Follow je lah..

Isnin, 7 Februari 2011

Pulang Membawa Iktibar dan Undi




Blog Kopi Secawan mengucapkan selamat kembali semua pelajar atau rakyat Malaysia dari Mesir. Tiket free beb, jangan lah tak balik...kerajaan kita tak meminta satu sen pun dari mereka untuk pulang semula ke tanah air demi keselamatan mereka...ecewah!


Kapal terbang pertama yang membawa rakyat Malaysia dalam Ops Piramid ini disambut oleh Perdana Menteri dan Isteri. Jgn lupa ucap terima kasih kepada kerajaan k..tapi itu tanggung jawab kerajaan pun ye jugak...tapi ingat BN, teori domino telah sampai di Malaysia.

Kepulangan mereka ke Malaysia tatkala ini hadir bersama senario pasca pilihanraya. Sana sini kempen dah mula..PM pun dah jumpa ramai ahli parlimen dan termasuklah adun2 Sarawak. Jika 11 000 pelajar dari Mesir ini duduk lama lagi sehinggalah tibanya pilihanraya, agak-agak parti apa yang mereka undi? Sedap BN kalau dapat 11 000 undi..tetapi mengundi BN tidak bererti kita berterima kasih kepada kerajaan...

Bawalah sama cerita dari Mesir itu...cerita-cerita mengenai bagaimana kuatnya cengkaman Mubarak keatas rakyatnya. Cerita bagaimana hebatnya pihak berkuasa di negara itu...dan jgn lupa akhiri cerita itu dengan betapa hebatnya rakyat negara itu untuk bangkit membuat reformasi.

2 ulasan:

joecharlie berkata...

jom kita berdemo pulok lepas Jumaat minggu ni apasal lambat sangat antar balik?

joecharlie berkata...

MEKASIH DATO SRI NAJIB SEMOGA ANDA DIBERI TAUFIK DAN HIDAYAH UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA DENGAN LEBIH MAJU LAGI AMEEN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan