Kes menentukan siapa MB Perak yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Secara langsung ia menolak nafsu Zambry yang mahu beliau diisytihar sebagai MB yang sah. Dalam erti kata lain, kalau Zambry ini bukan MB Haram, dia ialah MB Syubhah.
Jika dalam Islam sekalipun kita dinasihat meninggalkan perkara yang syubhah dan apatah lagi benda yang jelas haramnya. Berlaku konflik MB di sini sangat mencelarukan namun ia terkandung sebuah cerita yang tersirat.
Jika mahkamah berpaksi kepada kebenaran dan keadilan, tidak mungkin Pakatan Rakyat akan kalah dalam perbicaraan ini. Sudah terang lagi bersuluh hatta rakyat kebiasaan pun boleh menilai dan memberi pandangan mengenai siapa yang MB Perak sebenarnya. Apapun, keputusan mahkamah untuk meneruskan perbicaraan di sambut baik. Semoga negara kita terselamat dari kezaliman.
Modal Zambry itulah, dia mendapat perkenan Sultan Perak. Kita tidak tahu apa yang mereka bincang dan bagaimana Tuanku Sultan sebagai berada di 'atas' politik untuk membuat pertimbangan memberi perkenan kepadanya. Sultan, sebuah institusi yang tertinggi di Malaysia amatlah bijak dan tidak sesekali berfikiran pendek.
Perbicaraan yang akan berlangsung ini akan berlalu hari demi hari. Tuanku Sultan Perak sebagai bekas Ketua Hakim Negara amatlah mahir dalam apa sahaja yang dibicarakan dan susur galur perbicaraan ini. Kita yakin kebenaran akan terbukti dan terserlah kebijaksanaan Tuanku nanti.
Nizar ialah MB yang sah, mendapat mandat rakyat. Maka terserlah siapa yang haram dan siapa yang membuat onar selepas itu. Biar satu negara tahu bahawa BN adalah parti yang cukup tidak profesional dalam politik akibat kemelut ciptaan tangan-tangan mereka sendiri. Di sinilah kebijaksanaan Tuanku Sultan untuk membezakan antara yang haq dan batil.
Ingatlah titah Sultan kepada Nizar,
"Bersabarlah, sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar".
Daulat Tuanku!
3 ulasan:
Dari awal lagi telah aku perhatikan bahawa ada yang tersurat dan tersirat akan keputusan Tuanku Sultan. Setidak-tidaknya Tuanku Sultan telah dapat mencelikkan rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya akan 3 cabang teras demokrasi yang menjadi ikutan selama ini, rakyat telah semakin jelas dengan isu perlembagaan dan undang tubuh negeri, rakyat telah semakin jelas tentang pengasingan kuasa dan atas dasar kejelasan tersebut maka rakyat telah semakin jelas akan yang haq dan yang bathil. Tanpa perkenan Tuanku Sultan, nescaya rakyat masih samar dan akan terus diperlembukan oleh penguasa yang haloba mengejar daki dunia. Kebijaksanaan Tuanku Sultan akan teserlah jua akhirnya, ampunilah hamba rakyat yang terikut rentak hati amarah mercerca Tuanku Sultan, sesungguhnya mereka tidak dapat mengali akan apa yang tersurat dan tersirat yakni belum mampu memanjangkan akal untuk mengkaji kesan dari kebijaksanaan Tuanku Sultan.
u r welcome..
semoga segala ilmu dapat dikongsi bersama...
SangPencinta: Terima kasih
KitaHanyalah... : Terima kasih
Catat Ulasan