Follow je lah..

Jumaat, 18 September 2009

Salam Aidilfitri Tahun 1430H

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan mohon maaf zahir dan batin walaupun mungkin kita tidak pernah bersua. Tetapi dengan pena, ia mampu merubah apa sahaja.

Apapun yang kita harap ialah perubahan yang lebih baik terutama bagi diri kita. Latihan Ramadhan yang kita lalui walaupun mungkin ada salah dan silap, insya ALLAH akhirnya kita berjaya mendidik nafsu untuk menempuhi 11 bulan yang berikutnya.

Pastikan keselamatan harta dan keluarga saudara saudari dijaga dengan baik. Malang tidak berbau dan kepada ALLAH sahajalah kita menyerah diri dan meminta perlindungan. Bacalah doa sebelum memulakan perjalanan ke destinasi atau kampung yang dituju.

Selepas seminggu, blog ini akan beroperasi seperti biasa demi membawa maklumat berguna kepada kita semua. Saya merakamkan penghargaan tertinggi kepada semua pengikut setia blog ini khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Amalan kunjung mengunjung dan bertegur salam wajar dijadikan amalam Syawal ini. Jangan membazir dan jagalah kesihatan melalui pemakanan. Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua.

Saya akhiri sekali lagi dengan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri, mudah-mudahan ALLAH menerima amalan kita serta mendapat pengampunan dan pembebasan dari api neraka. Sesungguhnya hanya Islam yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat sana.

Khamis, 17 September 2009

Khir Toyo Disumpit?


Kita memang tidak bersetuju dengan sebarang ancaman atau ugutan dalam bermain isu politik. Ini adalah perkara yang tidak sihat dan boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Khir Toyo menjadi mangsa. Beliau menerima ugutan bunuh dan berasa dirinya tidak selamat. Dahulu beliau ada pengawal peribadi, sekarang? Mungkin ada juga, bukannya mahal nak bayar.

Kita boleh melihat kepada pelbagai sudut. Mungkin ada orang sudah cukup meluat dengan sikapnya yang sedemikian sehingga terpaksa memberi amaran seperti itu. Boleh jadi juga ini satu lagi permainan kotor politik BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di negeri Selangor.

Dalam ugutan itu juga ada sedikit unsur humor iaitu Khir akan disumpit. Jika kita lihat sumpit ialah senjata orang asli untuk memburu dalam hutan. Ia sungguh kelakar kerana dewasa ini senjata sumpit sudah tidak dipakai lagi jika senjata api sudah ada di tangan.

Ini adalah ugutan, sama sepertimana along (ceti haram) yang biasa mengugut peminjam-peminjam. Adakah ugutan ini dari along atau kaki pukul kerajaan negeri Selangor? Apa perlu takut kerana BN juga ada ramai lelaki ala-ala pendekar melayu yang boleh menjaga Khir.

Ahad, 13 September 2009

Raya Di Dalam Raya


Perayaan Aidilfitri yang di nanti-nantikan semakin hampir. Ketika itulah normalnya kita akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing untuk bermaafan dan mengeratkan lagi silaturahim. Ia sangat digalakkan. Hari raya mahu insan miskin atau kaya berada dalam gembira. Inilah dinamakan perayaan.

Namun pada masa yang sama, ada yang terpaksa beraya jauh dari keluarga terutama kerana tugas-tugas penting seperti polis, hospital, penyelamat, dan sebagainya. Perkara ini bagi mereka adalah kebiasaan, demi mencurahkan bakti kepada negara.

Begitulah juga ada diantara kita yang perlu kerja keras juga untuk pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Tugas ini tidak kurang berat juga untuk dipikul kerana ia adalah satu perjuangan. Pastinya matlamat kita adalah untuk tertegaknya negara kebajikan berasas kesyumulan Islam.

Kita tidak boleh lari dari cerita politik andai kita rasakan perjuangan ini sebahagian dari titik darah kita. Memandangkan Negeri Sembilan yang mungkin sukar ditembusi pakatan, kita tidak pernah putus asa. Apapun rintangan dan cubaan, terbukti Pakatan Rakyat masih stabil.

Maka jentera pilihanraya harus digerakkan ke sana biarpun dalam musim perayaan. Kita maniskan senyuman sambil memberi penerangan kepada pengundi di kawasan itu. Selamat bertugas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan