Follow je lah..

Khamis, 26 Jun 2008

Kita Sudah Dihukum

Melihat semula corak sosio ekonomi rakyat Malaysia secara umum sekarang, keadaan tidak memberangsangkan. Keadaan parah ini banyak dilihat selepas PRU-12. Janji-janji manis BN bagaikan sudah bertukar menjadi kelat.

Keputusan BN yang menang dalam pilihanraya tidaklah memuaskan dan ini tidak dapat dinafikan hatta presidennya sendiri. Gelombang biru sudah hilang kuasanya dan tidak berdaya melawan gelombang dari pembangkang. Wang pelaburan BN untuk menang besar dalam pilihanraya seperti yang diangan-angankan berkecai dan sia-sia. Kata mereka juga, BN sudah dikhianati.

Luka kekalahan BN masih tidak terubat lagi. Rasa tidak puas hati dari pencapaian buruk masih membuak-buak. Rasa tidak puas hati itu hendak sahaja rasanya dibebankan kepada rakyat kerana rakyatlah yang sudah tiada citarasa lagi kepada BN.

Sebabnya rakyat tidak mengundi BN, dan BN telah hilang lima negeri. Lagi-lagi di Kelantan, wang tambang pulang untuk pengundi mengundi di negeri tersebut tajaan BN membawa kehampaan kepada BN akhirnya. BN lagi teruk kalahnya di Kelantan berbanding PRU sebelumnya. Rakyat tidak mengenang budilah kiranya.

Maka rakyat perlu diajar dan dihukum. Kekalahan BN bukanlah percuma dan harus dibayar. Natijahnya rakyat perlu membayar dengan harga minyak yang mahal. Rakyat harus terima hukuman ini. Ini salah rakyat yang menyebabkan BN kalah.

Selain itu, harga beras yang naik juga adalah satu bentuk 'punishment' . Rata-rata keperluan asas rakyat telah dibebankan kerana kekalahan BN. Lebih memeritkan lagi, ketika rakyat sedang terbeban dengan masalah duit, gaji CEO TNB dikali gandakan 100%. Ini tidak sensisitif kepada rakyat namanya. Selain itu, program RM 1juta untuk satu emas di sukan Olimpik juga tidak sensitif pada situasi rakyat.

Projek rakyat terus tergendala selepas ini. Contohnya dua projek mega RMK-9 di Pulau Pinang yang dihentikan menjadi bayaran kepada kekalahan BN. Di tambah lagi dengan itu, projek hidroelektrik Bakun sedang terencat. Kerencatan ini kerana Sime Darby Bhd. sudah tawar hati kepada projek itu. Supaya kerajaan tidak rugi berbilion-bilion ringgit, mahu sahaja diserahkan projek itu kepada sekutu rapat kerajaan, TNB.

Dalam diam, rakyat dihentak kepalanya dan dilaga-laga. Ada ubi ada batas, sebab kalah kau kena balas. 'Barulah kau tahu...Padan muka kau" kata mereka dengan gembira. Rakyat bertambah-tambah geram!

Rabu, 25 Jun 2008

Rosmah: Perempuan, Isteri & ...

Rosmah kini sedang dihantui badi gadis jelita Altantuya. Mahu tidaknya apabila Raja Petra yang pernah ditahan sebelum ini oleh polis sekali lagi mendedahkan perkaitan Rosmah dan Altantuya. Katanya, Rosmah ada di tempat pembunuhan Altantuya.

Menurut Najib (bukan dari polis) bahawa isterinya itu telahpun memberi keterangan kepada pihak polis. Najib dan Abdullah pula menafikan dakwaan Raja Petra. Walaupun begitu, dakwaan Raja Petra dari kenyataan bersumpah bukanlah omongan kosong atau layak dibuat 'sampah' seperti kata Najib.

Dalam akuan itu, Raja Petra menyatakan Rosmah ialah Norhayati. Siapapun Rosmah selepas ini, Rosmah sudah terperangkap dengan pertarungan catur antara Najib dan Raja Petra. Memandangkan hal ini adalah masih lagi dalam perbicaraan mahkamah, mengapa pula Najib dan Abdullah boleh menafikan dakwaan Raja Petra sebegitu awal sebelum mahkamah memutuskannya.

Sebagai Perdana Menteri, sebahagian maklumat-malumat yang dikategorikan sebagai rahsia tertinggi menjadi kewajipan bagi Abdullah untuk melindungi. Ini termasuklah seperti maklumat perisikan tentera berhubung pembunuhan Altantuya ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika Abdullah tetap menafikan daripada menerima laporan perisikan tentera berhubung kes ini.

Semasa itu juga, Najib mengalihkan isu isterinya ini kepada isu memburukkan imej politik beliau. Tujuannya adalah untuk mengalih perhatian rakyat dan membayangkan hal ini adalah rentetan politik masa kini. Taktik (tukar isu) Najib ini adalah biasa dilakukan demi mengekalkan kesucian mereka. Kes pembunuhan bukanlah kes politik, tetapi ini adalah kes jenayah.

Sekarang, siapakah pembunuh Altantuya sedang dalam penyiasatan. Mereka yang terlibat dan bersubahat seeorang demi seorang didedahkan. Jika benar dakwaan Raja Petra, Najib tidak perlu melatah untuk menafikannya sebaliknya menyerahkan hal ini kepada mahkamah. Rosmah ialah perempuan, isteri dan ...

Selasa, 24 Jun 2008

Mari Kita Berbasikal

Dari kiri (belakang), Tian Chua, N.Gobalakrsihnan, Zulkifli Nordin, dan Hee Loy Siang. Mereka berbasikal ke Parlimen memandangkan kenaikan harga minyak yang tinggi. Kesemua mereka juga adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak mungkin dilihat pada Ahli Parlimen Barisan Nasional. Kita puji semangat mereka kita yakin ketulusan mereka dalam membela rakyat.

Isnin, 23 Jun 2008

Politik Sempit Si Rahman Palil

"Buat apa kita (Kerajaan Persekutuan) bagi RM 18000000 kalau ada segelintir dari guru KAFA yang sepatutnya ajar lain, tapi dia ajar lain."-Rahman Palil, ketua UMNO bahagian Kapar, Selangor.

Tidak dinafikan sekolah KAFA (sekolah agama) telah memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan dan memenuhi kewajipan perintah Tuhan. Dengan adanya sekolah agama seperti ini, anak-anak dapat diberikan pendedahan ilmu-ilmu Islam dengan lebih mendalam. Pengetahuan yang dipelajari ini menjadi aset tambahan bagi melengkapkan lagi subjek Pendidikan Islam di sekolah kerajaan. Contohnya, sekolah agama mengajar ilmu bahasa Arab sedangkan sekolah kerajaan tidak.

Tidak akan berjayanya sekolah ini jika tidak digarab segala usaha tenaga manusia. Ini termasuklah guru-guru yang dikenali para ustaz dan ustazah. Bagi mereka, tugas memikul jawatan guru agama bukan hanya menyampaikan silibus subjek, tetapi adalah sebagai penyuluh kepada jalan yang lurus.

Mengapa tiba-tiba insan bernama Rahman Palil begitu ber'musuh' dengan mereka yang mengajarkan ilmu agama? Beliau tergerak hati mencadangkan pemotongan peruntukan RM 18 juta untuk sekolah agama. Alasan beliau adalah langsung tidak masuk akal. Pastinya guru-guru sekolah agama ini amat komited dan amanah kepada tugas menyampaikan ilmu ALLAH dan bukan ajaran songsang ataupun ajaran syirik!

Jika benar apa yang dikatakannya, guru agama ajar lain, mengapa peruntukan pula harus ditarik balik. Kita masih mempunyai banyak cara yang lebih berhemah daripada cadangan beliau itu. Sekiranya cadangan beliau yang sebegitu diterima, ilmu agama anak-anak terbantut.

Beliau lebih suka melihat anak-anak yang belajar menempah kesusahan dan kejahilan akibat cadangannya. Dengan terputusnya peruntukan kepada sekolah KAFA, ini bermkana sekolah agama akan usang dan pelajar akan berkurang . Natijahnya, ilmu Islam itu terpadam.

Jelas kepada beliau, cadangan ini lebih kepada motif politik sempitnya. Kerana nyamuk, kelambu dibakar. Jika politik sempit ini terus bersawang di setiap kepala para pemimpin, hancurlah perpaduan dan menanglah kezaliman. Politik sempit ini senang ditafsirkan seperti; kalau u tak sokong kerajaan, u get out!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan