Follow je lah..


Sabtu, 29 Ogos 2009

FRU Gagal Sembur Kepala Lembu


Dendam masih berdarah. Dendam beberapa puak tertentu di dalam negeri Selangor umpama api yang memakan bara. Penuh kebencian dan hasad dengki yang sangat menebal. Mereka ialah di kalangan anti Pakatan Rakyat.

Biar sekecil mana isu itu, akan diapi-apikan keseluruh telinga rakyat. Menekan kepimpinan PR Selangor tanpa rasa insaf dan tanggungjawab. Hatta di bulan Ramadhan ini sekalipun, tindakan biadap menghina agama lain dan mencetus provokasi adalah suatu kesalahan yang mesti diajar.

Malah mereka sanggup memainkan kalimah 'Takbir' kepada 'Take beer' dan lagi terdesak, menghina dan menzahirkan lagi kedunguan mereka di mata masyarakat yang kini telah celik menafsir politik. Bertopengkan songkok, kopiah, dan kalimah "ALLAHUAKBAR", ini semua adalah satu propaganda untuk memberi tanggapan buruk kepada Islam dan PAS.

Sejak dari dulu lagi, isu babi, isu lembu, semuanya perkara yang pendek akal untuk mereka berkumpul dan berdemo. Mengapa tidak membantah istana Khir Toyo yang tersergam indah sedangkan mereka hidup duduk dalam berhimpit anak bini? Inilah satu permainan politik yang sahaja diatur sehinggalah PR tumbang di negeri Selangor.

Kita harus sedar, ketua UMNO di negeri Selangor sekarang siapa lagi kalau bukan Najib. Nampaknya ada satu agenda tersembunyi untuk dia 'memegang' negeri tersebut.

Kalau perhimpunan seperti ini, yang membawa kepala lembu, satu kepala FRU pun tidak nampak. Tidak seperti apa yang berlaku pada hari Sabtu tempoh hari sebagaimana kita tahu jalan ditutup, dan rakyat ditahan. Maklumlah, akta pencegahan...

Kepada yang memainkan kepala lembu siang tadi, ingatlah bahawa lembu itu makhluk ALLAH sama seperti mereka. Setiap makhluk yang dizalimi, doanya maqbul oleh ALLAH. Tunggulah nanti, anak cucu kau lahir berkepala lembu (kenan) kalau tidak bertaubat.

Selasa, 25 Ogos 2009

BN Mahukan Simpati


Sudah habis senjata, mahu kibar bendera putih, tapi tidak mahu. Hanya mahu mengharapkan secebis simpati dari pengundi Permatang Pasir. Nak simpati ke pada golongan macam ini?

Zahid kata mahu kasi BN menang supaya kita dapat bagi hadiah kepada PM dan TPM. Kalau menang, depa ada bagi Zahid hadiah jugak kan? (Hehehe..) Simpatilah kepada mereka, yang hanya baru menang di Batang Ai, Sarawak sahaja sepanjang pilihanraya kecil.

Mereka mahu kita simpati kepada calon BN di Permatang Pasir, Rohaizat. Kesianla kat dia asik kena tuduh dan fitnah. Simpati k...

Cara ini adalah cara terakhir pihak BN apabila sudah suntuk masa mencari helah kepada isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Kalau di Perak dahulu, di Bukit Gantang, pendekatan mereka ialah 'BN Mohon Restu Rakyat'..nak tegelak pun ada.

Siapa nak simpati kepada mereka yang tidak layak untuk disimpati. Malah rakyatlah sebenarnya layak menerima simpati daripada pemimpin BN dari apa yang terah mereka lakukan kepada rakyat. Ramai rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan adakah mereka mendalami kesusahan rakyat ini?

Kita simpati BN dengan pangkah PAS di kertas undi. Mudah-mudahan parti ini akan hilang kepercayaan dan bubar pada akhirnya. Selamat tinggal BN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan