikut jadual. Jadual apa! Kita harus tahu dari pengalaman, kadang-kala kata beliau ini tidak semestinya bermaksud seperti yang tersurat. Boleh jadi menipu atau cakap pusing-pusing dan tiada siapa yang tahu. Dalam keadaan sekarang, banyak point yang boleh Abdullah gunakan untuk beliau terus menjadi PM.

Kalau hendak disenaraikan masalah negara, sudah pasti terlalu banyak. Abdullah boleh mengatakan jika keadaan sekarang politik dan ekonomi kurang stabil, beliau mempunyai hak untuk tidak meletak jawatan. Sebabnya biarlah proses peralihan kuasa berlaku dalam suasana yang aman dan tenang sepertimana ketika Mahathir beralih kuasa.

Jika Mahathir dahulupun yang pernah berulang kali berkata hendak meletak jawatan pun boleh ditunda pada saat-saat akhir, apa bezanya pula dengan Abdullah. Malah jika kita melihat sendiri pencapaian yang pada tahap membanggakan oleh beliau masih samar pada mata rakyat. Jika kita masih ingat puisi Damai Abadi, beliau masih belum menemui As-Syafie dan Al-Ghazali.

Nama pengganti beliau pun semakin lama semakin busuk akibat dosa-dosa lalu yang sentiasa mengigaui dirinya. Perampas kuasa Perak, Altantuya, kapal selam, Saiful Bukhari dan banyak lagi adalah cerita tidak enak di fahami dn didengari yang sering dikaitkan dengan penggantinya itu. Adakah semua ini tidak teradapat dalam fail peribadi setiap kabinet Abdullah? Ia adalah suatu yang mustahil.

Barangkali sudah tidak lama untuk Abdullah pula membuat kejutan dalam gelanggang politik Malaysia kini. Kejutan untuk mengatakan beliau masih seorang Perdana Menteri yang sah. Hakikatnya Abdullah masih belum terbatal. Kalau kita qias dengan wudhuk, Abdullah masih belum tersentuh benda yang membatalkan wudhuk atau 'melepaskan gas' atau pun sebagainya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan