Follow je lah..

Sabtu, 26 Januari 2008

Konvokesyen SPAQ


SPAQ-Sijil Pengajian Al-Quran adalah satu kursus yang dijalankan bagi memenuhi tanggungjawab menyampaikan ilmu-ilmu Al-Quran kepada masyarakat. Pengajian di peringkat sijil kini sudah menjadi satu budaya masyarakat kini. Perasaan ingin mendalami ilmu lebih mendorong lagi bagi menggapai kecemerlangan ilmu ini.

Anda akan menghadiri kelas ini hampir setiap hujung minggu pada hari sabtu. Hari anda yang bermanfaat dengan menghadiri kelas-kelas seperti ini. Selain daripada mempelajari ilmu fardhu kifayah, ilmu fardhu ain usah ditinggalkan. Kesempurnaan perlulah di dunia dan di akhirat. Selagi hayat dikandung badan, carilah ilmu tanpa sempadan.

Sambutan hebat lebih jelas daripada warga veteran. Kesedaran dan kematangan dalam kehidupan mereka menemplak golongan pemuda atau remaja masa kini. Kehadiran mereka mempelajari menjangkau usia dan jarak tempat tinggal. Dari seorang profesional, pekerja biasa, pakcik dan makcik tua sehinggalah kepada warga emas, berusaha mempelajari SPAQ.

Biarkan cahaya Islam terus berkembang menyinari dunia ini. Masih ramai yang mengingini cahaya ini. Kejahilan haruslah ditukar kepada kecerdikan. Maka marilah kita mempelajari dan mengajari ilmu pengetahuan.

Di dalam SPAQ, antara silibus yang disentuh : Ulum Al-Quran, Tajwid dan Tilawah, Bahasa Al-Quran, Tafsir, Aqidah Al-Quran dan pelbagai lagi.Ilmu ini membantu anda menjadi lebih giat mendalami dan mencintai Al-Quran setiap masa. Mempelajari Al-Quran tiada noktah melainkan anda sendiri yang menoktahkan. Bacalah hadith ini :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
Riwayat Muslim

Mudahan-mudahan ALLAH menerima amalan kami.



Jumaat, 25 Januari 2008

Indahnya Solat Subuh Jika Berjemaah

Setiap hari tatkala bangkit daripada tidur malam maka biarlah diisi dengan keberkatan. Bermula sebuah episod kehidupan manusia dari waktu subuh. Azan Subuh memecah kesepian mengingatkan insan bahawa ada perintah atau seruan yang perlu dilaksanakan. Itulah seruan "Marilah Mengerjakan Solat" .

Hati insan yang manakah tidak terdetik akan panggilan mulia ini. Maka berusahalah menunaikan kefardhuan solat subuh berjemaah. Kita memulakan langkah pertama kita menuju ke Rumah Allah sebagai destinasi pertama dalam episod kita hari ini. Berjalan di bawah cahaya rembulan melahirkan rasa insaf bagi seorang hamba yang ingin bertemu "RAJA" yang Maha Perkasa Lagi Maha Mulia. Sesiapa yang berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid, mudahan-mudahan cahaya akan meneranginya di perjalanan akhirat nanti.

Dalam satu hadith Nabi :

Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat turun naik dalam kalangan kamu silih berganti: malam dan siang, kedua-dua puak itu berhimpun pada waktu sembahyang Subuh dan pada waktu sembahyang Asar; setelah itu puak yang bermalam dalam kalangan kamu: naik, lalu ditanya oleh Allah Taala - sedang Ia mengetahui hal mereka: "Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku semasa kamu tinggalkan?" Malaikat menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang, dan kami datang kepada mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang.
Abu Hurairah r.a


Saudaraku, ambillah kesempatan atau tawaran ini. Biarpun anda hebat pada pandangan masyarakat atau tinggi pencapaianmu, andai subuh hanya seorang diri di tempat sendiri maka wajarlah meningkatkan lagi amalan mu di sisi Nya.

Tidak pernah kita rasa kecewa jika kita pergi ke masjid pada waktu Subuh. Hari yang dilalui akan penuh dengan ketenangan dan kekuatan. Bukankah hidup ini mencabar? Berusahalah kita untuk ke masjid dengan harapan tinggi akan keredhaanNya. Peluang yang istimewa ini dibuka setiap hari selagi ajal belum tandang mengajak 'pulang'.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
” Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh.”

Riwayat Muslim

Bermulalah dengan baik hidup kita dan mudah-mudahan pengakhiran kita juga baik. Pergi ke laut memasang jala untuk menangkap ikan. Pastikan pulang dengan hasil yang lumayan agar tiada yang kecewa. Begitulah umpamanya kita yang sedang berada di lautan kehidupan.









Jangan Hina Al-Quran




Posted by Picasa

Rabu, 23 Januari 2008

Malaysia Negara Banyak Cuti

Dari 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun negara kita merekodkan 41 hari hari cuti khas. 41 ini tidaklah termasuk cuti hari sabtu dan ahad. Ini bererti dalam setahun, kita akan bercuti selama sebulan 10 hari.

Keadaan cuti yang begitu banyak ini berbeza dengan negara lain contohnya Australia yang hanya ada 2 hari sahaja hari cuti khas. Keadaan 'cuti-cuti Malaysia' yang sangat banyak perlu dikaji semula.

Bagi sesetengah pihak, mungkin menyokong cuti yang banyak seperti ini. Dalam waktu percutian mungkin adalah waktu terbaik untuk melakukan kerja-kerja rumah, rekreasi, dan seumpanya.Inilah masa yang sesuai untuk membina hubungan erat sesama ahli keluarga.

Selain itu, cuti yang banyak juga membantu kita untuk menyusun semula rancangan sekiranya mungkin ada perancangan yang telah tersasar. Contohnya bagi yang masih belajar, cuti ini mungkin digunakan sebaiknya untuk melakukan ulangkaji atau menyiapkan tugasan pada satu-satu masa. Cuti juga lebih sinonim dengan rehat. Maka waktu rehat dari bekerja sekurang-kurangnya 5 hari dimanfaatkan pada hari cuti ini.

Kita tidak boleh nafikan juga dalam hal ini, cuti mampu melembapkan ekonomi negara. Bagi mereka yang berfikiran jauh, cuba kita lihat betapa banyak hari kita telah rugi. Selama sebulan 10 hari bukanlah satu tempoh yang sedikit tetapi ia banyak!

Bagi melihat lebih dalam soal ekonomi negara, kita cuba membuat perhitungan. Kita andaikan sehari negara mampu memperoleh hasil sebanyak RM10 bilion (RM1 000 000 000.00), maka 41 hari pula kita dapat memperolehi RM410 billion (RM410 000 000 000.00) . Sungguh banyak keuntungan yang kita perolehi bukan. Inilah kekayaan negara kita yang hangus begitu sahaja dek cuti begitu lama. Dalam nilai yang besar itu. pelbagai peluang saluran kewangan dapat diberikan atau disuntik bagi meningkatkan produktiviti dan kebajikan negara.

Dari sudut akademik, tempoh sebulan adalah tempoh yang lama. Dalam sebulan kita mampu mensasarkan pelbagai topik untuk dibincangkan. Mungkin 4 atau 5 sub tugasan kita dapat selesaikan dan ini menyumbang kepada peningkatan pengetahuan pelajar dan masyarakat.

Soalnya kini, cuti yang banyak ini apakah relevan dalam mencapai negara maju. Usahlah kerana cuti kualiti pekerjaan akan menurun. Slogan "Kerja bersama saya" mungkin boleh juga ditambah sedikit dengan "kerja dan cuti bersama saya". Usaha mebentuk negara ber"kerja" mungkin terganggu sedikit sebanyak oleh cuti. Cuti-cutikah Malaysia?

Selasa, 22 Januari 2008

Kegagalan bukan kesudahan hidup

Pernahkah anda mengalami kegagalan...bukankah kegagalan itu menyebabkan anda berasa kecewa? Apa tidaknya, anda telah berusaha sedaya upaya tetapi hasilnya adalah kegagalan.

Bermulalah dari kegagalan untuk kita lebih berjaya. Ya, kita sepatutnya sedih sekiranya kita gagal. Akan tetapi dimanakah berakhirnya sebuah kesedihan itu? Jiwa yang selalu dihimpit kesedihan kerana kegagalan akan menyukarkan lagi kita untuk terus bangkit dari sebuah kegagalan.

Sesungguhnya, kegagalan yang kita terima adalah sebuah ketentuan yang paling layak bagi kita. Beriman kepada Qada' dan Qadar adalah rukun iman yang keenam. Oleh itu kita harus yakin dengan ketentuan atau keputusan kegagalan yang telah kita terima. ALLAH mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Semoga dengan ujian seumpama ini akan memberi kita ketenangan. Ketenangan yang datang dari keimanan kita kepada Qada` dan Qadar. Bina semula kekuatan dalam diri dengan menyiasat punca kegagalan dan memperbaiki kelemahan kita.

Sebenarnya, kejayaan perlu menempuh pelbagai liku dan onak duri. Teruskan usaha dan usahlah patah ke belakang. Kita akan berjaya. InsyaALLAH.

Ahad, 20 Januari 2008

Khasiat Susu Kambing

Mengamal meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap dan disebut emotional quotient (EQ). Selain itu susu kambing ini dapat menguatkan belakang, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Tentu ada hikmah mengapa Rasulullah S.A.W. mengembala kambing padau satu ketika dahulu. Ini bererti kambing adalah haiwan yang pernah dijaga oleh Nabi kita. Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. ditemani Abu Bakar dan detik cemas hamba Abu Bakar, Amir bin Fuhairah mengembala kambing pada waktu siang di cerun Gua Thur yang berbahaya. Pada malam hari pula, menyaksikan Amir memerah susu kambing untuk diberi minum kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan Abu Bakar.

Susu berkhasiat ini mengandungi pelbagai zat seperti Vitamin A, B1, B2, C, D, E, Panthotemic Acid, Kalsium, Folic Acid, Fiboflavin, Niacin, Biotin, Folasi, Sodium, Potassium, Magnesium, Phosphores, PH Non Organic, Chlorine, Citrete, Folaci, Choline, dan Inositol.

Menurut kajian juga, susu kambing mudah dihadam yang hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu. Carilah susu kambing berdekatan anda!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan