Follow je lah..

Sabtu, 12 Februari 2011

Tiada agama yang benar kecuali Islam



Apabila tajuk diatas diutarakan, adakah ini bermakna seseorang itu telah menghina agama lain atau memburukkannya. Adakah kita bersetuju bahawa semua agama di dunia ini adalah benar?
Pun begitu, sekiranya kita tahu agama kita adalah benar, kita tetap menghormati agama lain.

Penghormatan kepada agama lain bukanlan bermakna kita sebagai orang Islam bersetuju dengan 'aqidah' yang mereka amalkan. Selagimana agama mereka tidak menghina Islam, dan Islam tidak menghina mereka, maka amalan harmoni terus disematkan.

Namun Islam itu tegas dalam bab aqidah. Ia membezakan antara beriman dan fasiq, muslim dan kafir. Selama-lamanya kebenaran dan kebatilan tidak akan bersatu. Islam menyelar tindakan sesetengah manusia yang tidak mahu beriman kepada Allah serta mengakui keEsaanNya seperti agama selain Islam.

Salahkan seseorang itu bertegas "Dalam dunia ini hanya agama Islam yang 100% betul"? jawapannya bergantung kepada iman dan ilmu anda.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan