Follow je lah..

Rabu, 11 Jun 2008

Menikmati Air Percuma


Selangor pada bulan ini akan menikmati air percuma seperti yang dijanjikan. Inilah konsep kebajikan yang sukar untuk didapati. Secara logiknya, air yang merupakan perkara asas, mestilah dibekalkan kepada semua tanpa mengira kaum atau darjat. Ia seumpama anak, bapa hendaklah memastikan pakaian diberikan kepada anaknya dengan terbaik sekali.

Air dicincang tidak akan putus. Sebuah perumpamaan berkaitan hebatnya air ini. Malah semuanya dicipta dari air seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Biar tidak dapat makan, tapi jangan takdapat air. Maka tanggungjawab siapakah yang mebekalkan air kepada rakyat? Jawapannya ialah kerajaan Selangor.

Percuma hanya pada beberapa isipadu juga. Jika kegunaan air lebih banyak dari itu, bayaran tinggi akan dikenakan. Demikianlah konsep mengajar cara berjimat cermat. Mudah-mudahan rakyat Selangor berjimat cermat dalam segala aspek.

Mungkin ada negeri lain yang rasa iri hati dengan kemudahan seperti ini. Sepatutnya perkara ini tidak perlu dipauti rasa cemburu kerana ia adalah soal tanggungjawab. Sekiranya Pakatan Rakyat menjamin kebajikan, mengapa tidak harus diberi peluang mereka untuk mentadbir negara pula.

Jika janji Selangor untuk memberi air percuma telah dirialisasikan, janji Pakatan Rakyat peringkat pusat adalah untuk menurnkan harga minyak. Percaya atau tidak percaya hal ini, Anwar serius dalam memperkatakannya.

Semoga rakyat Selangor hidup bersih dan sihat serta berjimat lebih-lebih lagi tatkala ini. Masalah air hampir selesai di Selangor, kini menanti masalah lain pula. Dengan pelbagai ujian ini mudah-mudahan MB Selangor bijak dan tidak tersalah langkah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan