Follow je lah..

Khamis, 1 Januari 2009

Mensampahkan Masyarakat


Sambutan tahun baru pada setiap tahun tidak lebih hanyalah satu manifestasi kegembiraan yang bersifat sementara sahaja. Keseronokan dan ke'gila'an pada malam sambutan itu adalah satu perkerjaan yang sia-sia seumpama membuat sampah.

Sampah itu tiada nilai dan harga. Sesiapa pun tidak mahu hidup dalam gelumang kekotoran dan kejelikan. Sambutan di Dataran Merdeka dan di mana sahaja semata-mata menunggu detik 12 malam adalah kerja yang sia-sia lagi tiada faedah. Malah dalam Islam, kita tidak dipernah diajar mengira detik masa untuk meraikan sesuatu. Tidak lain ajaran menyambut tahun baru ini hanya satu pengaruh dari barat.

Jika menteliti sejarah sepanjang tahun 2008, betapa banyak kesukaran dan kesedihan yang tersusun buat kita. Ini termasuklah dalam perkara antarabangsa, politik, dan kekeluargaan. Sedar atau tidak sedar kita saksikan bahawa nyawa umat Islam di Palestin menjadi 'hidangan' tahun baru bagi tentera Israel Laknatullah. Mereka membunuh hampir 400 nyawa saudara kita tanpa peri kemanusiaan. Akhirnya kita bergembira menyambut labuhnya tirai tahun 2008.

Inilah masalahnya apabila mentaliti rakyat telah diset oleh mereka yang berkuasa. Kerajaan menhalalkan sambutan ini yang jelas tidak menambahkan pun 'modal insan ala Abdullah' itu. Ketika dunia sedang gawat, mereka yang hadir pada sambutan itu gawat dengan bising dan percampuran bebas. Di sini membakar mercun yang berharga ribuan ringgit, tetapi kita lupa di sana ada insan yang hidup papa dan serba kekurangan.

Banyak peringatan Tuhan telah beri kepada kita. Kita hanya berasa insaf dua tiga hari sahaja selepas sesuatu bala itu turun dan kelak kita lupa semula. Selagi tidak nampak malaikat maut di hadapan kita selagi itulah tidak akan timbul rasa benar-benar insaf pada diri kita. Adapun jua sambutan ini sebenarnya ingin menutup kelemahan mereka semasa mentadbir negara.

Isnin, 29 Disember 2008

Salam Awal Muharam

Salam Maal Hijrah kepada semua. Alhamdulillah masih lagi kita dapat menghela nafas pada tahun yang baru ini. Pastinya tahun ini seribu satu cabaran sedang menanti hari demi hari. Sebagai seorang insan, cabaran adalah asam garam kehidupan yang membuatkan kita lebih bersedia untuk masa-masa akan datang.

Dalam kehidupan kita hanya ada tiga masa. Pertamanya masa yang lalu, seterusnya masa sekarang , dan masa akan datang. Masa yang lalu kita sudah tidak dapat kembali yang hanya milik kita ialah masa sekarang. Manakala masa yang akan datang belum pasti kita miliki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan