Follow je lah..

Sabtu, 23 Mei 2009

Pastikan Yang Halal, Bukan 'Halam'


Sifir mudah:

Haram+Halal= Halam

'Halam' itu kira maknanya kejap haram kejap halal. Contoh biasanya pakaian peramugari MAS yang belah pada kainnya, bila berjalan, terselak, jadi haram dan bila rapat, jadi halal. Apa-apa aje.

Sekarang ni kau jangan main-main nak cakap Zambry Mamak tu MB Haram. Silap hari bulan kau dah menghina mahkamah rayuan. Rakyat barulah faham, dalam undang-undang kalau dah jatuh penghakiman, boleh merayu lagi dan mahkamah rayuan lagi power dari mahkamah tinggi.

Masa zaman kampus, rayuan peperiksaan boleh dilakukan oleh seorang pelajarsekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan diperolehi. Namun, harapan untuk menaikkan gred dari rayuan itu terlalu tipis. Ini kerana, semasa penyemakan kertas dilakukan, semua jawapan telah dihalusi dan dipastikan betul atau salahnya dan ini juga mencabar kredebiliti pensyarah yang menyemak kertas terbabit.

OK2, kita lihat sendiri di Perak, Zambry dahulu haram sudah pun halal. Logo halal sudah terpakai padanya seperti satu lencana. Lencana ini sangat besar kuasanya. Boleh jadi bubar DUN tidak akan berlaku kerana untuk bubar DUN ia adalah dari nasihat seorang MB tersebut.

Agenda 'Mohon Restu Rakyat' dengan muka tak tahu malu akan digiatkan. Buat sahaja muka gembira dan ceria kita pakai logo halal! Pastikan yang halal.

Khamis, 21 Mei 2009

Gantung: Khir bin Toyo Pertikai

Dun Selangor pun meletup. Meletup setelah ada beberapa ADUN BN digantung. Khir jawab di blog dia, dan di bawah adalah respon tersendiri kepada hujahnya itu:

Point 1: Mereka menyatakan di mana kebebasan bersuara. Namun baru kini mereka faham, apa itu kebebasan bersuara. Tahu takpa.

Point 2: Setahun Khir digantung, nampaknya kuranglah duit dia pada tahun ini. Nanti nak raya pun kena berjimat cermat, kalau baju lama boleh pakai, pakailah. Beliau yang tidak hadir pendengaran tersebut adalah dengan membari alasan yang tidak kukuh. Alasannya sama macam Najib, pendengaran itu adalah beranggapan ia permainan politik pembangkang.

Kalau tak reti main politik, tak payah la masuk politik.

Point 3: Jika benar Khir tidak membuat salah dalam lawatan yang beliau lakukan, sila cabar kes ke mahkamah.

Point4: Khir Toyo pasti sedar, bagaimana BN tergamak mengheret seorang Speaker DUN yang sah di Perak seperti seorang penjenayah. Khir dan rakan harus terima keputusan ini dengan hati terbuka.

Point 5: Menghormati Speaker dan DUN bukan hanya dikira dengan menghadiri "perbicaraan" sahaja, tetapi menerima keputusan Speaker.

Point 6: Sekurang-kurangnya YB Teng adalah anak jantan kerana memilih hukuman gantung. Tidak seperti mereka yang digantung mandatori!

Point 7: Rakyat sudah lama menilai. Rakyat sudah tolak BN dari Selangor. Masih tidak nampak?

Point 8: Go head! Undang-undang untuk semua.

Point 9: Kalau penat leh lepak. Tapi kalau hang pa salah, nak tak nak mesti heret ke muka pengadilan. Penat, belakang cerita.

Selasa, 19 Mei 2009

BN Kibar Bendera Putih


Penakut!

Macam mana UMNO boleh tak bertanding di Penanti? Apa, 'mengalah tak bererti kalah' ke?

Tak perlulah nak mengalah kerana BN dan UMNO memang sudah kalah dari semua sudut termasuklah sudut moral. Apa ingat tukar PM Abdullah kepada Najib boleh setel masalah, kirim salam sahajalah.

Kalau Abdullah pun berani lah juga pergi bertanding walaupun tahu akan kalah. Siap lawan Anwar Ibrahim lagi. Ini di Penanti ialah baru bekas setiausaha Anwar, BN yang diterajui Najib dah awal-awal angkat bendera putih.

Mana pergi puak-puak UMNO yang konon lantang sangat? Suarakanlah kebaculan pucuk pimpinan anda itu.

Dah lama rakyat tunggu adakah BN akan bertanding di Penanti. Hari demi hari, BN fikir punya fikir, akhirnya tidak mahu bertanding. Aduhai! Bagi alasan baik punya taknak betanding. Lu punya suka la!

Dengar kata ada calon bebas akan bertanding. Kalau takdalah calon bebas ni, dah PKR menang tanpa bertanding. Tetapi soal demokrasi tak berbangkit soal membazir duit rakyat. Demokrasi datang dari suara rakyat yang inginkan sesuatu terbaik.

Ahad, 17 Mei 2009

H1N1-Meningitis-Leptospirosis : Rangkaian Maut

Dalam entri sebelum ini bertajuk Andai Selsema Babi Tiba Di Malaysia, mendapat hit yang tertinggi. Sekarang, selsema babi ini ataupun nama yang Kementerian Kesihatan suruh kita pakai iaitu Influenza A(H1N1) telah pun sampai ke negara kita. Kawalan ketat yang dilakukan sebelum ini, akhirnya bolos jua, gawat dan menggusarkan rakyat.

Penyakit yang dipercayai berjangkit adalah suatu masalah yang sukar dibendung. Senjata canggih dan sistem teknologi hebat mana pun tidak mampu melawan serangan virus ataupun bakteria. Dari seorang kepada seorang, jangkitan berlaku dan boleh mencecah ratusan orang pula.

Suspek yang dipercayai ada kemungkinan terkena penyakit meningkat. Berita terbaru, seluruh penumpang dan krew kabin sebuah pesawat kapal terbang domestik menerima nasib tersebut. Sekalipun jika mereka tidak terkena jangkitan itu, mereka mengalami tekanan dan trauma bukan sahaja kepada mereka tetapi termasuklah orang-orang yang terdekat. Jika hendak dikuarantinkan ratusan orang di hospital, apakah kementerian mampu menampung bebanan tersebut?

Ketakutan rakyat kepada virus selsema babi masih belum reda, penyakit lain ada sedia menanti sesiapa sahaja. Kes meningitis yang berlaku beberapa hari lepas telah meragut satu nyawa. Hal demikian adalah satu petanda awal amaran kesihatan yang mungkin akan berlarutan.

Bakteria leptospirosis adalah satu ancaman penyakit juga yang sedang ada di negara kita. Setakat ini ia telah mengorbankan seorang warga Myanmar yang mana mereka berada di negara kita. 38 orang yang lain pula telah ditahan di hospital untuk rawatan dan siasatan lanjut.

Kita sekarang diserang dari pelbagai sudut dalam hal ini. Bakteria dan virus adalah semacam bala yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar dan membahayakan. Kerajaan harus sedar dan melahirkan kerisauan kepada rakyat untuk lebih berhati-hati. Sikap leka dan anggapan kita berada di 'zon selamat' boleh mendatangkan risiko. Namun, apakah penyelesaiannya...

Teruskan penjualan arak dan arak 'halal'.
Biar muda-mudi terus mengabaikan solat lima waktu.
Luluskan konsert-konset bersama artis kesayangan ramai itu.
Badan-badan Ulama' dan Para Mufti terus senyap dari mengerjakan nahi mungkar.

Itulah penyelesaian yang ada jika bukan:

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merubah mereka menjadi kera atau babi". -Riwayat: H.R. Ibnu Majah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan