Follow je lah..

Sabtu, 26 Januari 2008

Konvokesyen SPAQ


SPAQ-Sijil Pengajian Al-Quran adalah satu kursus yang dijalankan bagi memenuhi tanggungjawab menyampaikan ilmu-ilmu Al-Quran kepada masyarakat. Pengajian di peringkat sijil kini sudah menjadi satu budaya masyarakat kini. Perasaan ingin mendalami ilmu lebih mendorong lagi bagi menggapai kecemerlangan ilmu ini.

Anda akan menghadiri kelas ini hampir setiap hujung minggu pada hari sabtu. Hari anda yang bermanfaat dengan menghadiri kelas-kelas seperti ini. Selain daripada mempelajari ilmu fardhu kifayah, ilmu fardhu ain usah ditinggalkan. Kesempurnaan perlulah di dunia dan di akhirat. Selagi hayat dikandung badan, carilah ilmu tanpa sempadan.

Sambutan hebat lebih jelas daripada warga veteran. Kesedaran dan kematangan dalam kehidupan mereka menemplak golongan pemuda atau remaja masa kini. Kehadiran mereka mempelajari menjangkau usia dan jarak tempat tinggal. Dari seorang profesional, pekerja biasa, pakcik dan makcik tua sehinggalah kepada warga emas, berusaha mempelajari SPAQ.

Biarkan cahaya Islam terus berkembang menyinari dunia ini. Masih ramai yang mengingini cahaya ini. Kejahilan haruslah ditukar kepada kecerdikan. Maka marilah kita mempelajari dan mengajari ilmu pengetahuan.

Di dalam SPAQ, antara silibus yang disentuh : Ulum Al-Quran, Tajwid dan Tilawah, Bahasa Al-Quran, Tafsir, Aqidah Al-Quran dan pelbagai lagi.Ilmu ini membantu anda menjadi lebih giat mendalami dan mencintai Al-Quran setiap masa. Mempelajari Al-Quran tiada noktah melainkan anda sendiri yang menoktahkan. Bacalah hadith ini :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
Riwayat Muslim

Mudahan-mudahan ALLAH menerima amalan kami.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan