Follow je lah..

Sabtu, 1 Ogos 2009

Tak Kan Ampun Dosa Polis


Alhamdulillah, segala yang dirancang untuk menggegarkan ibu kota siang tadi benar-benar terjadi. Dan apa jua kemungkinan yang berlaku, telah pun berlaku sehingga kita di'seksa' sebegitu rupa demi sebuah perjuangan rakyat.

Sokongan padu rakyat akan terus mengalir dalam darah bersama memansuhkan ISA. ISA umpama Guantanamo sekalipun apa pindaan 'murni' yang mahu BN laksanakan. Tangkapan yang dilakukan, tangan yang tergari, pasti satu hari akan memusnahkan kezaliman yang mereka lakukan, dengan izin ALLAH.

Gas pemedih mata seolah menjadi buah tenis bagi permainan 'chopper'. Polis yang melontarkan peluru itu disambut oleh rakyat yang tidak takut dan gerun pada senjata itu. Lantas membaling sekuat hati kepada polis yang sedang membelenggu mereka.

Di satu sudut, beberapa pemimpin kanan Pakatan ditangkap mereka. Pasti malam ini tidur di lokap bersesak-sesak. Manakala Dr.Hatta Ramli dikasari sehingga baju terkoyak. Demi perjuangan, itulah risikonya dan risiko itu adalah makanan bagi kita.

Jumaat, 31 Julai 2009

Pergi Di Kala Subuh

Jika anda berfikir tulisan ini adalah untuk pergi berdemo esok pada waktu subuh, anda tersilap. Ia sebenarnya adalah sebuah perjalanan pergi tak kembali seorang hamba Allah yang menyerah segala jiwa dan hartanya ke jalan perjuangan.

Datuk Mohd Hamdan, Adun Permatang Pasir telah menghembuskan nafas terkahirnya pada subuh yang hening tadi di hari Jumaat yang mulia. Itu adalah satu anugerah Husnul Khatimah. Sheikh Ahmad Yassin meninggal pada waktu subuh juga. Hari Jumaat pula penghulu segala hari akan menjadi saksi di atas kematiannya.

Pemergiaannya tidak akan berganti dengan jasad yang sama. Tetapi perjuangannya haruslah sama. PAS sekali lagi akan duduk semeja memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan jawatan itu. Majoriti PAS sebelum ini adalah selesa, namun harus diingat pengajaran di Manek Urai menunjukkan kemerosotan.

Apapun, DUN yang dibawah Parlimen Permatang Pauh bukan calang-calang kerana Anwar ada di situ. Itu tamparan hebat. Siapa selayaknya dari kalangan BN untuk bertanding nanti adalah cabaran besar juga.

BN tidak mahu dilihat sebagai pasukan belasahan apabila setakat ini sentiasa kalah dalam pilihanraya kecil. Isu terbaru berkaitan demostrasi anti ISA adalah seumpama peluru berpandu yang akan memusnahkan BN. Mulai sekarang, apa jua kontrovesi yang bakal mereka adakan, boleh memakan tuan balik.

Bersama kita berdoa agar roh Mohd Hamdan Abd Rahman bersama dengan burung-burung hijau yang berterbangan di dalam syurga. Amin.

Rabu, 29 Julai 2009

1 Ogos Yang Berbaloi-Baloi


Bermulanya Ogos dengan satu peristiwa yang sekali lagi akan mencatatkan sejarah negara. Barangkali 20 dan 30 tahun, peristiwa ini akan dimasukkan ke dalam buku teks sejarah anak-anak kita. Sejarah mengenai perjuangan rakyat untuk memansuhkan akta zalim, ISA.

Akta zaman British ini adalah satu bentuk kezaliman yang hari ini cuba dihiaskan menjadi 'cantik' dan bersih. Tetapi rakyat terutama mereka yang menjadi mangsanya cukup tertekan dan mahukan restu kerajaan agar mereka dibebaskan. Jika bersalah, masuk kan ke dalam landasan keadilan yang benar agar tiada sesiapa dizalimi.

Maka rakyat yang diistilahkan sebagai anti-ISA akan berhimpun beberapa tempat di KL. Demostrasi besar-besaran ini seumpama demostrasi PPSMI sebelum ini. Dengan menggunakan formula yang sama, harapnya kerajaan akan mendengar suara rakyat yang tidak mahukan ISA lagi seperti mana PPSMI telah dimansuh.

Disebalik itu, wujud pula beberapa kerat pro-ISA yang sengaja ingin turun sama memanaskan suasana. Mereka akan berkumpul di sekirat KL dan berdemo untuk menyuarakan sokongan mereka pada ISA. Dipercayai golongan ini membujur lalu dan melintang patah, dan bukan calang-calang juga.

Maka pihak Polis adalah pihak yang ketiga. Mereka diantara kedua-dua gerombolan itu. Ujarnya kawalan sangat ketat akan disaksikan. Dua hari sebelum malah lebih dari itu, polis akan menempangkan perancangan ini. Menjadi tradisi untuk menurunkan barisan FRU bagi menghentikan gelombang besar ini dengan apa cara sekalipun termasuk kekerasan jika perlu.

Pasti 1 Ogos ini berbaloi-baloi juga. Ini kerana pada malam itu pula anda boleh ke Kelab Equestrian Bukit Kiara berehat menyaksikan Konsert Awan Biru dari kumpulan Search.

Harapnya BN seperti awan biru itu, yang hanya datang sementara dan akan beredar ke tempat lain. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, bukannya awan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan