Follow je lah..

Selasa, 10 Jun 2008

Tahi-tahi Universiti


Gejala universiti menjadi kambinghitam orang politik memang sudah diperkatakan. Daripada pembantu am sehinggalah kepada kepimpinan pentadbiran universiti bersentimenkan senario politik negara. Mahasiswa apatah pula.

Tidak dinafikan wujud usaha 'menyelamatkan' universiti oleh UMNO. Cerita mahasiswa yang telah dihidang dengan menu aturcara ala UMNO mungkin tiada kesudahan dicapai. Selagi mana kepimpinan universiti tidak jujur atas nama 'universiti' sebagai sebuah gudang ilmu ataupun menara gading, maka kelam kian bertambah.

Hakikatnya universiti adalah teras akademik. Tidak dinafikan juga universiti berhak memberi pandangan atau kritikan pada dasar negara. Hanya ada segelintir pak menteri dan pak bekas menteri yang berlatar politik berkecimpung untuk mentadbir dunia akademik.

Isu Sanusi Junid dipecat adalah antara karektornya. Ujar beliau beliau dipecat atas sebab yang tidak munasabah. Dolah menjadi suspek beliau mengapa dipecat. Maka kementerian menafikannya. Suka atau tidak, Sanusi perlu tahu, itulah resam politik UMNO. Teringat kata YB BN satu waktu dahulu "You tak suka, you get out!".

Keharmonian dan keilmuwan sentiasa dicalar oleh manusia yang seperti ini (bukan bermaksud Sanusi). Manusia yang porak perandakan universiti kerana sentimen politik. Dengan konsep sempit iaitu 'universiti kerajaan mesti sokong kerajaan' membantut perkembangan keintelektualan dari dalam universiti. Maruah universiti seolah ditelapak kaki.

Keilmuwan yang sentiasa berpanjikan kebenaran menjadi agenda utama universiti. Universiti bukanlah dipegang oleh pencatur-pencatur politik atau badutnya, tetapi universiti mesti dipimpin oleh mereka yang profesional dalam keilmuwan. Mereka yang pakar lagi arif dalam bidang ilmu dan benar-benar ikhlas menyunjung ilmu itulah yang harus diketengahkan menjadi nakhoda universiti-universiti.

Universiti tempatan, kembalilah ke landasan keintelektualan. Di sini kota yang kaya ilmu lagi kota yang mulia.

1 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

Saudara kena igt! kita ini di Malaysia negara senjata Api! haha! :P Ayuh esok ramai2 ke KLCC!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan